Thursday, June 16, 2016

11 Ramadan 2016



salam.

akhirnya hari ni sampai hari terakhir kerja untuk minggu ni.
weekends ni tak sure nak ber yahuuu ke ber huhu.
almaklumla bila bulan puasa ni, rasa tercabar sungguh if stay rumah je.
letih dengan dahaga tu rasa lain macam je.
pagi pagi dah kena bangun nak basuh baju. nak jemur baju.
petang nak kena angkat, malam nak kena lipat.
tu belum masuk nak kemas bilik, nak kemas dapur, nak kemas ruang tamu.
aduhhhhh penat weh jadi pompuan ni.

aku suka merungut kan? padahal bukan ada anak pun.kihkihkih
lagi satu tak suka sebab tak kerja, so masa tu rasa lambat sangat berlalu.
if hari kerja, cepat je rasa dah petang.
kalau bulan puasa kat rumah, rasa macam lama giler nak tunggu bukak puasa.
kejap kejap tengok jam.hihi
nak buat kerja banyak banyak kang penat pulak.
mana nak kena masak lauk berbuka lagi.

if hari cuti, takde alasan kot untuk tak masak. 1 la kot alasannya. malas.hihihi

pagi tadi aku bersahur dengan lauk kerutuk daging yang beli petang semalam.
mulanya beli untuk mak, tapi mak cakap dia dah ada lauk tu, so bakinya bawak balik rumah jelah.
baki ayam percik semua aku bagi kucing.
bila suami tanya nape banyak bagi kucing, aku cakap bukan dia nak makan pun, aku pun taknak.
lagipun ayah cakap ayam tu bau hanyir. so kedai tu lepas ni aku boikot jelah.
tapi takpelah, takde rezeki kita, ada rezeki kucing.
pastu aku just tambah telur dadar je.
nasi masak 1 genggam, cukup aku makan berdua dengan suami. jangan bazir ek.
just untuk alas perut n ambik berkat sahur.
pastu macam biasa, aku makan gula gula satu pastu habiskan dalam setengah liter air. tu jelah.

untuk berbuka hari ni suami cakap dia dijemput berbuka kat lembaga tembakau & kenaf.
so aku balik berbuka rumah mak jelah.
lagipun mak pun tak berapa ok lagi. so better balik jelah.
untuk berbuka hari ni taknak dah beli bazir macam semalam.
maybe beli sayur lemak or dalca, kerabu n kuih je kot.
kalau mak larat suh dia prepare ikan aku balik goreng.
kalau tak aku beli jelah ikan bawal ke, cicah sambal kicap lagi. selera sikit makan nasi.hehe

tapi tu plan jelah. Kenyataannya bila aku pergi bazar habis lagi rm28.huhuhu
Entah apa aku beli. 
Dekat bazar peringat aku beli roti john, seketul kecik dada ayam madu, hati lembu goreng, air coconut shake dengan bandung cincau. 
Singgah bazar jelawat, beli dalca daging, sayur lemak rebung, kerabu buah bacang dgn kuih akok. 
Then dekat waktu berbuka adik ipar dgn anak dia datang berbuka sekali.


Makan berhidang dalam dulang zaman dulu dulu ni. Mak cakap makan dapur je tapi aku taknak. Dapur tu tak cukup pencahayaan aku jadi rimas.hehe. Padahal aku memang suka makan depan tv pun. 



1 comment:

Azian Elias said...

Kalau ke bazaar, mana boleh tak membeli dik. sure beli punya lah.. then tak makan pun. ingat ari ni nak makan dessert je.



boleh akak bagi tip?

those yang nak anak.
cari kurma yang kering dalam sekilo. (kering tau.. jangan basah)
then cari susu kambing. dalam 1 liter.
nanti, yr husband ambik segengam, u ambik segenggam, satu kan both portions, then buangkan biji kurma tu and blend dalam 1 liter susu kambing tu. kisar. bagi dua, then minum dan habis kan untuk satu hari tu.

esoknya, amik sebiji kurma dan makan dan minum segelas susu kambing. both of you kena buat benda ni hari2.. INSYALLAH.. ini petua. cuba lah..

just nak share je dengan you.. jangan marah ye dik. akak kepo. heeee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...