Friday, April 15, 2016

Tua & Garang tapi Comel


Assalam.

Hari ni ada 2 kelas 6 years yang teachernya mc, so aku kena ganti salah satu kelas.
1 kelas tu student tak ramai, so bagi kat other teacher.
Satu lagi kelas Smart Huffaz, kelas yang paling advance, so harusla teacher senior yang ganti.huhuhu

Disebabkan hari ni kaki sakit, so bila student buat latihan, aku banyak duduk jelah.
Tapi kaki je sakit tau. Mulut aku ok je.
Berani bising n tak dengar kata memang kenala kat aku.

Bila masuk pagi tu aku buat muka serius, semua diam je. Muka pun takut takut.
Ada sorang student lelaki tu, bila aku panggil untuk indidvidual reading, slow je jalan.
Then aku cakapla, eh awak ni kan lelaki, kena tough la sikit. Nape jalan macam pompuan ni?kahkahakah
Kejam tak? Aku just niat nak mengusik je pun. Sebab aku dah tahu student ni jenis gabra.
Then seperti yang aku duga, masa nak baca tu panik je muka, tangan nampak macam gigil gigil je.
Aku terus pegang tangan dia n tanya...'takut kat teacher ke? Teacher makan nasila, bukan makan orang!" Kihkihkih
Terus student yang lain semua gelak.
Then aku peluk belakang dia pastu letak telinga kat dada dia.
Dup dap dup dap kemain lagi laju denyut jantung dia. Then aku cakap, Allah lajunya degup jantung awak ni!
Kawan dia yang lain dok gelak jelah tengok aksi aku tu.

Aku ni memangla garang tapi suka je mengusik.
Lepas tu kalau dorang buat kerja, aku dok perati jelah. Pastu bila ada yang tengok/tenung aku, aku buatla muka lucu. Bagi dorang gelak pulak.
Style aku memang macam tu.
If kelas 6 years, aku memang tegas dalam kelas. Ada waktu kita serius, ada waktu kita main main.
If dibiarkan je semua, memangla naik kepala.

Tadi masa student tengah rilek rilek buat latihan, sorang student tetiba tanya.
'Ticer Is, nape ticer is garang?' So aku jawabla sebabnya kalau tak garang nanti semua tak dengar kata.
Then kawan baiknya menyampuk.
Ticer Is ni comel, tapi garang!' kahkahkah. Terus aku gelak. Of coursela kan?
Pastu yang first tu tanya lagi..."ticer umur berapa? Ticer Is nampak tua la'. .huhuhu baru je nak perasan comel. Sentap I kat situ.
Terlalu jujur ni payah jugak. 
Terus aku buat muka sedih. Mana ada tua!  ticer Is muda lagi la.kihkihkih. taknak kalah tu.

Hai dah namanya budak budak. Terlalu jujur.

Tapi takpe, memang aku sedar diri pun. dahla tua, garang pulak tu..tapi nasib baik comel tu tak tinggal.kihkihkih



Dan dan belanja gambar tuan tanah sekeping!

Dah tua sangat ke saya ni? 
Matang kot. Budak mana tahu perkataan matang ni.kihkihkih


:P

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...