Tuesday, May 31, 2016

Mari Mengaji

Salam. 

Lagi 12 hari nak masuk bulan ramadhan. 
Cepat sungguh masa berlalu. 
Rasa macam baru je sambut raya pakai baju pink tahun lepas.
Rasa macam baru je habis ramadan tapi cuma sempat baca quran 13 juzuk je.huhu

Selain dari angan angan wajib setiap ramadan iaitu nak lost weight, tahun ni jugak aku berazam nak habiskan 30 juzuk sebulan ramadan. 
Niat yang ni in sha Allah mampu lagi dilaksanakan. 
Tapi bab semayang terawikh aku tak berani nak jamin. 
Bukan malas tapi aku ni jenis mudah mengantuk awal malam. 
Kalau hari biasa pun aku selalu mengantuk dalam pukul 8,9 inikan pulak bulan puasa. 
Lepas isyak konfem baring n tertidur. 

Syukur alhamdulillah akhirnya aku sempat habis mengaji sampai 30 juzuk bersambung dari juzuk 13 ramadan tahun lepas. 
Mula tu risaula jugak kot tak sempat habis sebelum ramadan next week tapi aku pulun baca banyak banyak je time kat rumah. 
Tu pun sambung baca lepas solat zohor kat ofis jugak. 
Memang aku dah standby satu alquran kat tempat solat tadika. 
Alhamdulillah malam ni tamat sampai juzuk 30. Happy pulak rasa.kihkihkih

So sementara nak mula juzuk 1 bulan ramadan ni bolehla aku baca ulang ulang surah yasin, surah almulk, surah alwaqiah. 
Bila sekarang ni aku komited dalam mengaji tiap tiap hari baru aku perasan rupanya perbezaan setiap juzuk adalah sebanyak 10 helai, bersamaan 20 muka. 
Tak kira sama ada quran tu saiz besar atau kecil sama je bilangan dia. 
Konfem sebab aku dah check both sizes. 
Dulu aku ingat if quran tu saiz besar mestila lagi banyak helaian sebab tulisan besar besar. Hehe. 


Dalam koleksi aku cuma ada 2 quran saiz sederhana n 1 saiz kecil yang ada tafsir. 
So tahun lepas dalam bulan puasa la kot, aku mintak quran besar dari mak.
Rasanya quran ni tak beli pun tapi ayah dapat sedekah bila pergi mengaji kenduri 40 hari. 

Tapi aku pernahla jugak 2x beli quran n buat sebagai hadiah perkahwinan.
Dengan harapan bila orang yang dapat tu mengaji, dapatla sikit pahala tu kat aku. 
Tapi bila serah hadiah kena pesanla sikit kat tuan rumah kena letak atas atas sikit kot tak nanti ditindah tindih dengan hadiah lain. 
Yang surprisenya bila aku masuk kedai buku n cari quran untuk hadiah, quran saiz besar n ada lipatan hard cover untuk penanda, quran tu cuma berharga rm9.90 je. 
Tersangatla murah bagi aku. 
If compare dengan novel, mahal novel lagi tu. 
Tapi walaupun murah, in sha Allah kandungan dia tu if kita amalkan boleh tolong kita dunia akhirat. Amin. 

Bagi akulah, dalam hidup zaman moden ni, susah kot kita nak komited dengan alquran. Banyak terlalai dengan gajet. Banyak lalai dengan urusan dunia.
Tak kata orang lain. Aku sendiri pun, kadang kadang seminggu sekali tak belek quran pun. 
Tapi kalau kita tekad in sha Allah kita boleh je pun. 

Yang aku perasan kalau aku ada target nak baca sehari nak habiskan 1 juzuk, boleh je pun aku capai target. 
Mungkin aku ni ada penyakit geram kot. 
Makin banyak baca makin nak habiskan satu juzuk tu cepat cepat. 
Kadang kadang rasa rugi kalau baca sikit. 
Selalunya aku baca n belek belek banyak mana lagi yang nak baca sebelum habis 1 juzuk. 
Makin sikit nak habis makin rasa nak habiskan cepat cepat.
Selalunya aku boleh habiskan baca quran sejam non stop. 
Tapi air masak kena standby la kat tepi. Kering tekak nanti. Hehehe

Dah alang alang tu kat sini aku tepek gambar aku masa khatam Alquran


Gambar aku masa khatam quran umur 22 tahun. 10 tahun yang lepas. Elok lagi tersimpan gambar dalam album.
Guna kamera kodak 36 filem je ni. 
Awat hitam sangat muka aku ni.teknik pencahayaan tak kenalah ni.
Buruk bebenor ghupenya.huhu
bergambar dengan kakak Farisha dulu pakai skirt pendek, sekarang dah sekolah agama pun. 


Masa ni kebetulan ada kenduri abang kawin. 
So mak cakap sementara tok guru mengaji aku tu masih hidup buat khatam quran terus jelah. 
Masa ni buat sekali khatam quran sekali dengan abang yang sulung. 
Majlis pun simple je. 
Ayah cuma jemput orang masjid n tok guru mengaji aku tu. 
Pastu aku n abang mengadap dorang jelah. 
Follow dorang baca surah lazim. 
Yang kelakarnya aku ni memangla suara jenis suara loud speaker pecah. 
Yang abang pulak pendiam n suara slow je. 
Aku ingat lagi suara aku je paling kuat masa dok mengaji tu. 
Tup tup tersalah baca. Terus aku macam eh, silap la pulak.hihihi
Tulah perangai over konfiden sangat. 

Masa ni akak buat ayam golek n mak buat pulut. 
Masuk je dalam gelas pastu cucuk bunga telur. 
Petang sikit mak ajak aku pergi hantar ayam golek dengan pulut kuning kat runah tok guru mengaji ni. 
Aku lupa dah nama dia. Tapi dulu asal balik sekolah je berlumba pergi balasoh(surau kecik) cop giliran mengaji. 
Paling stress kalau dapat turn hujung hujung. Masa tu semua orang dah balik kita je tinggal sorang nak mengaji. 
Masa ni pun ex pakwe ada mengaji sekali. Maklumla sekampung. Ehemmmm. 
Tapi apakan daya takde jodoh. Kihkihkih. Kalau ada jodoh boleh khatam quran sekali.wakaka
Tapi ok jugak tak jadi kawin dengan aku, kot tak kesian sampai sekarang takde anak lagi ;p

Ok muis. Stop imbas kembali ye. Kihkihkih
Alhamdulillah Allah kurniakan aku ni hati yang terang n mudah mengaji. 
Masa tu memang mak selalu pesan kena habiskan quran sebelum masuk tingkatan 1. 
Sebabnya kalau dah masuk asrama konfem susah nak habiskan quran. 
Quran ni pulak kalau kita tak selalu baca, lama lama jadi tak lancar jugak. 
Pendek kata skill tu hilang. 
Aku selalu perasan if lama tak mengaji, mesti lepas tu tersekat sekat dalam bacaan.

Sekarang ni pun kat astro 106 ada rancangan tajwid atau talaqqi yang ajar kita mengaji.
Aku suka talaqqi sebab kita boleh kenal n dengar dulu bunyi bacaan yang betul. Pastu boleh ulang semula ayat tu. 
Kalau ada masa lapang hari cuti aku layanla jugak. 
Sambil ingatkan balik tajwid n tengok mana yang kita salah bacaan ke hapa. 
Jenis aku ni if aku agak bagus dalam sesetengah hal, aku selalu cari jalan atau belajar lagi cara nak mantapkan. 
Contohnya english aku boleh tahan la ok jugak.
Tapi aku tahu aku agak lemah di grammar.
So tiap kali layan movie, aku selalu perhatikan subtitle English tu dengan teliti. 
Nak belajar cara susun ayat biar betul, nak asah grammar biar betul, dan jugak belajar cara sebutan tu biar betul. 
Sampai dah jadi tabiat kalau dengar je orang salah sebut perkataan english aku mesti betulkan. 
Bukan nak berlagak cuma dah jadi tabiat. Otomatik terkeluar. Hehe

Panjangla pulak muis membebel kali ni. Hehe
Sempena bulan ramadan yang akan datang ni meh kita sama sama jadikan quran sahabat kita siang malam ek. 
Gajet gajet tu tolak tepi. 
Mana tahu ni ramadan terakhir? 
Sape tahu kan????

Ok tu je nak bebel. Babaiiiiiii

Saturday, May 28, 2016

Weekends!


Salam.

Minggu ni dah start cuti sekolah so maknanya musim kenduri pun dah mulalah.
Semalam dah ada kenduri sepupu suami.
Hari ni ada lagi 2 kenduri belah suami yang nak kena attend.
So bila ada kenduri maksudnya aku tak payah masakla. Yahuuuu.

Alhamdulillah jugak minggu ni cuaca mendung n tak panas sangat.
Petang semalam elok je balik kenduri dalam sejam lepas tu hujan turun selebat lebat alam.
So aku terus tutup pintu, tutup lampu, pakai sweater n layan movie je.
Sempat la tertidur 1 round.
Tingkap bukak so angin sejuk dengan kipas lagi konfem tertidurla.
Mak mentua cakap suruh off kn tv tapi aku kan keras kepala. Hehe
Bagi aku if guruh n hujan ok je. Kalau kilat n petir baru aku terpaksa tutup tv.
Tersedar dari tido perut dah lapar balik.
Aku nampak jiran sebelah datang beli megi kedai runcit kakak ipar so aku pun masak megi la jugak. Hehe
Nape ek kalau hujan best sangat dapat makan megi kan? Huhu
Untuk makan malam aku suruh suami belikan roti je cicah dengan gulai kambing.

Kebetulan semalam seharian aku sakit kepala.
Dah telan panadol 2 biji pun x jalan.
Bangun pagi tadi baru hilang sakit kepala. Huhu
Nasib baik hari ni dah start panas. So boleh jemur koleksi tuala dengan baju suami.
Tuala semalam dah basuh 12 helai tapi tak jenur dah hujan lebat.
Aku pun pelik kenapa towel banyak sangat padahal aku berdua je dengan suami.
Tapi kitorang ni memang jenis sekali pakai 2,3 helai sorang.
If aku 1 untuk badan satu untuk kepala. Spare lagi 1 incase ada yang lembab.
Ada lagi 2 bakul baju aku pulak yang nak kena basuh.
Sempatla kot basuh malam ni n jemur pagi esok.

Tadi dah siap kemas sikit sikit barang dalam kotak.
Mana yang taknak buang je.
Alatulis berlambak lambak dengan barang kain aku simpan elok elok dalam kotak
Ingat nak operasi kemas barang dalam bilik suami metangkap bilik simpan kotak kotak segala harta benda aku. Tapi malas la pulak.
If kemas, sehari tak cukup kot.
Aku pun tak tahula apa barang yang aku simpan sampai 7,8 kotak dalam bilik tu.
Barang dari zaman u sampaila dah kerja.
Barang dari masa bujang sampaila dah kawin ni.
Nak buang sayang. Simpan kan menyemak je. Huhu

Esok aku cuti lagi sehari sebab ayah ada appointment di husm.
Nenek pulak appointment di kota bharu.
Ayah takpe dia dah biasa kat husm. So lepas drop ayah akulah kena bawak nenek ke kb pulak.
Lagipun kalau aku free mak mesti nak suruh aku yang bawak.
Malas nak menyusahkan orang lain.

Alhamdulillah jugak khamis lepas dah dapat kereta baru.
Kalau viva dulu aku panggil redviva.
Yang ni tak tau nak letak nama apa.
Si putih kot. Kihkihkih
Dah macam nama anak kucingla pulak.
Ok jugak tu mandangkan laki aku ni peminat kucing.
Hopefully dengan adanya anak baru ni bolehla memudahkan aku n memudahkan orang lain jugak.
Biar sama sama dapat manfaat.

Patut hari khamis ritu kol mak n suruh ayah buat air semayang hajat.
Kan elok sebab malam jumaat.
Tapi bila kol mak asik masuk voicemail.
Dahla hf aku sekarang ni asik buat hal.
Rasa nak campak dalam tong sampah je.
Menyakitkan hati betul.
Dulu masa guna tab takdelah masalah bateri kong takde masalah cable xleh cas.
Macam macam. Kerjanya nak mengabihkan duit aku je. Huhu

Laki ni cakap tengahari ni nak g makan kenduri.
Tapi masa ni dia membuta lagi.
Aku ni dah kelaparan balik. Padahal tadi dah ngap sandwich 2 keping.

Lately asik lapar je.
Aku siap mimpi lagi berat aku dah cecah 70kg. Gilos.
Tengok kakak dok update dah lost 5kg la apala. Huhu
I is jeles.
Tapi aku tak reti nak diet. Huhu
Ritu aku kurangkan makan malam adala jugak turun 1kg. Tapi rasanya dah naik balik ni.
Hopefully bulan puasa ni turunla berat 2,3 kg.
Selalunya bulan puasa aku x berapa lalu sahur n berbuka makan sikit je sebab aku ni jenis mudah kenyang. So bolehla lost weight sikit kot.

Okla penat dah tangan menaip dengan iphone keypad kecik ni.
Sangat sangat tak praktikal nak update blog  if nak compare dengan tab. Huhu






Saturday, May 21, 2016

Cuti wesak

Salam. 

Minggu alhamdulillah cuti weekend 3 hari. 
Tapi aku hr isnin kena bawak ayah g husm so cuti jadi 4 hari. 
Alhamdulillah jugak semalam tetiba hujan turun kat area rumah ni. 
Pagi tu tersedar hujan lebat sampai ke subuh. 
Tapi menjelang tengahari panas terik sanpai ke petang. 
N hari ni walaupun tak hujan tapi cuaca mendung. 
Best je dapat lepak depan tv layan movie. Kihkihkih

Hari ni walaupun pagi aku dah makan pulut tapi dalam pukul 1130 aku dah masuk dapur. 
Buat sayur campur, goreng kunyit ikan tongkol, goreng ikan masin n buat telur mata kuah kicap. 
Dalam pukul 12.30 dah lunch. 

Plannya malam ni baru nak balik rumak mak. 
So hari ni layan movie jelah dulu. 
Petang sabtu macam ni memang takde cite best dah. 
Semua cite sepanjang minggu aku dah tengok ulangan. 
Untuk hujung minggu memang dah standby movie siap siap. 
Semalam aku layan gods of egypt. Gambar cantik dah 1080p tapi subtitle la pulak buat hal. 
Rasa macam testing kat pc dah okay. Huhu frust. 

La ni tengah melayan london has fallen. 
Nasib baik ada subs. 
Cite actually lebih kurang sambungan dari olympus has fallen la ni. If dulu whitehouse kena serang. 
Tapi dalam movie ni president usa ke london n london diserang. 
So storyline macam biasalah, hero nak survive dengan president us. 
Aku kalau action movie macam ni memang faveret sangat sangat. 
Bila layan je adrenalin tu rasa membuak buak. 
Berdebor dah macam aku ada dalam cerita tu. Kihkihkih
Tapi yang spoilnya cite main kejap sangat. 
Sejam setengah je. 
Kejap je rasa tengok dah habis. 

Bukan nak berlagak tapi kalau melayan drama especially melayu konfem aku tertido di petang yang membahagiakan ni. Huhu

Okla tu je bebel. Tata. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...