Thursday, July 21, 2016

Family Affairs.


salam.

termasuk malam tadi kiranya dah 6 malam yang aku berulang alik balik tidur rumah mak ayah.
ingatkan lepas pakcik balik dari hospital bolehla meneruskan hidup macam biasa.
rupanya lepas kemo kali ke3 ahad lepas, kondisi pakcik nampak macam lagi tak ok.
in fact masa di hospital hari tu dia nampak lagi sihat kot.
boleh duduk n bila sembang pun masih jelas lagi sebutan dia.
so mak pun bila malam still tidur kat sana n aku kenalah balik temankan ayah.

ceritanya malam tadi, aku sampai rumah ayah lebih kurang 9.30 malam.
masa otw balik memang dah rasa mengantu, tapi layanla jugak tv kejap sementara terlelap.
ayah ada ajak pergi rumah pakcik tapi aku cakap dah mengantuk. so tidur jelah.
then, lebih kurang pukul 12 mak kol. nasib baik aku ni mudah tersedar.
bunyi suara macam panik je. mak suruh ayah datang cepat.
takkan nak suruh ayah pergi sorang, lagipun aku takut nak duduk situ sorang sorang.
so drive lah ke rumah pakcik.
takdela jauh sangat dalam 2,3 minit je kot.

bila sampai pakcik tengah dok sakit la kot.
mak cakap dah 2 malam tak boleh tidur.
pakcik pulak, kejap ok kejap macam meracau.
adala kot macam dia sebut nama aku, tapi tak faham pun apa dia cakap. 

ayah suruhla aku tidur, dah esoknya nak kerja lagi.
tapi manalah aku ni senang senang nak tidur dalam keadaan macam ni.
so pejam pejam mata gitu jelah.

lebih kurang pukul 2 pagi barula pakcik macam dah slow down sikit, so ayah pun lelap, mak pun lelap.
so aku ajak jelah ayah balik.
kalau stay kat situ alamatnya sampai ke pagila aku tak lena.
dahla tengah period, so tak selesa nak kena ke bilik air la apala.
aku ni dahla malam malam jenis tak tahan sejuk kerap ke tandas.
kalau period lagila kerap.

macam petang semalam padahal sebelum balik dah pergi tandas, tapi otw balik tu rasa tak tahan sangat nak terkencing.
sampai terpaksa singgah masjid tepi jalan tumpang guna tandas.
dahla aku balik semalam dah lewat. cuak jugak singgah masjid nampak ada van pekerja kilang je sebijik parking kat situ.
buatnya ada yang gila ke hapa, bahaya jugak tu kan.
sampai kes itula pulak aku ni punya imaginasi.huhu

berbalik cerita pasal pakcik ni, sampai bila nak kena berulang alik gini tak tahula.
memangla rasa penat, tapi nak buat cane, redho jelah.huhu

keadaan pakcik pun tak tahula nak cakap.
dulu mak bagitau doktor cuma bagi masa 6 bulan je.
lepas kemo, dah takde rawatan lain lagi.
berubat kampung pun sudah.
nak operate pun doktor cakap chances 50-50 so pakcik taknak.
aku sendiri pun tak pasti urusan orang tua tua ni. tak reti sangat nak sembang nak ambik tahu semua hal.

doa jelah supaya pakcik makin sembuh n panjang umur.
if tuhan dah tentukan umur pakcik tak panjang, semoga dipermudahkan semua. aminnnn....







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...