Sunday, July 31, 2016

In Memories...Arwah Pakcik.


salam.

baru seminggu lebih tak update blog rasa macam lamanyaaaaaa...
biasalah minggu last setiap bulan aku memang busyla sikit.
macam biasa nak kena check daily lesson plan.
pastu bila hujung bulan kena check report student lagi, nak kena buat summary lagi.
then kalau ada teacher 6 years cuti atau mc nak kena ganti kelas lagi.
kebetulan pulak hari ahad tu dah EL, then hari isnin masuk kerja, tapi hari selasa MC pulak.
nasib baik masuk kerja rabu khamis tu dah rasa makin ok walaupun tonsil bengkak sikit. nasib baik tak melarat.huhu

if last entri aku cerita pasal dok ulang alik tidur rumah mak sebab pakcik tengah tenat kan?
tapi rupanya memang umur pakcik tak panjang pun.
sabtu minggu lepas 23/7/2016 lebih kurang pukul 6.50 petang pakcik meninggal di hospital.
Innalillahiwainnailahiroojiunn...dari Allah kita datang, pada Allah kita kembali.

hari sabtu tu bila aku balik rumah mak belah petangnya aku tengok semua orang takde.
rumah pakcik yang sakit ni pun berkunci.
rumah mak pun sama.
aku singgah cari ayah kat masjid pun takde.
rupanya dorang semua dah ada dekat hospital.
memang pakcik tengah tenat.
nasib baik ada jiran pakcik bagitau n lepas tu mak sedara balik kejap dari hospital sebab nak ambik anak dia.
then aku terus gerak ke hospital.

mak bila nampak aku terus bebel cakap nape nak kol aku tak dapat.
masalahnya hf aku dah mati dari jumaat malam n charger tak ada.
memang salah aku lah.
bila sampai sana, memang pakcik tengah tenat.
adik beradik anak sedara semua dah ada.
pakcik yang kat klang pun dah ada. pakcik yang kat sg buloh pun dah otw balik.
anak pakcik yang sulung jelah dok ajar pakcik mengucap.
mak pulak mengaji. aku nak mengaji pun tak  boleh sebab tengah period.

masa tu kiranya semua dah standby jelah.
nurse pun dah datang bagitau suh bacakan apa yang patut.
nenek pun walau dah uzur datang jugak sebab pakcik bagitau nak jumpa, nak tengok dia.
masa aku sampai tu pakcik dalam keadaan sedar tak sedar.
cuma nampak dada jelah turun naik pastu tengok thru monitor yang dia sambung tu.
lebih kurang sejam aku sampai pakcik pun takde. meninggal dalam keadaan senyap dan tenang.
then ayah pun check nadi n bagitau pakcik dah takde.
so panggil doktor n doktor sahkan dah meninggal walaupun alat tu tunjukkan jantung masih berdenyut.

bagi akulah, ada baiknya jugak dia pergi dari menanggung sakit siang malam
lagipun pakcik memang dah takde harapan nak sembuh pun.
lepas 3x kemo, doktor pun dah tak boleh buat apa apa.
kuman pun dah merebak ke semua bahagian lain. so redha jelah.

lepas dah sah pakcik meninggal, aku terus balik rumah.
walaupun dah bawak siap siap barang n baju semua, better balik jelah dulu inform mak mentua semua.
lebih kurang pukul 8 baru aku n suami n ayah mentua gerak rumah pakcik tunggu jenazah datang.
mandangkan dah malam, ayah decide nak kebumi pakcik esok pagi jelah.
so aku balik tidur rumah mak je.
mak pulak tidur rumah pakcik sebab dia cakap nak mengaji nak temankan mayat.

esoknya lebih kurang pukul 11 pagi barulah setel semua mandikan dengan solat jenazah.
walaupun nak anak pakcik ni semuanya kecil lagi tapi alhamdulillah pakcik ada adik beradik lelaki dan anak anak sedara yang boleh sempurnakan jenazah beliau.
kiranya dalam 6,7 orang yang tolong mandikan, pak imam sorang je bukan ahli keluarga.

lepas mandikan sampaila turn ahli keluarga untuk tengok pakcik buat kali terakhir.
boleh tahan jugakla aku menangis. bengkakla jugak mata ni.
almaklumla rumah dekat, so bila pakcik ni sakit makin teruk, mana yang dekat ni mestila lebih terasa sebab lebih kerap jumpa.
especially nak dekat hujung ajal dia, boleh kata selain aku n ayah pergi tiap malam balik pkl 1,2 pagi. mak lagilah, berkampung terus kat rumah pakcik. 
pakcik ni kiranya mudalah lagi, baru 53 tahun. anak ke6 dari 9 beradik.
4 beradik yang atas semua ada pun lagi. dah sampai ajal si adik yang lebih awal.
nenek pun dah umur 90 lebih masih panjang umur.
sebab tu nenek sedih sangat bila anak anak pulak yang meninggal awal.

lepas solat jenazah, aku ikut jugak ke kubur.
dalam kekalutan tu, ada ke patut pakcik yang kat klang tu reverse kereta tak nampak kereta aku kat belakang.huhu
nasib baik calar sikit je. tapi ezora pakcik jatuhla sikit bumper dia.
tapi aku faham. masing masing tengah sedih n semua kalau boleh nak hantar arwah sampai ke keluarga.
lagipun dah lama famili aku tak ada berita kematian.
last pun 7 tahun lepas masa arwah tok dengan pakcik yang nombor 5. 



disebabkan masa nak kebumi dah nak tengahari, memang panas terikla kat kubur tu.
nasib baik atas kereta aku memang dah standby 2 kaki payung.
sib baik ada spek, kot tak mau berpinar bijik mata aku.
sakit kepala tu jangan cakapla, wajib kot.huhu

lepas je setel kat kubur, singgah kejap rumah sedara tepi kubur. minum minum sikit hilang dahaga.
then gerak balik rumah pakcik.
masak masak untuk lunch semua kat rumah pakcik yang lagi sorang.
lepas makan, aku pun balik dengan mak pastu tertidur sampaila pukul 6.
then, pakcik kol bagitau suh mak prepare makanan untuk tahlil malam tu.

aku bagitau mak goreng mee jelah senang.
so aku ajak mak pergi supermarket beli mee 15paket, beli lauk n sayur semua.
sempatla jugak 2 round goreng mee penuh kuali besar.
yang kelakarnya masa aku dok gaul mee tu, sampai terpercik kat muka n tangan mak.huhu
sikitnya bengang orang tua tu.kihkihkih
dah penat kena masak, akulah jugak dengan suami yang mengangkut makanan tu ke rumah pakcik.huhu
banyak betul dah pahala boleh dapat tu. 
hari tu jelah yang boleh tolong pun sebab tak kerja.

malam tadi kira malam last 7 hari straight buat tahlil, tapi aku just pergi malam je.
balik kerja dah tak larat. kebetulan semalam pun dari pagi sampai ke petang kat tadika, mana nak setel hal kat rumah lagi.



malam ke7. meriahla sikit lauk pauknya. 
nasi putih/ayam percik/gulai daging/teresek jantung pisang/sambal/sira ubi/mufin

malam pertama tu buat mee goreng je, malam kedua nasi berlauk gulai ikan/sambal, malam ketiga nasi putih gulai daging/ikan kering/acar/sambal, malam keempat laksa lemak/laksa penang/laksam, malam kelima nasi kerabu tumis ayam berempah, malam keenam nasi putih/gulai ayam/ikan rebus goreng. 

aku kalau malas nak makan selalunya tapau jelah.
tapi kalau makan tak makan sekali dengan wanita lain kat dapur pun.
selalunya duduk sekali dengan suami, pakcik n sepupu sepapat je. 
selalunya makanan memang berlebihan pun. tiap malam ada je lauk yang tapau bawak balik.
mak pulak kalau aku taknak tapau pun dipaksanya tapau.huhu
sampai dah penuh peti ais dengan lebihan lauk.

sekarang ni pun asal maghrib je mulalah hujan.
so makinla kurang yang datang.
selalunya anak beranak dengan jiran terdekat jelah.
tapi 2 malam last ni cuaca ok pulak so ramaila yang datang.
 nenekla yang nak suruh buat tahlil sampai 7 malam straight walaupun pakcik yang kat sg buloh tu tak berapa setuju. sebab kat tempat dia tak buat macam tu.
tapi dah emaknya nak buat begitu. ikut jelah.

sebab kat kat kampung kami, orang yang datang solat jenazah sedekah gula n duit, then ajak pulak orang mengaji kat kubur 30 juzuk masa nak kebumi n sedekah duit.
tu semua memang pakcik tak setuju. tapi dah adat nak buat macam mana. 
tu pun mulanya nenek nak suruh ayah tunggu kubur. biasanya adala 2,3 orang geng dia tapi ayah cakap taknak.
dia sendiri pun tak berapa sihat manala larat nak tunggu kubur sampai 2,3 malam.
orang menunggu kubur ni selalunya dia mengaji, bukannya tidur.huhu
 makcik cakap lepas ni akan buat tahlil setiap khamis malam jumaat sampaila cukup 40 hari.
kenduri 40 hari pulak makcik cakap nak buat masa raya haji. 


masa hari kebumi tu, akulah jugak yang jadi bendahari kira kira duit sedekah.
dari pagi sampaila ketengahari tu lepas balik dari kubur adala dalam 1500++ duit sedekah dari orang yang datang ziarah.  alhamdulillah.
rasanya jumlah dia lebih lagi kot sebab tak campur duit kat tangan makcik.
n orang menziarah sampai ke petang n 2,3 hari seterusnya pun ada lagi yang datang n sedekah. 
lepas tengahari tu aku dah serah duit kat makcik walaupun dia insist nak suruh aku pegang dulu.
eei taknakla weh. buatnya hilang duit tu, naya je. 
keluarga pakcik pun bukannya senang sangat.
sekurangnya duit sedekah tu bolehla buat belanja anak isteri dia.

apapun, semua dah selesai. moga arwah pakcik dirahmati Allah dan selamat dunia akhirat. Aminn.. 



Arwah Zakaria Omar. 
1963-2016. 
AlFatihah....  :(






1 comment:

ayunie ramli said...

semoga arwah pak cik muis berada dalam keadaan yang tenang kat sane. insyaAllah, doa dan surah iringan buat dia setiap kali solat :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...