Sunday, July 10, 2016

Muis & Raya 2016 (Part 1)


salam.

Ya Allah raya tahun ni rasa bencinta betul dengan line internet.
rumah mak tu selalunya if Digi memang dapat full bar, tapi dari first day raya line macam harem.
balik rumah mentua lagi la teruk. No service terus dia bagi kat aku.

hari ni dah masuk kerja baru boleh nak update blog.
tapi takpe sebab aku guna masa rehat nak taip blog so kira halal la kan.
makan 5 minit, solat 5 minit lagi 50 minit sempatla aku nak bebel kat sini.kihkihkih
selalu pun memang macam tu. aku update blog masa rehat n publish terus.
petangnya lepas habis masa kerja  baru share kat fesbuk.
kadang kadang pagi esoknya baru aku share di fesbuk.
memangla masa kerja ada jugak bukak fesbuk kejap kejap tapi janganla melampau sangat.
masa kerja kan? berkat kenala jaga.huhu

tak dapat banyak, dapat sikit pun jadilah.

ok berbalik pasal cite raya.
aku nak summarykan sekaligus je dari menjelang raya sampaila raya ke4.
petang raya macam biasa tugas aku lah nak kena pergi collect satay yang tempah.
kali ni aku tempah dekat bukit marak je. dekat n senang nak pergi ambik.
ajak adik perempuan temankan kebetulan dia balik beraya tahun ni.



tahun ni satay dah harga rm0.85 secucuk.
first time nak try dengan kedai ni.
malamnya lepas berbuka bagi mem besar try.
nasib baik approved. mesti mak ingat aku beli dengan owner yang sama last year.hihi
masa aku pergi collect tu, dorang tu dok bakar je pun lagi.
aku siap dapat satay daging yang fresh baru lepas bakar. 




 puasa last day macam biasa berbuka ramai ramai kat rumah mak.
tahun ni buat 2 hidangan asing.
memang lauk sedap tapi tak berapa kena dengan selera aku.
banyak sangat lauk berkuah.
patut ikan tongkol tu buat goreng, lagi sodap.
ikan percik mak memang terbaik, aku buat ratah ratah je, nasi sikit je sudah.

malamnya lebih kurang pukul 10 gerak balik jelawat.
aku rebus nasi himpit n basuh bekas kuih dengan bekas makanan yang nak guna esok.
lepas tu layan tv jelah. baju raya macam biasa, pagi baru kita setel.


1 syawal.
 

shawl ni selalu buat muka aku nampak tembam. dahla tak matching dengan kain n baju suami.huhu
padahal bulan puasa dah lose weight la jugak.
tapi tahun ni tercapai jugak nak pakai baju hitam.
ritu aku suruh suami pakai baju melayu hitam dia taknak.
ni jelah sekeping gambar posing dengan laki.
balik rumah mak, sampai je dia tidur sampaila petang.
bila dia bangun aku pulak keluar dengan kakak.
bila balik, suami dah balik jelawat. malamnya baru dia datang ambik aku.



macam yang aku cakap. aku just beli satay n rebus nasi himpit je.
ada ketupat tapi malas nak hidang.
bekas pun guna saiz kecik je.
selalu if prepare banyak, selalu satay je licin. yang lain membazir je.



walaupun bekas kuih ada 5 tapi aku isi 4 je.kihkih
aku isi dengan kuih ombak rindu, semperit, tops crispy dengan tat nenas.
tapi yang paling aku geram dengan kuih tat ni.
benci betul kalau peniaga jenis penipu macam ni.
ada ke patut dalam bekas tu, line atas je dia letak tat yang elok n tak hangit.
lagi 2 line, semua dia letak tat yang nampak hitam kat atas tu.
sakit betul hati aku.
memang tahun depan konfem aku dah tak beli. dah tahu benda tu hangit, buang jelah. dasarrrrr.
saja nak spoilkan mood raya aku.

malam lebih kurang pukul 10,11 suami datang ambik n aku balik jelawat.
tiap tahun pun memang macam tu.
malas nak menyemak ramai ramai kat rumah mak.
kita yang dekat ni balik rumah sendiri jelah, kasi can yang jauh je tidur ramai ramai.

2 syawal.
lepas subuh aku sambung tidur lagi sampai pukul 9 lebih.
lepas tu siap siap n tunggu suami pulak bangun.
raya ke2 dah janji dengan akak nak masak soto.
dialah tukang masak, aku tukang arah n bagi cadangan je.kihkihkih
so otw balik rumah mak singgahla jelawat nak cari bahan mana yang takde.
n macam yang diduga, harga barang konfemla jadi harga hari raya.
ada ke patut daun sup/bawang yang dia ikat yang biasa harga seringgit pi jual 2 ringgit.
patutla makcik tu bila aku tanya berapa dia x jawab, terus ambik masuk plastik n pas kat aku.
tak cakap pun aku dah boleh agak.
tu jelah kerja peniaga jelawat kalau musim raya, kerja nak cekik darah je.
bila datang kerja hari ni, kawan bagitau dia nak beli timun batang 1 plastik tu ada ke harga rm30.
memang gila.  harga standard biasa rm7,8 je pun.
paling mahal pun belas ringgit kot.
ambik kesempatan sungguh.




soto air tangan cikgu ismira. perasan je dok cakap resepi yang dia buat ni sedap.
orang luar selalu buat soto makan dengan nasi himpit kan?
bagi aku, lagi sedap dengan mihun kot. 
bila aku makan, macam biasala harus tambah garam sikit.huhu
dulu masa anak dara akak ni masak ok je cukup masin semua, tapi lepas kawin abang ipar jenis makan tawar kot, semua benda dia masak dah jadi tak cukup garam.
ke aku yang suka sangat masin masin ni?




raya kedua tema pink ke? tak jugak.
kebetulan suami pakai kemeja pink cair.
kemain pulak posing bersilang kaki.
raya ke2 ni barula sempat nak g berapa rumah mak sedara n jumpa nenek.
petang sikit suami hantar balik rumah mak.
selalunya raya kedua pun ramai jugak sedara datang beraya.
so petang raya kedua tu aku n kakak ipar yang perak jelah yang incharge.
buat air, kemas dapur siapkan makanan semua.
menjelang petang, berpeluh habis ketiak sampai lunyai dah baju raya.
mulanya plan nak g beraya rumah kakak ipar kat Jembal, tapi dah penat punya pasal terus kansel.
takde mood dah nak beraya.
aku dahla tak bawak baju spare. rimas sungguh nak tunggu suami datang ambik belah malam tu.
mula tu plan nak tidur rumah mak je n suruh suami datang hantar baju tidur suami, tapi suami cakap sedara pulak ramai datang dari terengganu, so malam tu balikla jelawat.
bila sampai je, lampu semua dah tutup n dorang semua dah tidur pun.
aku sempatla layan tv sekejap. layan The Mummy lepas tu ada jugak Fast furious 6. Tapi spoil sikit sebab takde sub.
Suami membuta dengan anak sedara dia je kat luar sebab pukul 3 nak tengok bola semi final Euro.
so berakhirla cerita 2 syawal aku.

yang lain sambung next entri ye. penat dah menaip.hihi








1 comment:

May said...

Delicious servings here...Have a great celebration! ^_^

http://www.artworksofmine.com/
http://camellahousesincdo.blogspot.com/
http://availablerealestateproperties.blogspot.com/
http://myworkofarts.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...