Sunday, July 17, 2016

Mimpi Lagi



salam.

last 2 days ni memang aku letih sangat sangat.
2 hari non stop kehulu kehilir.
habis duit, habis masa, habis tenaga.huhu
tapi takpelah, dalam moody aku pun, aku buat jugak.
ikhlas tak ikhlas tu belakang kira.kihkihkih
masa buat tu memangla rasa ikhlas, tapi bila ada tak kena je, rasa nak bebel ikhlas tu dah hilangla kot.
tapi takpe, yang tu tuhan je tentukan.

aku pernah terbaca, nak judge sama ada seseorang tu buat something ikhlas ke tidak ibaratnya mencari seekor semut hitam didalam gua yang gelap gelita.

hah, jumpa ke kalau cari? macam tu sekali susahnya.huhu

aku ni macam biasalah, if penat, then tido mesti mimpi mengarutttttt je.
 malam tadi sikit punya gila la mimpi.
so sebelum lupa cepat cepat aku cite kat blog ni.

alkisahnya start mimpi tu dengan aku nampak helicopter kat langit depan rumah aku.
dia suluh kejauhan then tempat titik yang dia suluh dari atas helikopter tutetiba jadi macam pop-up image.
dalam mimpi aku ni, rupanya helicopter tu tengah suluh dengan aim nak tembak budak budak macam kat palestin kot.
disebabkan imej tu jadi besar, so bila dia tembak berkecai semua badan n darah darah so memang clearlah.
sebijik macam kat palestin la kot. seram gila weh.

then, tetiba aku diculik sama dengan 7,8 orang.
if nak selamat, kena naik 1 bot, tapi bot tu muat untuk 4 orang je.
aku orang kelima punya turn so tak lepas.
ada sorang lelaki yang pegang pistol tu dia cakap if selamat pun buat apa nanti seumur hidup kena kerja jadi hamba abdi potong getah.
ok ini kelakar.
mimpi ni dah ala ala cite action mat salleh dah kenapa tetiba ada pokok getah???

ok, maybe sebab ada kebun getah kot sebelah rumah aku.
dulu memang jadi tempat mainan la masa kecik kecik.hehe

ok, sambung pasal mimpi.
lepas tu mana yang tak dapat naik bot semua cakap baik kita mati je kena tembak dari lemas kat laut.
if kena tembak sakit sekejap je n terus mati, aku cakap.
tak sempat aku habis cakap, lelaki yang pegang pistol terus tembak aku kena kat badan n tepi kepala.
ok, so aku matila kot, ni mesti jadi hantu.
tapi rupanya orang lain still nampak aku, so aku tak mati lagi. rupanya tembak tu tak kena betul betul.
cisssss.

then, aku tersedar sebab sejuk nak kencing. tengok jam pukul 3 lebih.

psiko giler mimpi pun.
tapi aku tak pelik pun if mimpi macam ni.
sebabnya aku ni sebelum tidur suka sangat melayan cerita action.
hah, ambik ko. mimpi pun dah nak jadi action movie jugak.huhuhu

gitulah aku kalau badan penat. mimpi mengaruttttttt aje.

then aku ada jugak mimpi pasal isu berkaitan tadika. malas pulak nak cite kat sini.huhu

ok tu je nak bebel. bye.......
 

1 comment:

ayunie ramli said...

mek pn mimpi ngarot jugak tido smlm. entah pape.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...