Muis & Raya 2016 (Part 2)

 salam.

bersambung lagi cerita 3 syawal.
pagi jumaat tu lebih kurang pukul 10 sedara dari Terengganu pergi ziarah kubur n terus balik.
hari ni cadangnya nak balik rumah mak petangla sikit sebab lepas jumaat nak pergi kenduri.
so untuk breakfast aku just panaskan lebihan satay dengan nasi himpit yang aku simpan dalam peti ais masa raya pertama.
nasib baik elok je lagi.
lagipun aku ni perut tak sensitif, so dari membazir baik habiskan je.
tengahari lepas suami balik jumaat terus pergi makan kenduri.
disebabkan lama dah tak makan nasi kenduri, so agak  banyakla pulak aku makan. 
lepas tu singgah pulak open house rumah kawan sekolah suami dulu.
ada nasi beriyani, ada mee kari, ada mihun goreng tapi aku ni tangki kecik je, so makan jelah mihun goreng je.
tak terliur langsung nak makan nasi beriyani dengan mee kari.
sekarang ni tengah lapar, rasa menyesal la pulak.huhu

then, bila sampai rumah mak petang, cikgu isroha je ada kat rumah.
ada mak buat laksa lemak so harusla aku makan lagi.
laksa kan faveret aku, siap bertambah lagi tu.
pastu lepak jelah kat rumah.
malamnya dia ajak keluar makan. aku kol Raja Ikan Bakar Tok Bali tapi tak bukak kedai pun lagi, takde seafood.
pastu dah cakap nak makan megi ketam, aku bawak jelah dorang pergi kedai yang area Beris tu.
kata sohor sangat.



aku baru je okay dari alergik makan ketam, so order megi udang jelah.
bagi aku takdelah best sangat pun.
rasa macam manis manis sikit.
untuk 2 megi ketam, 3 megi udang, 3 air rm80.
bila kira kira megi ketam maybe rm30 semangkuk kot.
ketam merah tu aku tak tau nama apa, boleh tahan besar la jugak.
megi udang maybe rm5 semangkuk n air rm5.
megi yang bungkus tu kuahnya mintak asing.
esoknya kuah ada banyak lagi, so aku suruh ayah beli megi 4 bungkus.
esoknya aku jamu tu je bagi anak sedara makan.kihkihkih

 4 Syawal.
paginya melepak rumah mak je. abang yang duduk perak pun gerak balik pagi ni jugak.
lepas zohor baru keluar sebab nak pergi melawat pakcik di husm.
lebih kurang pukul 3 lebih keluar dari hospital, kakak cakap nak makan nasi ulam cikgu la pulak.
gigih aku google no telefon n kol tapi tak berangkat.
so masuk jelah bandar. nasib baik tak jem sangat.
seperti yang dijangka, kedainya tutup.kihkihkih
so aku bawak dorang pergi restoran wau je.
aku masa ni takdela lapar sangat sebab kat hospital aku dah ngap megi cup.
incase manala tahu stuck in jammed takdela aku kebulur sangat.hihi



dah sebulan puasa tak makan tomyam kedai.
sedap molek tomyam campur dekat sini.
tapi nasi aku habiskan separuh je. rasa macam nak pecah perut sebab kenyang.




mak dah makan nasi tengahari so aku order ni je untk dia. cucur udang.
nasib baik sedap.fuhhhh lega kalau tidak mau cair taik telinga kena dengar bebelan dia.huhu




untuk ayah aku order roti canai telur. faveret dia lah ni.

lepas makan gerak balik rumah. stuck dekat jem dari area kubang kerian nak ke binjai.
sampai rumah lebih kurang 630 singgah beraya rumah makcik pulak.
lepas maghrib aku suh suami datang hantar kereta, dia bawak balik motor.
kakak pun dah gerak balik terengganu jugak lepas maghrib.

then, esoknya kerja so berakhirla episod raya untuk tahun ni.
rasa tak puas pulak beraya.
kejap je rasa dapat cuti. sempat menziarah rumah sedara sedara jelah.
rumah kawan kawan terdekat memang tak sempat nak pergi.huhu
tapi tahun depan raya puasa jatuh hari ahad isnin, 25/26 June so harapnya dapatla cuti straight seminggu bersambung jumaat sabtu, total 9 hari, sama macam tahun 2012. kihkihkih
gila gigih aku stalk kalendar tahun depan.

 p/s: baru teringat aku tak update ke pasal raya puasa last year? nampak ada cite pasal raya haji je.huhu

Comments

  1. Seronok kan raya.
    makan dan makan kita.
    berselera kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM