Monday, April 25, 2016

Cuti on Sunday


Assalam. 



Hari ni tadika cuti sebabnya semalam ada hari sukan tadika. 
Masa dok berhempas pulas kat sana takdela rasa apa apa lagi.
Tapi elok je sampai rumah memang terus rasa lemah satu badan. Huhu
Lepas je solat zohor aku rehat je depan tv, tup tup tertido. 
Tersedar dah pukul 6 lebih. 
Masa tu memang dah rasa tak sedap badan n sakit kepala. So telan dulu panadol sebiji. 
Malam pun memang dengan sakit kepala n lenguh kaki, dah takde mood nak tengok tv, terus tido je.

Hari ni bila bangun tidur memang dah rasa lagi teruk. 
Sakit betis n paha. Muka n badan rasa panas je. 
Tapi disebabkan hari ni dah janji nak bawak mak pergi klinik so lepas suami pergi kerja terus mandi n siap siap balik rumah mak. 
Sempat jugak singgah pasar kejap belikan breakfast n makanan sikit. 
Tapi yang kelakarnya masa otw ke rumah mak dari pasar aku beli paper pastu letak kat atas bumbung kete. 
Pastu terus drive balik. Lepas tu ternampak  macam ada benda melayang jatuh dari bumbung. 
Bila aku tengok dari side mirror nampak paper tu dah melepek jatuh ke tengah jalan. Kena pijak kat kereta lain. 
Takde maknanya aku nak berenti ambik.hehe
Lepas tu bila balik dari klinik mak cakap nak pi pasar lalu balik tempat tadi dah takde dah paper tu. Ada orang kutipla gamaknya. Hehe

Sampai rumah mak barulah breakfast n makan lagi panadol 2 biji. 
Dahla tonsil tak baik baik lagi. Dah tambah lagi satu masalah. 
Tup tup bila petang baru perasan hidung tersumbat, bersin bersin n berhingus. Aduhaiiiiii selsema la pulak. Huhu
Napela banyak sangat penyakit aku ni. 
Dahla masa pi klinik tadi sempat restock ubat tonsil tapi masa doktor nak bagi piriton untuk selsema aku cakapla tak selsema. 
Mana nak tahu lepas tu selsema pulak. 
Rupanya doktor cakap nak bagi piroton sebabnya selsema memang berkait dengan tonsil pun. 

Lepas tu ayah nak singgah supermarket. Macam biasa sempatla aku pau ayah belikan aku epal dan aiskrim bekas yang paling besar, brand yang paling mahal. Kihkihkih
Mak cakap aku ni keje dah ada gaji tapi asik nak pau ayah je.
Lepas tu mulala aku buat muka kesian. Macam tak biasa. Hihi
Ayah dia steady je. Asalkan aku bawak jalan jalan dia dah okay. 

Esok dah kerja. Hopefully selsema ni tak berlarutanlah. 
Dah plan nak puasa jugak esok. 
Dengan sakit tekak dengan selsema lagi, larat ke aku ni? Huhuhu




Lunch selepas sukan sabtu lepas.
Tahun ni pun lunch di New Horizon jugak.
Overall, okla rasanya food dia lebih sedap compare dengan tahun lepas.
Rasa okay je bab prensentation hancus. huhu

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...