Thursday, June 30, 2016

21,22,23 dan 24 Ramadan 2016


Salam....

macam biasa bila penghujung ramadan selalunya memang semangat mengupdate blog tetiap hari beransur hilang.
masa ni dalam kepala asik dok fikir pasal raya dah.
pasal persiapan raya, baju raya, kuih raya duit raya n serbi serbilah.
dalam ramadan berbaki lagi 6 hari ni, aku still tak boleh sambung puasa.
maybe esok n lusa kot pastu sempatla kot sambung puasa 2,3 hari terakhir.

bila dah tak puasa, ghairah masa berbuka pun dah hilang.
tapi still jugak nak kena beli n masak lauk.
kot tak laki nanti nak makan apa pulak kan.
cuma sahur jelah dia pun dah malas nak bangun.
aku apa lagi kalau suami taknak bangun, pucuk dicita ulam mendatanglah.hehehe


lauk berbuka hari selasa. buat daging goreng kicap n ikan bawal.
suami tapau gulai ikan masin.
ahad isnin berbuka aku malas nak snap gambar.
entah makan lauk apa, dah lupa.hehe





buka puasa semalam aku tapau lauk padprik ayam dengan gulai siput sedut.
suami tapau sambal ikan bilis n lawar.
semalam both padprik dengan lawar pedas gila. aku pulak tergigit cili hijau.
berair mata n hidung.. tapi sedap.huhu

gulai siput tu pulak suami makan sikit n aku ambikla siput 4,5 ketul.
tapi siput ni paling aku menyampah sebab if aku sedut isinya taknak keluar.
sampai nak putus nyawa aku.
last last aku tiup dari bontot, baru keluar isi kat depan.
punyalah seksa nak makan. 



suami cakap teringin nak makan murtabak pokdee.
so balik keje semalam bini singgahla beli.
selalunya memang sedap tapi semalam punya kureng sikit. macam tawar.
sebab bulan puasa kot.hehe



suami belikan air a&w rootbeer. so aku cakap if ada aiskrim sedap ni buat float.
dekat nak bukak puasa suami pun masuk dapur ais dengan aiskrim vanilla.
aku sempatla minum 3 gelas lepas berbuka n malamnya.

esok jumaat terakhir bulan ramadan.
tapi ahad isnin aku kerja lagi.
hari selasa baru start cuti.
suami pulak dia cakap memang dah start cuti dari hari ahad lagi.
selalu pun memang tiap tahun dia cuti seminggu pun.
asik dok cakap cuti dia banyak.
yang aku ni pulak sayang nak cuti sebab bila akhir tahun baki cuti tak habis tu bos akan bayar.hihi

lagipun 5 hari cukup la tu kot. bukan nak g beraya kemana pun.
maybe hari sabtu ahad mana yang balik beraya kat kampung dah nak balik pun.
so takde point nak cuti lama lama.
duduk rumah lagi bikin aku stress adalah.

2,3 hari ni jiwa aku rasa tak tenang pulak bila fikir pasal anak.
maybe sebab period kot.
tengok orang dok update pasal anak kat fb, kat ig.
tengok orang update pasal pregnant. kadang ok, kadang rasa emo.
tadi masa dok cakap cakap dengan geng yang sama tak beranak, aku bagitau siap siap dah.
tahun ni sape sape tanya pasal anak, if pertanyaan tu berbunyi tak best di telinga aku, siapla aku sound balik. 
dahla orang ni stress tengah usaha nak preggy, ko pulak nak mencurah petrol ke atas dapur gas.
dok diam diam tutup mulut tu tak boleh ke?
dahla datang rumah orang, kita bagi makan. sebuk pulak nak risik itu ini.
menyampahs tauuuuuuuuuuuuuuuuuu.

ok sebelum aku lebih emo, aku stop sini dulu ek.hihi
babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii







Monday, June 27, 2016

biskut raya 2016


salam.

tetiba tahun ni aku jadi penjual biskut raya.
tak plan pun, tapi masa bulan 3 kot lebih kurang, kawan di tadika bagitau dia ada join satu group wasap jadi dealer biskut raya.
teringin pulak nak join.
aku ni memangla hantu biskut raya. if jadi agen dapatla beli biskut murah sikit kan.

masa seller ni buat majlis macam tea party la kot untuk bagi agen tester biskut raya, aku tak join pun.
masa tu kebetulan kereta rosak tak boleh nak g.
so harapkan kawan tu jelah pergi try biskut raya. lepas dia cakap sedap, konfem jelah nak jual biskut ni.
aku takde guna tester apa pun, just aku print je gambar biskut n buat sebagai katalog.
lepas tu bagi je orang tengok katalog n pilih jelah nak beli yang mana.




yang ni separuh dari yang order untuk family je ni.
kawan tempat kerja, dapat je stok aku terus bagi siap siap.
lantak la awal ke hapa, malas aku nak simpan dah.
aku jual pun just tunjuk katalog kat kawan sekerja pastu adik beradik n family jelah.
adala rezeki dapat order 43 bekas tak termasuk yang aku sendiri.
dapatla untung sikit sikit lepasla buat bayar kuih raya tahun ni.hehe

mula mula dapat biskut tu aku risau jugak kot tak sedap ke hapa ke.
almaklumla, biasa je pun ada kes masa try kuih tester kemain lagi sedap. so kita ni pun order jelah walaupun mahal sikit.
tapi bila dapat, hampeh tak sedap.if sendiri rasa gitu takpelah jugak.
masalahnya orang lain yang order pun cakap benda sama jugak.
lepas tu memang konfem la aku dah tak order.

then ada jugak yang jual biskut sah sah sedap, tapi bila tiap tahun beli yang sama pun bosan jugak kan?
so  nakla cari kelainan jugak.
biskut yang aku jual ni, setakat ni aku baru rasa 4 jenis.
nasib baikla setakat ni semuanya sedap n kena dengan selera aku.
risau jugak kita dok promote cakap sedap tapi if orang beli n makan tak sedap, malunya.huhu

aku memang siang siang dah cakap, if biskut ni tak sedap, memang aku takkan jual dah tahun depan.
tapi kalau rasa ok, in sha Allah tahun depan boleh difikirkan balik nak jual lagi ke tak.

antara biskut yang aku jual:
almond london
tat nenas
tops crispy
m&m cookies
crunchy crunch
semperit dahlia
paris cookies
marble shortbread

ada jugak yang tradisional:
popiah gulung
mini samosa
kuih kapit peanut
rempeyek
kacang power
bangkit cheese

meh meh sape nak order. tapi untuk tahun depan lah.kihkihkih








Sunday, June 26, 2016

17,18,19,20 Ramadan 2016

puasa rabu khamis aku tak sahur.
bila tersedar lewat dah pukul 5 pun.
Selalunya mak mertua kejutkan tapi bila aku keluar bilik rupanya dia pun tak sedar jugak.
Suami pun aku suruh naik makan sahur rumah kakak dia jelah.
Aku takpe minum air je pun dah ok.
Pagi tadi pulak mak mentua dah kejut tapi pukul 3.30.
So aku lelap balik sebab dah kunci alarm 4.20.
Tapi rupa rupanya jam hf tu pulak salah terlewat 2 jam.
So alarm tu pukul 7 baru berbunyi.huhu
Aku tersedar pukul 5 tengok suami dah naik sahur rumah kakak.
Mesti dia ingat aku taknak sahur sebab 2,3 hari lepas aku memang cakap malas nak bangun sahur.huhu
Bila mak mentua tanya nak makan ke tak aku cakap takpelah sebab memang tak selera pun so aku minum air masak jelah. 

Hari ni dah masuk 21 ramadan tapi aku tak tepek lagi lauk berbuka dari hari rabu sampaila sabtu. Sehari dua ni takde mood la pulak. Pms kan...
so moody je memanjang.huhu
untuk berbuka hari cuti nuzul quran, aku balik rumah mak. 
aku request nak makan ikan tuko berkuah santan. 
petangnya aku just beli ikan tuko yang dah siap bakar. pastu beli dalca daging dengan lawar. 
tapi kuah santan yang mak buat kali ni kurang kick. 
tak cukup pedas n masam. rasa manis je.
mak kalau masak tak manis tak sah. pastu komplen la aku suka masak masin masin, yang dia tu sokmo terlebih gula takpe pulak.huhu



ada budu tu siap letak mangga muda yang aku cincang.
mula tu suami nak datang bukak puasa rumah mak jugak,
tapi bila dekat time berbuka aku tengok wasap dia bagitau dia tak jadi datang nak temankan mak ayah dia berbuka.
family kak ipar dah balik rumah mak mentua dia jugak.
so takkan suami nak biar mak ayah dia bukak berdua.
takde dah orang lain makan budu, so tak berusik la benda alah tu.



bila nak dekat time berbuka, family abang pulak datang.
dia bawak lauk gulai kawah, ayam percik dengan ikan jaket bakar sambal.




 untuk petang khamis 18 ramadan, aku singgah bazar peringat. 
beli lauk hati lembu goreng, kerabu mangga dengan air coconut shake. 
balik rumah buat lagi tomyam dengan ayam goreng sambal. 
tomyam nampak tak berapa menyelerakan sebab guna kiub tomyam knorr je. 
warna dia tak semerah kiub tomyam maggi. 
kalau kurang selera, tomyam jelah yang aku nak.huhu

petang jumaat, walau mood tak berapa ok, aku masakla jugak 1 lauk. 
buat daging black pepper. lepas tu suami tapau gulai ayam kampung kot dari rumah kakak dia. 
ada baki hati lembu goreng dengan kerabu aku just panaskan je. 
malamnya aku balik rumah mak tidur sana je. mood kureng, saja nak beralih angin. 
tapi bila balik, rupanya kakak yang dok jerteh pun ada jugak. 
aku ni kalau mood tak berapa ok, tak sukala if serabut dengan budak.huhu
mulalah nak sakit kepala la hapala. 
tapi sabar sabar sajalah. anak sedara sendiri jugak. 
semua pulak tengah membesar, buas tu satu hal, banyak cakap pun satu hal.huhu

pagi sabtu, keluar pergi servis kereta kat kubang kerian. 
then teringat la pulak nak pergi tukar bateri iphone. 
bateri lama dah kong kot. dah seminggu lebih takleh nak on kan hf.huhu
so aku terus la drive masuk bandar. 
elok je sampai kedai baiki telefon, cari dalam handbag, rupanya iphone aku tak bawak. tinggal kat rumah mak. dalam beg kecik.
macam bodoh je rasa meredah jem hujung minggu, hasilnya takde apa.huhu
sebelum pergi tu, takdela rasa nak check dulu ke  hapa. konfiden je redah jem masuk bandar. 
nasib baik semalam dah tak boleh puasa.  at least penat tu bolehla teguk teguk air kan?hehe

tak puasa pun, sama jugak aku tak makan pun. just makan roti je 2 keping. 
semalam ayah berbuka puasa kat masjid kg sebelah, so aku berbuka berdua dengan mak je. 
mak buat gulai lala, pastu aku goreng ikan terubuk n ada jugak kerutuk daging. 
makan jelah berdua sambil sembang sembang. 
tapi mak ni jenis perasan sikit.kihkihkih
kalau dia masak sedap, asikla dok puji diri sendiri. 
dia cakap lala tu ada sikit je tak puas makan.huhu
so aku janjila hujung minggu ni nak belikan sekilo lala. 
gulai nanti makanla puas puas.hehe

malamnya lepas berbuka,  mak sebutla pulak nak makan anggur. 
buat buat hilang pahit mulut katanya. dah macam orang mengandungla pulak. 
so pagi tadi aku otw datang kerja, kebetulan keluar awal so sempat singgah pasar belila anggur setengah kilo je pun.
dah bulan puasa takkan nak mintak try. harap harap manis jelah. 
if tak manis, kalau aku balik hujung minggu nanti, sah sah kena bebel lagi.huhuhu
sementara mak ayah ada ni, aku layan jelah setakat mana termampu. 


 
 

Thursday, June 23, 2016

Mimpi.

Salam.

Tiba tiba aku teringat malam tadi aku mimpi ada orang potong rambut aku.
Then aku siap pesan jangan potong pendek sangat.
Terasa macam ada makna if mimpi macam ni.
So aku terus google tafsir mimpi ni menurut islam.
Keputusannya, mostly semua web cakap tafsir mimpi ni kita akan kehilangan orang yang kita sayang.
Then ada web yang tulis akan bercerai. So direct.

Bila bagitau suami, dia nampak macam nak marah.
Aku dengan lurusnya cakap, boleh caya ke ni b? Kita kan ok ok je ni takkan tetiba nak cerai.
Suami pun perli aku suh tanya google betul ke tak.huhu
Sebab dia tahu aku ni jenis mudah terpengaruh. 

Contohnya aku ni if mata kiri berkenyit kenyit selalunya aku akan menangis.
Tapi yang ni memang fakta.
Sebab selalu sangat jadi.
If mata kiri terkenyit kenyit, esok or lusa mesti akan jadi apa apa yang buat aku menangis. 
Tiap tiap kali jadi macam tu. 

So bila baca tafsir mimpi macam ni memang aku risau.
Lagipun dah seminggu mata kiri aku  dok terkenyit kenyit. Non stop sampai aku jadi rimas.
N memang betul sehari selepas mati kiri aku start terkenyit kenyit, 3 hari direct aku menangis atas bermacam macam sebab.
Macam ada kaitan la pulak. Dah bila hilang orang tersayang, mestila aku akan nangis kan? Secara logiknya lah. Nauzubillah. 

Sebab tiap kali mata terkenyit kenyit aku macam, ok apa pulak nak jadi lepas ni.
Kebetulannya, ada pakcik aku ni sekarang memang tengah sakit.
Sebelum buat kemo hari tu doktor cakap maybe ada masa lagi 6 bulan.
N kejap tadi masa g bukak puasa rumah mak, dia bagitau yang malam tadi pakcik sampai tak boleh tidur n nangis nangis sebab sakit.

Selain kemo, pakcik cuma boleh hilangkan sakit dengan pain killer jelah. 
Last aku singgah rumah pakcik sabtu lepas. Dia nampak ok je boleh sembang walaupun baring je.
Nauzubillah. Semoga mimpi aku ni setakat mainan tidur jelah.
Maybe malam tadi aku tertidur masa tengok tv n tak sempat baca ayat kursi, tak baca doa tidur n tak mengucap syahadah macam biasa.
Moga takde perkara buruk yang jadi.
Moga ahli keluarga aku semua selamat sihat walafiat semuanya. Aminn. 



16 Ramadan 2016

Salam.

Hari ni dah masuk 17 Ramadan pun, so hari ni cuti umum sempena Nuzul Al Quran.
Bila bercakap pasal AlQuran ni rasa kecewa pulak dengan diri aku ni.
Dah 17 hari tapi aku baru masuk juzuk 9.huhu
Masa minggu first puasa aku dah dapat baca extra 1 juzuk dari jumlah hari puasa.
Tapi masa aku tak selera sahur n berbuka ritu memang badan rasa letih sangat sangat so aku banyak skip baca quran.
Bila dah tinggal, memang susahla nak konsisten balik.
Sebab tulah dalam ibadat ni kena istiqomah. Setan tunggu masa je nak hasut kita ni kan?
Salahkan setan la pulak. Padahal aku yang tak kuat iman. Kihkihkih.

Dahla aku akan period hari ni atau esok. So mungkin sempat sambung puasa minggu last je kot.
Apapun, atleast aku nak capai jugak 15 juzuk. Tahun lepas setakat 12 juzuk je pun.

So untuk sahur pagi semalam aku n suami just makan lauk lebihan berbuka je.





Untuk berbuka pulak, aku just buat ikan tongkol masak kicap.
Saja malas nak tapis minyak. hehe
Pastu buat telur mata sambal.



Beli sayur lemak rebung campur daun apa entah.
Suami tak makan rebung. So dia tapau je gulai keropeh ayam dari rumah kakak dia.
Walaupun rasa bersalah dengan laki sebab makan sayur rebung tapi sedap. Aku suka.huhu
Rebung tu kalau rebus cicah budu pun sedap.
Tapi suami cakap kalau mak mentua aku tahu bawak naik rebung atas rumah maybe dia marah, so aku makan senyap senyap jelah.hehe

Pagi tadi nak bersahur ingat nak panaskan baki sayur rebung tapi bila bukak peti tengok tengok sayur dalam mangkuk dah tumpah.huhu
Dahla semalam tu nak beli sayur rebut aku orang last.
Kesian akak yang datang lepas aku tu.hehe
Mak pun suka sayur rebung ni. Nanti boleh beli kalau balik bukak puasa rumah mak.

Ok tu je nak cite. Sekarang aku nak masuk dapur makan. Eh silap. Nak masuk cuci peti ais.kihkihkih. daaaa



Wednesday, June 22, 2016

15 Ramadan 2015

salam.

pagi semalam bersahur aku masak nasi je.
lauk pulak just makan saki baki yang masa berbuka.
aku memang dah takde mood nak masak time sahur.
cuma lauk tu kena panaskan jelah.

then untuk berbuka, singgah beli lauk.
niatnya nak cari ikan kerisi pastu nak beli sayur lemak.
tapi kat gerai tu takdelah pulak ikan kerisi.
nampak aku ikan tongkol besar besar, ada yang dia dah potong separuh bahagian ekor.
so aku ambik yang tu je.
suh dia hiris siap siap.
beli rm9 dapatla 7 keping termasuk ekor.
pastu aku beli lala dalam setengah kilo.
dari hari tu lagi teringin nak buat lala goreng pedas.

la ni puasa dah tak rasa apa.
perut sikit pun tak lapar.
so balik kerja sampai lebih kurang pukul 5.30 sempatla lepak kejap.
pukul 6 baru masak nasi n prep bahan masak.
dalam 645 baru aku start masak n terus hidang.



lala goreng pedas. setengah kilo ni aku masak semua n bagi sikit kat rumah kakak ipar.
ingatkan dah banyak makan berdua, rupanya suami nak meratah tak cukup.hehehe
sedapla kot aku masak.
nampak gaya esok lusa kena buat lagi la ni.
aku pun tak puas jugak makan. makan berebut dengan laki memang best.
mula tu risau jugak nak bagi kat kak ipar takut aku masak ni termasin ke hapa.
tapi alhamdulillah bila makan masa berbuka, nasib baik secukup rasa.
kalau tak malu aku kat kakak ipar. dah tua bangka pun tak reti masak.
macam aku cakapla, bab letak seasoning aku memang terer.kahkahkah
macam buat lala ni disebabkan aku letak sos tiram, sos ikan, serbuk cukup rasa n kiub ayam yang selalunya boleh cenderung untuk masakan jadi masin, so untuk balance aku letakla lebih gula.
pastu aku letak jugak belacan dari melaka. fuhh dengan baunya, memang terangkat angkat.
dah lma tak share resepi. nanti aku nak share resepi lala ni jelah.




ikan tongkol ni pulak aku just buat goreng kunyit je.
ikan faveret aku ni. best sangat ikan segar macam ni.
goreng pun jangan overcooked sangat, biar isinya moist moist gitu.kehkehkeh
ni penangan selalu tengok ramcangan masak la ni.
kebetulan beli ikan half tu ada la telur.
bila goreng jadi cinonit je.
laki padahal tahu dah aku suka telur ikan. sempat lagi dia rembat telur ikan aku ni sikit.huhu

untuk petang ni tak sure lauk nak masak apa.
maybe buat ikan tongkol masak kicap. pastu cari sayur lemak rebung dengan cekur manis.
tambah telur dadar. aduhhh bestnya.




Tuesday, June 21, 2016

Buah Hati Pengarang Jantung & Limpa



salam.


hari ni kita lari sikit dari topik ramadan. boring kan?
asik dok bebel bukak puasa makan apa je.
hari ni nak bebel pasal buah hati pengarang jantung.
bukan jantung aku tapi jantung suami.
tapi kalau dah jantung suami, mestila bini kan buah hati dia?
hmmm takde maknanya.huhuhu



haa, nilah dia buah hati laki aku.
budak gebu gebas oren belang belang ni.
dalam banyak banyak kucing, yang nilah sorang yang laki paling sayang.
orang lain time makan terpaksa share dalam bekas atas lantai.
budak gebu sorang ni, makan asing special atas kerusi lagi.

sekarang ni bukan setakat manja dengan laki je, dengan aku pun dah jadi 'meto' jugak.
sekarang ni asal dekat masa berbuka, pandai je dia lepak dapur.
kalau kucing lain, aku acah acah dengan penyapu terus lari, tapi budak sorang ni ketegaq sunggoh.
if aku suruh keluar dia pandai je naik sembunyi atas kerusi bawah alas meja. bajet aku tak nampak la tu.
lepas tu if dia lari ke ruang tamu, pandai je dia sembunyi kat celah kerusi pastu taknak keluar.
penat aku nak suh keluar dia taknak.huhuhu

paling geram masa solat.
if dia ikut masuk dalam bilik, memang susah nak solat.
asal kita sujud je dia mai gesel muka dia kat muka kita.
entah sempat ke tak aku zikir sujud 3x terus melompat bangun. kahkahkah.

pagi tadi lepas sahur, suami masuk bilik dulu.
aku pulak lepak depan tv sampai habis masa sahur.
elok je masa bilik, dia dok baring atas lantai dalam bilik.
then aku tidur kejap. tersedar balik pukul 6, amboiiiii kemain sedap dia naik tidur sekali atas katil sebelah laki.
bila aku halau turun, dia g baring pulak atas kain yang terjatuh dari bakul.
lepas suami bangun baru dia mengekor ikut suami keluar bilik.

suami janganla nampak aku nak perambat kucing dia dengan penyapu.
memang sah sah aku kena marah.huhuhu
kadang kadang tu suami pun serabut jugak.
if bangun sahur pagi pagi adala jugak dia marah sebab budak ni kalau dengan suami,  dia sampai dok bergayut di paha laki.
sakitla paha dah kena kuku tajam dia tu.
if dengan aku dia tak buat gitu. buat gitu kat aku memang bertempikla sebab aku ni penakut dengan kucing.
tapi aku suka la jugak melayan budak ni.
kalau makan apa apa memang aku bagi je kat dia.
dia paling suka makan mamee monstar yang 30sen tu.
sama laju makan dengan aku.huhu

kesian laki, anak dahla duk jauh. ada bini pun tak beranak pun lagi. coming soon.hehe
so dengan kucing jelah dia dok melayan.
sayang sangat kucing.
ritu aku cakap aku bagi budak oren tu makan pulut sekaya terus kuat suara cakap jangan bagi makan pulut nanti luruh bulu.
ek eleh macam la kita tak tahu :p

semalam masa berbuka, aku alihkan meja makan.
so tempat suami duduk sebelum ni dah jadi tempat aku duduk.
agaknya dia dah terbiasa side tepi tu, so petang semalam masa berbuka dia dah tak kacau suami.
dia pi kacau aku pulak. dahla kuku tajam kena paha aku.
suami pun mentang berbuka, biar je kucing kacau aku. dia sedak jah makan tak berenti. 
nasib baik bulan puasa ni aku penyabar.kahkahkah.
penyabar la sangat  :P


Monday, June 20, 2016

14 Ramadan 2016


salam.

dah masuk 2 minggu puasa ni rasanya jadual perut aku dah terbiasa dengan waktu sahur n berbuka.
elok je nak dekat masa bersahur, memang terasa kriuk kriuk perut jadi lapar.hehe
sekarang ni dah selera makan nasi masa sahur.
masa berbuka maintain 1 senduk je banyak meratah lauk.
cuma semalam je bertambah sebab tengok suami makan bertambah.
tapi lepas makan tu memang sakit perut.huhu

untuk bersahur semalam, aku goreng ikan bawal je. tu pun separuh je.
pastu tambah telur dadar. 
sedang elok share makan 3 orang termasuk kucing kami.hehe
aku sahur setakat nasi separuh senduk, suami 1 senduk.  cukupla tu. tak payah nak bazir.

untuk berbuka pun aku tak beli apa.
otw balik kerja suami tanya nak beli apa, aku cakap tak payahla.
dah ada daging singgang, pastu aku goreng ikan terubuk n buat sayur kulat sisir pecah telur.
pastu tambah telur dadar.
suami tapau sambal ikan bilis kering dari kakak dia.
aku cakap kat suami sukalah tu kakak dia buat sambal ikan bilis. dia cakap mestilah. huhu
dulu aku jeles jugak suami nampak sangat suka masakan kakak dia.
bila aku meluah perasaan, dia cakapla dia dah biasa makan masakan kakak dia, membesar dengan masakan kakak dia.
tapi memang aku admit, if kakak dia masak, memang sedap. aku pun suka.hihi.



sayur faveret aku. suami walaupun kureng makan sayur, tapi dia makan la jugak kulat sisir ni.
ambik dengan mak hari tu, sempat 2x goreng.
malam sabtu tu ada mak offer lagi yang baru dia kutip tapi aku jual mahal cakap taknak.
sekarang dah rasa menyesal pulak.huhu
nak kol suh mak simpan nak pergi berbuka hari nuzul alquran nanti.
lepas tu nak suh mak buat ikan tuko kuah santan. ohh dap dap.

ok, tu je nak cite. babaiiii...





Sunday, June 19, 2016

13 Ramadan 2016


salam.

dah nak masuk 2 minggu puasa pun. kejap je masa berjalan.
tanda dunia akhir zaman kan?
alhamdulillah setakat ni puasa ok. cuma malas sikit tang nak bangun sahur je.
tapi dah suami suka makan nasi  baru masak, gagahkan jugak diri bangun pukul 4 pagi masak nasi n buat lauk.

untuk pagi ni, aku just goreng daging campur ayam.
goreng kunyit pastu bila dekat nak masak tambah sikit kicap n sos tiram.
makan tu jelah.
lepas tu tunggu subuh n baru tidur balik.

hari ni mak cakap nak pergi hantar lauk ada bukak puasa kat masjid.
so dalam pukul 10 lebih aku keluar pergi  bank kejap pastu singgah beli a few things yang mak kirim.
sampai rumah mak tengahari tu terus masak dapur siap barang barang nak masak.
kupas bawang n potong sayur semua.
disebabkan mak baru nak baik dari demam, so aku tolongla masak sikit.
tapi dah namanya mak kan, if tak kalut memang tak sah.
ada ke tengahari lagi dan nak suruh aku masak.
setakat nak buat 2 jenis lauk ni, setengah jam pun tak sampai.huhu
sayur tu dari elok je nampak rangup lagi sampai dah lembik.
kemain lagi aku beli kacang buncis nak tambah elemen rangup, tapi bila aku try memang dah lembik pun.huhu
tu malas kalau nak kena sedapur dengan mak. bingit telinga kena bebel.hehe




aku just buat bawal sweet sour dengan sayur campur je.
lauk lain semua mak masak. ada singgang daging, ikan jaket sumbat dengan sambal pauh dengan ikan bakar.
dah siap masak semua lauk, aku jugak yang kena pergi hantar n hidang kat masjid.
selalunya mak yang akan pergi n aku just tolong hantar n tolong hidang je.
tapi dah mak tak berapa ok, terpaksalah pergi sorang sorang.
bila sampai, orang tak ramai lagi so dapatla letak hidangan aku ni kat area dalam.

mak cakap lepas hidang bolehla balik.
tapi bila aku tengok, takde pulak yang tinggal hidangan dorang.
if tinggal nanti, sape pulak nak urus air n nasi semua.
so melangutla aku kat masjid tu sorang sorang.

lebih kurang pukul 7 barulah aku siapkan air minum pastu isi nasi dalam pinggan.
ayah memangla datang bukak puasa kat masjid dah dia tok bilal tapi manalah boleh harap kat ayah tu.
lepas berbuka dia dah nak kena siap untuk solat maghrib, so aku jugakla yang kena kemas semua.
memandangkan hidangan ni semuanya lelaki yang penuhkan, so yang perempuan pandai pandaila cari port sendiri.



if dulu semua hidangan berbuka akan hidang dalam masjid kawasan solat, tapi tahun ni masjid dah renovate, so kawasan luar masjid depan n kiri kanan memang muat setakat nak buat 40,50 hidangan.
5,6 hidangan je yang buat kat dalam masjid tu pun kat belakang sekali dekat dengan sliding door.
so takdela ganggu kawasan solat.

elok je nak berbuka kebetulan besan mak ada sekali, so aku join dia je bukak puasa.
duduk je makan tak tahu kat dulang hidangan sapo.
ada lauk ikan percik, tomyam dengan sambal pauh.
tu jelah sikit aku makan.
nasi pun keras, tak berapa kena dengan selera aku.
tomyam of kosla lagi sedap yang aku buat.kihkihkih
tapi aku tak kisah pun sebab aku ni bukan jenis makan beriya nak berbuka.
yang penting air jelah. 3,4 gelas kot aku refill air sunquick.kihkihkih

lepas berbukak, aku pun standby jelah tunggu ayah dengan 3,4 orang lain siap makan
elok je siap aku terus kemas n balik rumah.
balik rumah macam biasalah tuan permaisuri (noted:mak) akan buat soal siasat.
sape yang duduk makan, lauk habis ke tak, orang ramai ke tak. 
patut aku snap gambar je tadi tunjuk kat mak.huhu
balik rumah mak pun, kakak ipar ajak makan dah rasa malas.
tak try pun lauk aku buat sedap ke tak.
tapi bila tengok licin, agaknya sedapla kot.hehehe
tak sempat rasa pun singgang daging mak, so bawak balik sikit untuk berbuka esok.

lebih kurang pukul 830 aku follow suami pergi rumah pakcik jap.
dia nak tengok lembu katanya.
aku nak balik dulu dia tak bagi. dia tak tahu kita ni seharian penat.huhu
kebetulan mak pun nak singgah tengok pakcik tengah sakit.
lepak kejap n terus balik jelawat.
sampai rumah, mandi solat semua masuk tidur jelah.
takde nafsu dah nak buat benda lain.huhu

tu jelah cerita 13 ramadan saya. sampai ketemu lagi esok ye. ;D




Saturday, June 18, 2016

12 Ramadan 2016

Salam.

12 Ramadan di hari cuti.  Bertabahla muis. Huhu.
Lebih kurang 7 jam lagi nak berbuka.
Tu pun sebab lepas subuh aku tertidur lama.
Dekat pukul 10 terbangun n terus mandi. If bangun lewat, badan aku selalu rasa letih.
Lepas mandi aku masuk kain dalam mesin pastu lepak jelah.
Panas pulak rasa hari ni. Malam tadi hujan boleh tahan lebat jugak.

Pagi tadi bersahur aku masak sardin pastu goreng telur dadar.
Untuk berbuka dalca dah ada yang beli semalam. Tak berusik pun lagi dalam plastik.
Lepas je suami balik dari masjid tetiba hujan turun selebat lebat alam.
Astro sah sah dah kelaut so layan movie jelah.




Layan movie Shahrukh Khan. Fan.
Suami pun layan sekali. Citenya quite bestla. Aku n suami dok bertekak pasal watak utama dia tu sama ada Shahrukh yang dimekap atau orang lain yang dimekap nak tiru dia. Tapi suara sama.hihi

Lepas habis cite aku keluar cari ikan segar tok bali. 
Suami cakap nak pergi menabur baja kenaf dia. 
Pastu aku singgah bazar je kejap cari lawar. Kuih taknak beli. Bazir je. 



Untuk berbuka hari ni aku goreng ikan terubuk. 
Ada dalca daging, lawar n kerabu buah bacang. Yang beli tak sedap so aku ejas sikit tambah air limau nipis, lada, n perasa sikit. 
Suami pun berbuka hari ni makan bertambah. 
Sedap la kot makan ikan terubuk. Isi dia rasa lemak lemak je. 
Jangan tercekik tulang sudah.hihi
Pastu aku buat air asam boi limau nipis. 
Fuhhhh nikmat sungguh. Buat sendiri lagi puas hati dari beli. 
Puas hati minum 2,3 gelas. 
Selamat dah 12  hari...😂








Thursday, June 16, 2016

11 Ramadan 2016



salam.

akhirnya hari ni sampai hari terakhir kerja untuk minggu ni.
weekends ni tak sure nak ber yahuuu ke ber huhu.
almaklumla bila bulan puasa ni, rasa tercabar sungguh if stay rumah je.
letih dengan dahaga tu rasa lain macam je.
pagi pagi dah kena bangun nak basuh baju. nak jemur baju.
petang nak kena angkat, malam nak kena lipat.
tu belum masuk nak kemas bilik, nak kemas dapur, nak kemas ruang tamu.
aduhhhhh penat weh jadi pompuan ni.

aku suka merungut kan? padahal bukan ada anak pun.kihkihkih
lagi satu tak suka sebab tak kerja, so masa tu rasa lambat sangat berlalu.
if hari kerja, cepat je rasa dah petang.
kalau bulan puasa kat rumah, rasa macam lama giler nak tunggu bukak puasa.
kejap kejap tengok jam.hihi
nak buat kerja banyak banyak kang penat pulak.
mana nak kena masak lauk berbuka lagi.

if hari cuti, takde alasan kot untuk tak masak. 1 la kot alasannya. malas.hihihi

pagi tadi aku bersahur dengan lauk kerutuk daging yang beli petang semalam.
mulanya beli untuk mak, tapi mak cakap dia dah ada lauk tu, so bakinya bawak balik rumah jelah.
baki ayam percik semua aku bagi kucing.
bila suami tanya nape banyak bagi kucing, aku cakap bukan dia nak makan pun, aku pun taknak.
lagipun ayah cakap ayam tu bau hanyir. so kedai tu lepas ni aku boikot jelah.
tapi takpelah, takde rezeki kita, ada rezeki kucing.
pastu aku just tambah telur dadar je.
nasi masak 1 genggam, cukup aku makan berdua dengan suami. jangan bazir ek.
just untuk alas perut n ambik berkat sahur.
pastu macam biasa, aku makan gula gula satu pastu habiskan dalam setengah liter air. tu jelah.

untuk berbuka hari ni suami cakap dia dijemput berbuka kat lembaga tembakau & kenaf.
so aku balik berbuka rumah mak jelah.
lagipun mak pun tak berapa ok lagi. so better balik jelah.
untuk berbuka hari ni taknak dah beli bazir macam semalam.
maybe beli sayur lemak or dalca, kerabu n kuih je kot.
kalau mak larat suh dia prepare ikan aku balik goreng.
kalau tak aku beli jelah ikan bawal ke, cicah sambal kicap lagi. selera sikit makan nasi.hehe

tapi tu plan jelah. Kenyataannya bila aku pergi bazar habis lagi rm28.huhuhu
Entah apa aku beli. 
Dekat bazar peringat aku beli roti john, seketul kecik dada ayam madu, hati lembu goreng, air coconut shake dengan bandung cincau. 
Singgah bazar jelawat, beli dalca daging, sayur lemak rebung, kerabu buah bacang dgn kuih akok. 
Then dekat waktu berbuka adik ipar dgn anak dia datang berbuka sekali.


Makan berhidang dalam dulang zaman dulu dulu ni. Mak cakap makan dapur je tapi aku taknak. Dapur tu tak cukup pencahayaan aku jadi rimas.hehe. Padahal aku memang suka makan depan tv pun. 



10 Ramadan 2016



salam satu pertiga ramadah.hihi

hari ni dah masuk hari ke10 puasa dah.
pagi tadi pukul 3.30 aku tersedar terus segar bijik mata.
membawak sampai ke sahur.
rupanya semalam aku tertidur depan tv dengan tv n lampu tak tutup.
suami macam biasa lepas balik terawikh keluar mengeteh.
aku pulak konon nak layan Devious Maids. tapi dah main lambat sangat pukul 11 malam.
sah sah dah aku mengantuk.
kebetulan pulak malam tadi hujan renyai renyai so sejuk, makin best la tidur.

bila tersedar pukul 3.30 takkan nak masuk dapur sebab awal lagi, so temanla laki layan bola.
dia tengok kejap je pastu tertidur. aku pulak yang segar bijik mata layan bola.
laki ni tambah channel astro sport buat membazir duit bayar bil je.
la ni astro bulan bulan dekat RM100. if ada bayar lewat sikit dari due date, terus bulan seterusnya jadi bil makin mahal.
masalahnya if tengok takpela jugak.
ni dia banyak membuta dari tengok bola. tu yang aku geram tu.

kebetulan pulak tahun ni ada sukan olimpik. so alang alang dah tambah channel astro sport, tunggu jelah sampai habis sukan olimpik.
lepas tu memang aku nak terminate je channel sukan.
nak tengok bola, baikla tengok dengan geng mengeteh dia kat luar.
nak balik lambat pun lantak dialah. huhu

berbalik pasal bersahur pulak. pagi ni aku just panaskan lebihan ikan talapia je.
dah tahu suami kureng suka ikan talapia, buat la jugak daging goreng sikit.
dah 2 pagi sahur ni alhamdulillah, selera aku ada nak makan nasi.
tapi balik kerja petang semalam cakap kat laki lapar tu terasa if sahur dengan nasi.
masa sahur dengan biskut rasa ok je.
mungkin fakta yang aku baca pasal biskut lebih tahan lama dari nasi tu betul la kot.

setakat aku menaip ni, tak sure lagi hari ni nak berbuka lauk apa.
tengokla balik kerja petang nanti singgah gerai jual ikan tepi jalan ada lauk apa.
if ada lala, maybe buat lala goreng pedas n tomyam putih. goreng ayam/daging kunyit.
nak up lagi tambah dengan telur dadar.hehe
wah rajin sangat aku ni nak masak 3,4 lauk.kihkihkih

to be continue.....

plan masak untuk berbuka tak jadi.
dalam tengahari masa kat ofis mak kol cakap dia demam.
so petang semalam aku tapau je lauk bazar ramadan n terus balik rumah mak masak nasi.
aku beli ayam percik, kerutuk daging, sayur lemak rebung, lawar dengan rangka ayam bakar madu.
beli jugak kuih akok. habis rm24. ish ish ish.
tapi takpelah. selalunya lauk pauk dalam peti rumah mak keras kejung, ambik masa pulak n aku jadi malas dah nak masak.

lepas masak nasi, duduk duduk sembang dengan mak sambil picit picit kepala dia.
pastu dia cakap sakit pinggang, aku sapu dengan krim susu kambing n urut urut sikit.
walaupun semalam mak terpaksa berbuka sebab tak larat sangat, tapi masa berbuka tu aku paksa mak makan sekali.
kebetulan sayur lemak rebung dengan cekur manis tu sedap, nampak mak selera makan n bertambah nasi walaupun sikit.

lebih kurang pukul 9 lepas mandi n solat mak nampak ok barulah aku balik.
aku nak ambik nenek temankan dia cakap tak payah dia ok je.
takpelah sementara menunggu ayah balik terawikh.
sebelum berbuka pun aku sempat berdoa biar mak cepat cepat baik dari demam. in sha Allah.








Wednesday, June 15, 2016

9 Ramadan 2016


salam.

pagi ni sedang elok aku terjaga pukul 4.
terus bangun masak nasi pastu panaskan baki lauk berbuka.
ikan bawal cicah sambal kicap dengan sayur kulat sisir.
selera pulak aku makan sahur pagi ni.hehe
dah lama tak makan kulat sisir.
last week balik rumah mak ada banyak yang ayah kutip belakang rumah, so aku tapau sikit.
sempatla 2x goreng.
if kulat sisir biasa goreng dengan telur jelah.

kadang aku ni kagum jugak dengan diri aku ni.
if masak, hatta di bulan puasa, selalunya memang aku letak secukup perasa.
memang tak kurang n tak lebih.
bila sampai masa bukak puasa, bila try je ok sedap cukup rasa dah.
terus rasa, waaa hebat aku ni.kahkahkah.
walaupun mak mak selalu rasa hujung lidah time bulan puasa tapi aku tak berani.
takut tertelan. sesia je puasa aku sehari.
tapi sejak dah lama main masak masak ni, dah pandaila kot adjust gula garam semua. 'konsepnya letak sikit dulu tak cukup baru tambah.
n aku ada terbaca jugak perasa gula garam semua tu kena letak di awal masa masak.

if dulu aku selalu letak bila makanan dah nak siap.
tapi sekarang ni memang aku letak awal awal lagi.
n aku perasan memang rasa masakan lain sikit.
lebih sedap la kot.hihi







menu bukak puasa simple je.
ikan talapia goreng garing cicah sambal kicap.
lepas tu aku buat telur mata n kuah kicap. aku campur je lebihan paru berlada dalam kuah kicap.
lepas tu aku beli lawar n rangka ayam madu.
rupanya mak mentua pun buat lawar.
then beli kuih sekaya, pastu suami buat jus tembikai laici.

syukur alhamdulillah dah selesai 9 hari puasa.

ni aku tengah membilang hari next period. kahkahkah.
tu lah kelebihan orang pompuan. dapat take a break from puasa.
lebih kurang 6 hari je lagi.
if ikut kalendar period jatuh hari Nuzul Al-Quran. kihkihkih.
cuti n dapat lepak kat rumah. bagus sangat sangat.


Tuesday, June 14, 2016

7,8 Ramadan 2016


salam.

gigih je aku up entri pasal ramadan kan?hehe
release tension sikit bila dapat menulis n membebel kat dalam blog ni.
lately macam banyak masalah la pulak.
fikir pasal itu ini, jem kepala otak aku.
kadang kadang rasa masalah datang bertimpa timpa.
tapi dah nama manusia kan?
orang gila pun ada masalah kot.hehe
apapun, selagi boleh pujuk hati supaya positif, maka positifla aku.
bak kata pepatah, ikut hati boleh mati, ikut rasa binasa.huhu

so untuk sahur 7 ramadan, pagi semalam aku just masak nasi n panaskan gulai ketam untuk suami.
untuk aku, cukup dengan mineral coffee dengan butter cracker.
pastu macam biasa teguk air masak sampai sebu perut.
aku ada terbacam, if makan biskut untuk sahur akan tahan lebih lama compare dengan nasi.
so automatik minda akan set ok, aku akan ok sampai petang sebab dah makan biskut.hihi
yang penting kena think positif sokmola.

untuk berbuka pulak, aku drive sendiri so boleh singgah kat bazar feveret aku, Bazar Peringat.
memang niat nak tapau lauk je, malas nak masak.
so aku beli ayam bakar cicah sos, paru berlada, sambal ikan bilis kacang, kuih rm2 dengan air coconut shake bekas size besar. cukup untuk minum berdua dengan suami.
sampai je rumah suami takde pi kebun. so aku wasap siap siap bagitau dah beli lauk, kuih n air.
takut dia beli benda lain, membazir je.
gambar makanan takde, lupa nak snap.

bila berbuka, suami makan sepinggan je dalam 2 senduk.
aku pulak ambik half senduk.
niat nak meratah ayam je.
suami tak makan pun. cukup dengan paru n ada gulai keropeh ayam, budu.
so ayam 1/4 tu aku makan sorang.
sambung makan malamnya depan tv lagi.hehe
puas hati beli mahal mahal.

sahur pagi ni pulak, aku buat ikan sardin. tapi suami tak makan pun.huhu
dia cakap dah takde selera nak sahur.
nasi 1 senduk pun nak share dengan aku.
aku macam biasa, tak jemu lagi dengan butter cracker. cuma pagi tadi buat susu anlene panas.
kalau la lepas ni suami taknak sahur, alhamdulillah syukur sangat sangat.
penat weh nak kena bangun 4 pagi masak nasi buat lauk.
kalau makan takpe la jugak. ni tak makan. nak marah pun tak sampai hati dah tau sahur tak selera.
if hari biasa, kalau aku masak tak makan, memang aku luahla tak puas hati tu.

untuk berbuka hari ni masakla pulak.
kalau beli tiap hari kopakla aku.huhu
so otw balik kerja singgah beli ikan tepi jalan.
beli bawal sekor, talapia sekor.
nak goreng bodoh je n cicah sambal kicap.
pastu aku goreng sayur kulat sisir dengan telur pecah.
beli popiah dengan kuih sekaya.
maapler gambonya takde sebab hf buat hal lagi. stress haku.

kesimpulannya, makan simple macam ni lagi best. kos ikan n kuih baru rm8.
musim semua benda naik harga ni, harusla kita jimat kan?hehe

btw, selamat berpuasa n berbuka. 21 more days to go. Chaiyokkkkkk!!









Sunday, June 12, 2016

5,6 Ramadan 2016

Salam.

Ramadan ke 5 puasa memang aku jadi selembik jeli dah.
Boleh bayang tak masa bukak puasa, minum air dengan tangan menggigil gigil.
Tu je pun yang mampu masa tu. Minum air. Nasi memang taknak. Aku teman suami je makan.
Lepas suami pergi terawikh n aku solat isyak baru aku makan nasi sorang sorang depan tv.

Pagi tu memang aku tak sahur. Tak bangun pun.
Dengan letih n tak sedap badan.
Aku suruh suami nakk sahur rumah kak ipar je.
Bagus perangai punya bini kan? Huhu
Yang aku pulak masuk dapur ambik air sebotol.
Teguk yang tu je sampaila habis waktu sahur.

Dahla balik bukak puasa rumah mak petang khamis nasi makan ciput je.
Lauk memang banyak.
Aku beli ayam percik n daging bakar.
Beli roti john dengan kuih cara berlauk. Beli kerabu buah bacang sikit.
Tapi aku cuma ambik tomyam sikit pastu cubit ikan percik sikit.
Memang tak tahu nape rasa tak selera.
Maybe balik kerja petang tu dah rasa tak sedap badan.
Muka rasa panas. Dengan sakit mulut sebab ulser lagi. Huhu
Dugaan sungguh bulan puasa tahun ni.

Tengaharinya pulak aku keluar kejap ke kb pergi melawat anak sedara masuk wad.
Memangla jalan tak jem sebab waktu solat jumaat tapi letihla terasa la jugak sebab panas terik.
Dahaga jangan cakapla. Rasa macam nak minum air satu baldi.

Disebabkan tak selera, so berbuka aku masak tomyam lagi.
Buat telur dadar. Pastu suami tapau gulai ayam kampung.
Tonyam tu cukupla untuk buat berbuka lagi hari ni. Tu je aku selera nak makan.
Tak payahla beli kuih ke makanan sampingan ke.
Memang aku tak kan makan dah. Buat membazir je.
Kalau balik bukak puasa rumah mak baru aku beli lauk.

Nasib baik malam tadi dah makan lebih sikit dengan tomyam so hari ni puasa rasa okla sikit dari semalam.
Sahur pagi tadi aku masak nasi untuk suami. Lepas siap semua dia taknak makan la pulak.
Dia pun sama ada ukser n sakit kaki bengkak kena apa entah. So jadi x selera jugak.
Aku jangan cakapla memang taknak nasi pun. Tapi aku buat mineral kopi n makan biskut je.
Aku rasa macam selera pulak makan biskut dengan air panas.
Lepas tu sambung je teguk air masak sampai imsak.



Untuk berbuka hari ni aku perangatkan balik tomyam semalam.
memang sengaja masak lebih pun. 
Lepas tu buat daging black pepper untuk suami n goreng ikan masin.
memang la penat nak masak tapi serius aku kureng sangat dengan lauk beli.huhu
Suami pulak tapau lagi gulai ketam. Aku tak makan sebab alergik. 
Tu jelah menu berbuka.

Tapi yang bestnya baru 5 hari puasa semalam aku timbang dah turun pun 0.8kg hehe
Sabtu lepas 60.6
Jumaat 59.2.
Yang  penting timbang dengan penimbang  sama. So resultnya meyakinkan aku.

Friday, June 10, 2016

4 RAMADAN 2016



salam 4 ramadan.

macam biasa sahur aku terbabas kalau takde alarm.
nasib baik mak mentua prihatin.
lembut je datang kejut aku pagi pagi.
takut anak bongsu dia lapar lettew.kihkihkih
masalahnya baru pukul 4.20 pun dia dah cakap pukul 5 pagi. huhu

orang tua memang suka exaggerated pasal semua benda kan?
macam mak aku jugak. 1,2 jadi 3,4.hehe
buat panik aku je cakap dah pukul 5.
tapi nasib baik sahur pagi tadi dah plan nak buat nasi goreng je.

10 minit dah siap.hehe




sikit je pun aku masak. suami bertambah la jugak.
aku termenung je dulu.
ambik piring kecik makan 2,3 sudu.
lepas suami siap, baki nasi ni aku bawak pergi depan tv.
makan lambat takpe sambil sambil tengok masa imsak dah masuk ke belum.
kalau tak paksa makan memang lembik la aku nak puasa kalau macam ni.

nak dijadikan cerita, naik ulser 2 biji kat bawah lidah.
bagus sangat sangat.
tak cukup dengan dugaan puasa, kita bagi up lagi sikit.
ulser kalau naik bawah lidah, lagi sakit dari naik kat bibir.
kat bawah lidah tu penuh urat urat yang sikit punya sensitif kalau ada ulser.
sakitnya memang sampai ke telinga. nak cakap sakit. nak makan pun sakit.
aku bercakap pun sebutan jadi mumbling gitu je.
tak leh nak cakap jelas jelas.

kat rumah tu bonjela takde. oral aid je ada.
tapi bulan puasa rasanya tak boleh guna la kot. kang sesaja batal puasa.
bertabahla aku nak tunggu lagi seminggu dua minggu ulser ni nak ok.huhuhu



Thursday, June 09, 2016

3 RAMADAN 2016


salam.

disebabkan malam tadi hujan, so pagi tadi nyaris nyaris aku terbabas waktu sahur.
nasib baik 4.30 mak mentua datang kejut.
so terus masak nasi n lauk sempatla makan dalam 5.10 minit.
aku just remake lauk berbuka, pastu goreng ikan bilis je.
suami je makan. aku memang takde selera.
suami makan nasi sikit pastu naik tapau lauk rumah kakak dia.
adala tu yang tak kena. sebab selalunya dia paling suka lauk ikan bilis goreng.
sama ada kosong atau masak sambal tapi tadi tak makan pun.
bila aku tanya rupa rupanya dia tak suka ikan bilis jepun tu.

suami aku ni jenis kalau dia tak suka apa apa jarang sangat atau tak pernah cakap.
bila tanya selalu ok ok je.
tapi kalau benda yang dia suka dia tak berapa nak makan, aku taula tu ada something wrong somewhere.huhu
salah aku jugak. sebab selalunya aku beli ikan bilis putih.
mahal sikit tapi berbaloi sebab sedap kalau buat goreng atau masak sambal kering.
tapi ikan bilis jepun ni rupanya mudah sangat garing. bila kecik sangat nak kunyah pun tak best.
bukan suami je tak suka. aku pun tak suka jugak.huhu
nampak gaya kena cari ikan bilis putih la jugak.
sebab aku tahu kalau bulan puasa memang suami nak sambal ikan bilis kering.
semalam dia cakap kedai yang ada jual tempat dia selalu beli tak bukak.
so harusla bini yang buat.huhu
lagipun yang aku buat lagi sedap kot.kihkihkih

yang aku pulak just makan kurma lulu 3 ketul pastu minum air je 2 gelas.
maybe sebab mengantuk kot, so memang takde nafsu nak makan. 
pagi tadi pergi kerja, serius perut memang rasa lapar sangat sangat.huhu
tapi takpe sebb aku dah minum air secukupnya. tu lagi penting.






 
hari ke3 berpuasa akhirnya aku terbeli di bazar.
beli sambal tumis udang dengan petai.
beli sikit je pun rm3.
cukup sekali makan. kalau ada lebih bersahur pun, suami memang dah tak sentuh.
pastu aku goreng daging sikit.
then panaskan baki tomyam semalam.
alhamdulillah. makan simple macam ni pun kenyang.
 
malam macam biasa aku dah tak makan.
petangnya balik kerja hujan selebat lebat alam.
so malamnya sejukkkkk. terus aku tertidur.huhu












Tuesday, June 07, 2016

1, 2 Ramadan 2016


salam.

alhamdulillah berjumpa jugak ramadan akhirnya.
rasanya semua orang seronok bila puasa kan?
seronok tunggu masa berbuka. seronok dengan kemeriahan bazar ramadan. seronok membilang hari menanti raya. seronok boleh jumpa famili yang balik kampung. seronok dapat jumpa anak anak sedara.hehe
tapi ada jugak part yang tak bestnya.
part kena bangun masak nasi masak lauk sahur pukul 4 pagi.
part selalu terjaga n takut terbabas waktu bersahur.huhu
yang ni paling aku risau.
bagi aku takpelah if tak sahur. tapi kesian la pulak kat laki.
dahla puasa setahun sekali.kahkahkah
bila suami nampak lembik je aku selalu perli.
tulah, puasa sunat taknak buat. setahun sekali je puasa.
kita yang pompuan ni takpelah ada nak kena buat puasa ganti.

ramadan kali ni aku bertekad taknak bazir.
makan je ala kadar.
if puasa ganti selalu pun, aku makan simple simple je.
semalam balik kerja pun aku cakap kat suami hantar aku balik rumah dulu.
lepas tu dia keluar balik ke bazar naik motor je.
aku pesan siap siap kat suami tak payah beli if taknak makan. kuih pun kalau boleh jangan beli.
beli kuih seringgit pun tak habis. so better tak payah beli.

otw balik kerja semalam aku cakap kat suami nak makan banyak banyak masa berbuka.
suami cakap iyelah tu. makan sikit dah kenyang.hehe.
dah nikah 5 tahun kan? takkan tak tahu perangai bini dia.
puasa ke tak puasa ke sama je aku makan.
makan sikit dah kenyang. lebih air sikit dah kenyang.

so untuk sahur first day, aku just buat daging goreng. suami tapau kerutuk ayam rumah kak ipar.
berbuka pulak aku goreng kepak ayam berempah, goreng ikan rebus, panaskan kuah asam pedas.
beli kuih akok seringgit n suami tapau kuih onde onde 4 biji je pun dari rumah kak ipar.
semua kuih ni sikit pun dia tak sentuh. aku apatah lagi.huhu
untuk sahur hari kedua aku just goreng telur dadar pastu buat daging masak kicap kering.
pagi ni sahur aku makan lebih sikit.
dah serik semalam puasa rasa letih sebab tak sahur. padahal sebelum ni elok elok je aku ganti puasa tak pernah sahur.




masak simple je. tomyam sayur campur keropeh ayam.
aku suka tomyam lite lite macam ni je. letak 1 kiub cukup.
pastu aku buat ayam sweet sour campur mangga.
puas hati bukak puasa.hehe
suami pulak dia cakap nak makan nasi sepinggan taknak bertambah.
sebabnya nanti dia sakit perut macam semalam.
tapi aku bajet dia sakit perut sebab makan ayam berempah yang dah perap dari hari jumaat.kihkihkih
bini pulak dah tahu suami perut sensitif, saja nak buat pedajal.
aku makan gulai yang panaskan seminggu pun rileks je, memang perut bodoh.jarang sangat la nak kena cirit birit ni.
suami pulak jenis sensitif.
if musim kenduri, makan gulai selalunya memang cirit birit. huhu

ok berbalik pasal puasa.
bagi aku makan tak penting sangat pun.
minum air masak je kena cukup.
pagi tadi tak sempat habiskan 1 botol air.
terus rasa gundah gulana. aku paling takut kalau haus.
rasa lapar takpe boleh tahan lagi.
nak bertadarus sikit pun risau takut kering tekak dahaga.huhu
tapi alhamdulillah, nampak progress tadarus aku macam ok je. harapnya dapatla capai macam yang aku target. 21 hari 30 juzuk. hari ke22 in sha Allah period.hehe
mungkin 2 hari sebelum raya sempat lagi puasa. tapi masa tu dah sibuk persiapan raya, maybe dah takde masa bertadarus kot. kahkahkah

ok tu je nak bebel. sampai ketemu lg. bye....


Monday, June 06, 2016

MENU TERAKHIR MENJELANG RAMADAN -CHARKUETIOW BACHOK


Salam.

memang sehari sebelum ramadan baru aku plan nak ke seupermarket untuk beli barang dapur buat bekalan bulan puasa.
if hari biasa aku masak hujung minggu je.
tapi ramadan kali ni dah tekad taknak beli bazar pun, nak masak simple simple je.
lagi puas hati makan.

so petang ahad aku gerak ke PKT.
dekat situ je ada daging yang selalu aku beli.
daging import je pun tapi jenis yang okla. dalam rm18 kot sekilo.
lepas tu topupla mana barang dapur yang dah habis. sos, minyak, serbuk perasa, ikan bilis.
then aku beli jugak sayur sikit. beli kurma untuk berbuka.  beli jugak biskut konon nak buat bekal bersahur.
walaupun aku n suami bukan penggemar kurma, tapi rasanya kena belajar makan la kot.
masa pegi kaunseling ivf ritu doktor cakap banyakkan makan kurma, minum jus delima.
tapi kurma selalunya manis sangat, i is dont like manis manis.huhuhu

balik dari beli barang, terus gerak ke Bachok.
dah janji dengan cikji nak makan charkuetiow sebelum masuk puasa.hehe
masa sampai tu aku tengok kedai still tak bukak, so pergi la pulak ke Billion Bachok.
balik dari PKT mak kol suh belikan wayar extension dengan ubat sakit urat kat klinik.
so masukla aku ke supermarket kali ke2.
dahla susah nak parking. masuk je dalam Billion kemain lagi ramai orang.
mulanya ingat nak beli wayar extension je, tapi bila dah masuk tangan dok capai itu ini jugak.
tup tup tengok jam dah 6.30
terus cabut nak pergi ambik cikji.
dahla aku lapar gilos last pagi je makan nasi.huhu


harusla order saiz besar special kan?
memang licin selicin licinnya aku makan.hihi
kedai ni baru je bukak. nasib baik sedap.
lepas ni tak payah pergi jauh jauh dah nak makan charkluetiow.
masa dok makan si tukang masak datang sembang.
disebabkan aku order extra masin, so dia datangla bagitau dia takde tambah apa apa pun, garam pun takde katanya.
nasib baik sedang elok je kena dengan selera aku.
yang kurengnya takde lada jeruk. hilang side kick.
almaklumla sekarang ni lada hijau besar tu mahal.
tu yang short stok lada jeruk la kot.

dalam bulan puasa ni, dia cakap week pertama tutup.
minggu seterusnya baru bukak.
malamnya aku bagitau suami tak payahla masak, nak makan luar je.
cadang nak makan chicken chop la pulak.
suami cakap ok je.
aku dah plan if chicken chop tutup, ajak suami datang makan sini.
kebetulan anak pun ada.

tapi biasalah kita hanya mampu merancang je pun.
malam tu lepas je suami dengan anak pergi terawikh, aku tertidur.
bila tersedar dah pukul 10, konfem aku ting tong.
masa suami tanya pasal nak keluar makan, aku just angguk angguk geleng geleng je. blur sekejap.
so suami cakap takpela dia bawak anak je makan luar.
masa nak salam pun aku taknak, geleng geleng. nasib baik laki tak marah.hehe

aku memang jenis macam ni.
kalau dah tertidur malam, if tersedar pun memang tak boleh buat apa dah.
kalau belum solat memang kena solat pastu tidola balik.
lapar macam mana pun aku tak kuasa dah nak makan ke nak hapa.
sebab selalunya if aku tidur n tersedar tiba tiba, aku akan jadi badmood,kahkahkah.
perangai macam hampeh.

okla tu je nak bebel. moga ramadan tahun ni rajinla nak up entri puasa. daaaaaa



Saturday, June 04, 2016

Long Weekend

Salam.

Hari ni besday DYMM Di pertuan Agong, so esok cuti lagi di kelantan.
Tahun ni rasa macam kerap pulak cuti weekend 3 hari sampai ahad.
labor day, wesak day, sport day, deepavali, awal muharam, ihtifal tadika n last sekali cuti krismas.
sama ada memang cuti ahad atau cuti jatuh hari sabtu n diganti ke hari ahad.

Semalam rumah mak ada buat kenduri sikit.
Abang sulung buat akikah untuk cucu dia.
So aku dah naik pangkat jadi nenek sedara.
Dah tak boleh jadi Cik Inie la kot.
Tapi tolong jangan panggil aku NekNie ye.eei tak kuasa.
I tak beranak lagi hokeyyy.huhu

Kenduri semalam takde snap apa pun.
kalau kenduri lauk biasa biasa jelah.
Ada gulai kambing, kerutuk daging, ayam berempah, kerabu nangka, sambal dan tembikai.
Aku makan sekali je tengahri. Lepas tu banyak dok meratah lauk je.

Hf aku ni menggila sungguh sungguh lately.
Dari semalam takde bateri pastu aku cas sampai ke hari ni tak boleh nak on.
Semalam lepas kenduri aku balik rumah dengn suami.
Mulanya bawak baju ingat nak tidor rumah mak tapi aku ni biasalah if budak ada ramai, bising bising lepas tu sibuk buat itu ini memangla kepala akan sakit.
Padahal aku bukan buat keje sangat pun. Menyibuk je lebih. Kahkahkah
Then kalau nak sakit kepala, memang harusla aku balik ke bilik yang sunyi dari gangguan. 

Tapi aku pun tak tahula kenapa dengan aku ni.
Dari kecik sampai besar macam macam penyakit.
Kalau nak keluar atau kemana mana ubat ubatan aku janganla tinggal.
Kalau time nak guna memang kena selalu ada.
Yang wajib minyak cap kapakla.  Dengan krim susu kambing. Yang ni memang 24 jam aku angkut ke sana sini.



Dah lama beli bekas ubat ni kat kedai rm2.
menyampah cari ubat aku dok merata rata last last masuk bekas macam ni senang.
Lengkap semua ada ubat demam, ubat tonsil, ubat selsema, ubat hormon, pain killer.
pain killer tu aku ambik dari mak masa sakit gigi ritu.
Tak berani nak telan pun sebab katanya dos kuat sangat.
if sakit kepala pun,

So sampai rumah malam tadi rupanya semua takde.
Patutla tak datang kenduri. Rupanya kakak ipar 2 family angkut sekali mak ayah mentua aku.
Dorang pergi tidur kat chalet tepi pantai area melawi.
Anak pun ikut sekali. So berdua jelah aku n laki duk rumah tidur sampai pagi.
Best jugak sekali sekala macam ni. Hehe
Pagi tadi lebih kurang pukul 10 lebih kurang suami ajak pergi ambil anak pastu terus pergi makan kenduri kawan 1 ofis dia.
Dahla nak sampai tempat kenduri dengan jalan jemnya. Nasib baik makan kenduri lauk sedap. Aku ngap jugak bubur kacang 2 mangkuk.
mangkuk kecik je pun.hihi
Aku ni tak taula kenapa, suka sangat dengan bubur kacang.
Walau dah kenyang makan nasi, still nak rasa jugak bubur kacang.
Selalunya bubur kacang kat tempat kenduri sedap, sebab dorang nak jimat gula, so bubur tak manis sangat.
Kalau bubur mak, manisnya ya ampun. Dahla mak suka campur durian.
Geli tekak aku kalau makan bubur campur durian.huhu
Balik dari kenduri, solat n tengok tv pastu tertidur kejap.

Patutnya petang ni janji dengan adik ipar nak pi kfc. Tapi dah hf aku mati so tak dapat nak konfemkan balik.
Malam tadi pun aku cepat cepat balik lupa nak konfemkan.
Lebih kurang pukul 6 lepas aku solat asar baru hf on balik. Menyampah betul.
Nampaknya memang nak kena cari bateri baru.
Kalau ada emergency apa apa kan ke menyusahkan je.

Malam ni aku balik tidur rumah mak.
Esok abang sulung n famili dah nak balik melaka.
Walaupun anak sedara masih ramai n semua terlebih aktif, tapi sabar sabar macam tu jelah. Huhu
Hari ni pergi kenduri jalan dalam panas sikit, jalan jem sikit mulala aku sakit kepala lagi.
Tambah pulak dengan budak bising ni. Eeeii sabar jelah.
Bila ramai macam ni nak tido pun susah.
Aku ni kalau tidur nak kena masuk sarang. Senyap n selesa.
Kalau ramai ramai n tidur tangkap muat je makinla susah nak lena. Mengada kan? Hehe

Aku pun tak tahula kenapa dengan bebudak ni. Kecik besar semua sama.
Buas ya amat. Pukul 11,12 tu rileks je lagi dorang dok bermain dok bergaduh.
Dengan aku aku sekali tak dapat nak tidur.
Nasib baik malam ni ada cite james bond kat tv2.  Skyfall.
Aku lagi suka skyfall if nak compare dengan spectre.
Rasanya malam ni tengok tv jelah selagi mata tak mengantuk.
Tunggu semua budak tidur baru aku dapat tidur dengan aman. Hehe

Wednesday, June 01, 2016

1st Visit HSNZ - IVF (Counselling)


Assalamualaikum.

dah lama rasanya sejak aku update apa apa pasal treatment aku.
last buat IUI bulan 1 so lepas tu aku rileks je tunggu tarikh 4 Mei untuk first appointment IVF.
untuk kes di HRPZ II, untuk kes IVF memang akan dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, (HSNZ) Kuala Terengganu.
staff nurse inform 2 minggu sebelum tarikh aku n suami kena pergi ambik darah kat hospital.
lepas tu bawak sekali surat rujukan n semua result test sepanjang treatment aku 2 tahun ni.

disebabkan aku pergi buat test darah pun dah lewat, so surat dari hospital tu last minit baru dapat.
sepatutnya hari selasa 3/5 tu memang dah kena ambik surat sebab esoknya dah nak pergi hospital.
kebetulan pulak kat tadika aku tengah sibuk ada midterm exam.
so pagi tu memang tak sempat nak belek hf pun. adala jugak tunggu nurse kol no ofis tapi takde pulak.
aku ingatkan tak jadila sebabnya takut result darah tak jadi.
rupa rupanya balik je rumah check hf ada miskol dari no tak kenal.
bila aku wasap, sah no staff nurse Norizah. dia cakap dia dah kol tapi tak berangkat.
so nak tak nak pagi 4/5 tu memangla nak kena ke hospital KB dulu sebelum ke Terengganu.
dah satu kerja la pulak nak kena ke KB n patah balik nak ke Terengganu.
so petang tu memang rasa stress sangat sangat.
bila bincang dengan suami dia cakap takpelah.


then, hari kejadian, keluar macam yang dah dirancang.
keluar je pagi pagi n pergi KB ambik surat.
lepas tu terus ke Terengganu walaupun appointment pukul 2 petang.
memang masa tu aku cuba think positif. cuba pujuk hati its ok muis, jangan nak gelabah gelabah.
bila fikir nak kena ke KB pergi balik dah sejam lebih lepas tu dah ke Terengganu lagi 2 jam lebih memang rasa penat sangat sangat. tu baru fikir je pun. tapi aku cuba pujuk hati sendiri.
aku buat semua ni pun untuk aku n suami. ni baru cabaran awal.huhu



breakfast kat kedai area Tangok.
banyak ni punya nasi, termenung aku nak habiskan.huhu
 lepas breakfast kurang 1045 pagi kot terus gerak ke Terengganu.
aku drive, suami dah kenyang, terus membuta.
aku awal awal lagi dah mengofferkan diri untuk drive.
if pagi aku lagi percayakan diri aku untuk drive dari suami.
dia pagi pagi jenis mengantuk. if hari cuti memang membuta sampai pukul 11,12.huhu
yang kelakarnya suami siap pesan if mengantuk bagitau dia.
macamla tak kenal bini dia ni.
aku ni kalau letih tahap maksima baru terlelap. tu pun terlelap setakat sejam dua bukannya berjam jam.huhu

sampai Terengganu dalam pukul 1 lebih.
suami sempat lagi singgah gunting rambut jap.
last masa pergi HSNZ hari tu dah survey jalan la jugak lebih kurtang.
tapi kali ni yang aku 
elok sampai hospital dalam 15 minit nak ke pukul 2.
terus ke klinik o&g n tunggu untuk daftar masuk.
sebelum tu nurse macam biasa timbang berat n check bp. 
 untuk 1st appointment ivf ni dia panggil kaunseling.
dalam pukul 2 lebih baru la nampak a few pasangan sampai.
tunggu punya tunggu, dalam pukul 3 jugakla baru doktor n nurse standby untuk sesi kaunseling tu.



aku curi curi snap gambar walau ada notis tak boleh guna kamera atau hf.hehe
masa ni doktor briefing pasal IVF, prosedur n dapat jugak pamplet berkaitan.
dalam tu jugak ada jadual berkala untuk bayaran treatment ni.
if sebelum ni semua treatment free je sebab aku guna GL
tapi bila dah start treatment IVF ni, memang dari sekecil prosedur perlu bayar.

briefing lebih kurang setengah jam je.
lepas tu personal consultation untuk each couple.
disebabkan tak sure ikut giliran macamana, so aku inform nurse yang kami ni dari kelantan. kalau boleh nak mintak turn awal sebab nak balik jauh.
tapi chinese couple tu lagi cekap. lepas habis briefing terus jumpa doktor.
aku dapat turn kedua.

overall, doktor cakap kes aku ni unknown case. maksudnya through test both aku n suami ok.
so tak tahu apa sebabnya yang tak dapat hamil.
bila consult ni jugak barula aku faham walaupun selepas proses persenyawaan tabung uji, bukan semestinya ada pertumbuhan anak dalam rahim.
selepas masukkan balik ke dalam rahim, kuasa Allah pulak akan tentukan sama ada selepas proses tu ada pertumbuhan baby atau tak.
pendek kata, macam tanam pokok. pokok tu nak hidup atau mati, yang tu tak dapat dikonfemkan jugak. if tak datang period, in sha Allah mengandung.

bila doktor explain macam tu, mood aku jadi bercampur campur.
kejap rasa down, kejap rasa bersemangat.

tapi next step, aku kena tunggu for next period n kena kol balik hospital untuk dapatkan tarikh.
dorang memang dah ada timetable siap siap.
contohnya untuk period may, sesiapa yang period dari 13-23 may boleh dapat slot based on siapa cepat dia dapat.
if slot penuh, kena tunggu lagi next period.
macam aku, bulan ni period on 27th may so memang tak masuk list. harusla menunggu next period.
tapi untuk yang may ni pun, if dapat slot first procedure bulan ogos.
so makin lambat masuk slot makin lambatla boleh mulakan treatment.
apa apa pun, atleast aku dah masuk list n dah lepas kaunseling.

otw balik macam biasa aku akan tanya pendapat suami.
macam mana dia ok n rasa berbaloi ke dengan semua ni?
dengan perjalanan jauh, dengan kos dengan macam macam rawatan.
tapi suami if berkaitan treatment dia selalu positif.
tu je pun yang aku nak. support dari suami n orang sekeliling.

tapi ada je pun yang bila aku cakap nak buat treatment, dorang kata benda tu menyakitkan, menghabiskan duit dan masa.
tapi apa pilihan yang aku ada? takkan nak menunggu sampai ke tua?
manusia macam ni, memangla bercakap tak guna otak n rasa diri tu hebat.
walaupun saudara sendiri, aku rela jauhkan diri dari sakit hati dengan orang macam ni.
biarlah. at least aku usaha. berjaya atau tak, tawakal jelah pada Allah.

trip ke terengganu kali ni jugak, akhirnya aku berjaya jugak dapatkan keropok sagu.
dah 2x ke terengganu dengan harapan dapat beli keropok sagu tapi selalunya frust sebab tak jumpa.
kali ni jumpa kat batu rakit. kebetulan aku singgah satu kedai tu nak beli otak otak n satar, tup tup ternampak dia tengah packing keropok sagu.



 keropok sagu rm10 sepaket. bila goreng jadi kembanggggg n meletup letup dalam kuali.
yang bestnya sebab rasa dia rangup, tak lembik sangat macam keropok losong.
yang ni dia dah siap goreng n boleh simpan frozen.


overall, perjalanan pergi balik gerak 8.30 pagi, sampai rumah lebih kurang 6.30 petang.
lepas ni next trip dengan kereta baru, lagi best la kot. pergi balik kihkihkih

next entri tentang ivf ni aku nak share isi kandungan pamplet KEHAMILAN & TEKNIK REPRODUKTIF BANTUAN. 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...