Sunday, July 03, 2016

25, 26, 27 Ramadan 2016

Selepas 7 hari, akhirnya hari ni dah boleh sambung balik berpuasa.
Macam biasa, aku paling tak suka berpuasa di rumah.
Rasa masa tu lambatttttt sangat berlalu.
Kejap kejap tengok jam.
Pastu hari ni pun rasa malas sangat nak buat apa apa.
Nak keluar pun malas.
N rasa macam malas jugak nak masak berbuka.
Semalam dah balik bukak puasa rumah mak, so hari ni macam malas je nak balik.
Asik dok baring je, kejap kejap tertidur. So badan pun jadi letih.huhu
Kesimpulannya, hari ni adalah hari malas muis. Kahkahkah


hari khamis otw balik kerja aku singgah bazar peringat. 
cadangnya nak cari kerabu mangga tapi dah berapa kali singgah asik takde je. 
so dok merayau masuk pasar nampak la ada pakcik jual telur ikan. 
dah lama tak makan so aku beli 1/4 kilo, rm3 je. 
Balik goreng 2 pcs cukupla makan berdua je. 
biasa telur ikan aku if tak habis aku buat ratah ratah je. dap dap. 

 

buka puasa rumah mak petang jumaat.
cadangnya nak beli lala sebab mak nak buat  gulai tapi takdelah pulak.
jadi aku beli ikan talapia je dengan sayur lemak pastu beli roti john.
beli apa yang aku nak makan.kihkihkih
petangnya berbuka walaupun tak puasa aku mengadap ni je.



abang ada jugak balik berbuka, dia bawak balik sotong segar mak buat ketupat sotong.
baki 2,3 ekor mak buat sotong rebus je.
aku ni alergik seafood tapi dah sotong ni ada telur, memang wajib la aku makan.
aku buat ratah je separuh ekor sotong rebus n hirup kuah.
ketupat sotong ni bawak balik bagi suami makan. aku kureng sikit nak makan ketupat sotong ni.
selalunya mak buat manis leting, tapi dah kali ni aku yang jadi tester, aku cakap cukup dah manis tu tak payah nak tambah tambah lagi gula ke hapa.




buka puasa petang tadi. repeat lagi telur ikan.
lama lama simpan nanti buruk pulak.
yang ni seketul je potong empat.



repeat lagi lauk faveret aku. saja nak habiskan daging dalam peti ais.
beli daging ni awala puasa dalam 1.2 kilo je.
dah nak habis puasa baru licin.
setakat makan berdua, banyak ni jelah tiap kali masak.
selalu pun ada lebih untuk aku meratah lepas tu.




baki ikan tongkol hari tu ada lebihan lagi seketul.
biasa kalau kepala atau ekor, memang aku buat singgang je.
walaupun semalam dah puasa, macam biasa skill perasa aku terbaikla.
main letak je gula garam n perasa semua.
bila elok time nak berbuka, sedang elok je kena dengan tekak aku.
tak terlebih tak terkurang masam masin.
ingat dulu awal awal kawin tak reti nak buat singgang, so terpaksa mintak mak mentua buatkan.kihkihkih
buat malu je. sekarang ni aku dah expert dah pun.
singgang ni nak bagi sedap n warna gelap sikit aku memang tambah budu sikit.
barulah sedak sengoti.kahkahkah







1 comment:

ayunie ramli said...

ketupat sotong tu weeiiii. neleh air liur pagi2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...