Monday, July 04, 2016

Persiapan Raya 2016



salam.

tahun ni persiapan raya biasa biasa je.
malas nak masak apa apa aku just tempah satay je n biskut raya jelah.
nnati mak mentua mesti ada buat ketupat dengan tapai.
lepas tu nak prepare lauk basah je.
biasa pengalaman raya selalunya aku jadi kebulur n gastrik sebab kurang makan nasi.
so kena standby lauk siap siap incase balik rumah n lapar masak nasi jelah.hihi

walaupun tahun ni aku jual biskut raya, tapi untuk aku, beli 2 jenis je.
almond london dengan tops crispy.
almond london dah selamat aku habiskan 1 balang.
lepas tu baki biskut lain aku beli dari kawan kawan je.
lepas tu beli popiah sikit dengan kerepek.
dalam gambar ni takde biskut semperit dengan tat nenas.
bajet kuih raya tahun ni RM167 je.






first time beli biskut ketuk ketuk aidilfitri.
walaupun mahal sikit tapi berbaloi, sedapla jugak.
memang sedap kot.
yang aku beli ni dari mak student, o'coffee cookies.
tapi if nak improve kena lebihkan rasa cofee tu kot.
baru kena dengan nama.



aku belikan sepasang baju melayu untuk suami dari kawan.
THE GUMBANG, n dapat free butang baju melayu. RM100 sepasang.
tak surela pulak berbaloi ke tak tapi yang penting aku tak pening kepala nak cari.
just bagitau saiz n warna.
cuma kalau baju siap ni suami cakap nak pendekkan tangan baju 1 inci n kecikkan kaki seluar dalam 1 inci. 



tahun ni tak plan pun warna apa, just ikut je baru raya aku mana yang siap.
3 dari 7 pasang baju baru aku untuk tahun ni.
lagi 4 semua dress n jubah. sehelai jahit n 3 beli siap.
yang beli siap tu dok kat rumah tukang jahit lagi sebab aku hantar untuk alter tangan baju n masukkan pad bahu.
selai lagi brand poplook labuh nak kena later jugak tapi malas lagi nak hantar. biarla dulu.
tahun ni cuti raya pertama sampai raya ke4 je so cukupla 4 pasang baju.
baki 3 kita pakai lepas raya. 
untuk raya pertama decide nak pakai yang maroon hitam tu je.
warna mungkin tak sama sangat dengan baju melayu laki tapi lantakla.
asal tona sama sudah.
jangan sorang merah sorang hijau nampak sangat tengah bergaduh di hari raya pulak.kahkahkah
bajet baju raya tahun ni yang aku je 7 helai RM410.
nasib baik bukan beli n tempah sekaligus, kot tak botak kepala aku. 




tahun ni sempat belikan jugak baju sehelai untuk ayah.
baju labuh ala kurta boleh pakai dengan kain pelikat.
biasa ayah pakai jubah pagi raya tapi dia dah banyak sangat jubah labuh so belikan yang paras lutut pulak kali ni.
baju ayah ni RM65 je. 

tahun ni takde kasut, handbag, n tudung baru.
kasut 2 tahun lepas elok lagi tak guna pun kecuali pakai masa raya.
handbag pakai je mana yang ada.
shawl pun pakai je yang borong dengan kawan 7 helai ritu.
gilir mana yang ada.
jimat sehabis jimat dah ni.
hujung tahun ni nak buat ivf lagi, nak pakai duit lagi.
dari bazir duit untuk raya baikla aku buat bayar hutang.huhu


tahun ni aku dapat paket raya sampai 17 paket.
sampul lagi banyak dari duit raya.kihkihkih
so bolehla bagi bagi sikit kat orang lain.
wat gapo aku nak simpan sampul banyak banyak.
tapi memang tiap tahun aku just simpan 1 je setiap jenis.
memang dah bertahun aku buat koleksi sampul raya.



duit raya n sampul raya dari majikan.
tima kasih ye pn boss...hehe




biskut raya dari student. biskut nestum cendawan.
sedap. aku makan terus je malam malam lepas bukak puasa.hehe
tq muaz..



buah tangan awal ramadan dari ofis suami.
sambal ayam ni memang tiap tahun ofis suami bagi n memang sedap.
sayang nak makan.hehe
tahun ni bekas dia pun cantik.
tetiap tahun aku memang collect la box dari pharmaniaga ni sebab tiap tahun memang unik n cantik cantik je. 
n dapat jugak sekotak kurma yusuff taiyoob.
walaupun aku n suami tak suka makan kurma, tapi aku nak simpan nak buat makan lepas raya nilah kot.
sekarang ni aku konsisten makan kismis jelah. kurma ni nak kena gagahkan diri untuk makan.

ok tu jelah persiapan raya serba ringkas aku tahun ni.
puasa pun tak cukup 7 hari. alquran pun baru habis 11 juzuk.
ada hati ke nak beraya sakan muis woiii......huhuhu










1 comment:

ayunie ramli said...

ok la tuhh persiapan raya.

jalan start jem dah niii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...