Tuesday, August 23, 2016

I.N.S.E.C.U.R.E

assalam.

dah masuk tahun ke-5 kahwin ni entah kenapa tetiba aku rasa insecure pulak.
mungkin sebab takde anak.
mungkin sebab badan makin gemuk. sila salahkan treatment hospital,(ubat subur, ubat hormon etc..huhuhu)
so selalu rasa dah tak cantik dimata suami.
selalu rasa suami dah tak sayang.
selalu cari gaduh n salahkan suami berkaitan semua benda.

tapi bila tanya suami, sayang gemuk ke?
of kosla jawapannya tak.
kalau tanya sayang dah tak cantik ke?
of kosla jawapannya cantik.
kalau tanya sayang ke tak?
of kosla jawapannya sayang.
tapi aku still tak puas hati.
setiap hari aku selalu nak cari apa yang suami buat yang membuktikan dia sayang aku. psiko kan?

aku selalu rasa aku ni banyak masa nak fikir benda remeh temeh macam ni (menurut kata suamilah) sebabnya aku ni sunyi.
suami sibuk dengan hal dia. aku pulak takde anak nak dilayan. so banyak fokus pada suami.
bila dah fokus asik pada suami, sekecik hal pun if ada tak kena, memang jadi masalah besar la bagi aku.

disebabkan insecure jugak kot aku start consume jamu.
selain untuk jaga dalaman, salah satu sebab untuk suami la kot.
lepas tu selalu tanya dia, ok tak sayang makan jamu.
ada perubahan apa apa ke tak.
jenis aku ni segala benda nak share dengan suami.
period awal sehari pun share, period lewat sehari pun share.
rasa gemuk lepas makan pun nak bagitau suami.
berjaya tak makan nasi malam pun bagitau suami.
jarang kentut pun bagitau suami.hahahaha

disebabkan insecure jugakla, aku sebelum ni takdela peduli sangat pun pasal nak melawa, nak bergaya melebih lebih.
simple je sudah.
tapi sekarang ni rasa macam nak melawa, nak pakai cantik cantik, nak pakai sandal bertumit, nak pakai makeup, nak belajar make up etc.
semuanya untuk suami.
if dulu aku start kerja dengan pakai tudung awning. lepas ty bertukar pakai tudung bawal.
tapi sejak dua menjak ni rasa nak beralih angin nak konsisten pakai shawl la pulak.
dulu zaman tak kawin, biasa je aku pkai shawl, tapi aku ni jenis mudah rimas.
belit belit pin situ sini, shawl ni memang buat aku rasa nak tercekik je.
tapi asik pakai bawal je boring jugak.
dahla aku malas nak pakai pin kiri kanan depan belakang ni, so selalunya aku just pin depan je, kadang kadang main simpul je ala ala tudung adijuma la konon.hihihi

tiap kali nak solat memangla senang, nak bukak nak pkai balik tudung.
tapi aku sendiri pun rasa down, rasa tak motivated dengan penampilan aku, apatah lagi suami kan?huhuhu
aku nak nampak cantik di mata suami.
so bertahan la pakai shawl.
borong je shawl dari kawan. nasib baik ada kawan kaki menjual. so tak payah nak masuk kedai.
order je nak kaler apa.huhuhu

then sekarang ni bila dah start pakai shawl, barulah rasa lain sikit.
orang kelantan kata, jangok.hihihi
pastu bila tanya suami, ok tak sayang pakai shawl?
dia jawab ok je. tu jawapan standard dia.
pastu dia cakap nampak moden la sikit. MODEN?huhuhu
tak kisahla. yang penting ada perubahan sikit di mata suami, okla tu kan?

tapi bila jadi macam ni...aku selalu tertanya?
adakah aku ni terlalu obses dengan suami?
ke terlalu nak jaga hati suami?
ke takde kerja sangat sikit sikit nak fikir pendapat n perasaan suami.
sampai satu  tahap aku selalu rasa mungkin sebab takde anak kot? if ada anak lepas ni entah entah bolayan je kat suami ni.hahaha

tapi memang pelikla. if sape kenal aku dorang tahu aku ni jenis konfiden dengan diri aku, jenis yang tak bergantung sangat pada orang lain, jenis yang nak jadi leader instead of follow orang, jenis yang bold dan outspoken...tapi masuk je part suami? entah kenapa mudah rasa insecure, mudah beremosi, cengeng, nak perhatian, nak bergantung pada dia. rasa macam dah hilang konfiden diri.

sayang sangat la kot? tapi kalau cari pasal dengan suami, akulah yang juaranya.kahkahkah



see? see? macam mana aku tak insecure muka dah bajet makcik makcik je dok sebelah laki.huhuhu
geram je nak beli ubat kurus Diana Ishak..tapi kang takut ganggu rawatan pulak.
bertabahla muis.
hopefully ada anak nanti kurusla balik ko ke 50kg.wakaka


Monday, August 22, 2016

Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.

 salam. 

tadi ada terbuka 1 link di fesbuk. Nak elak dari gangguan jin.
dekat sini aku share sekali antara tips tips...dari Ustaz Syahidan (KUIS)


  1. Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana² pintu (kecuali bilik air) sebab port² syaitan kbiasaannya di pintu².
-dah jadi kebiasaan aku bagi salam bila masuk rumah n masuk bilik tidur. especially kalau bilik tidur @ rumah gelap yang belum bukak lampu. Aku selalu baca 'Assalamualaikunna...." entah dah lupa dari mana aku baca pasal ni.  


2. Lazimi membaca & memasang ayat suci al-quran di rumah. 
- yang ni harapkan baca quran kat rumah jelah. kadang kadang if boring sangat takde rancangan tv kalau channel 106 ada bacaan quran atau talaqqi aku dengar jelah sebab nak perbetulkan bacaan. 


3. Gunakan semua bilik yg ada dlm rumah.
-kat rumah sekarang ni memang semua bilik guna so should be no problems. 


4. Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan spt tulang dll sbb tu semua makanan jin. 
- bab ni ada masalah sikit. kami suka bagi kucing makan kat dapur. selalunya adalah lebihan tulang ikan semua. kadang kadang esoknya baru sapu.kihkihkih



5. Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam² elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk bdn dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.
-suami jelah kadang kadang bukak tingkap kejap atau merokok depan pintu kalau malam. aku sendiri pun kalau rasa panas sangat bukakla pintu kejap atau tingkap sikit. tak elok rupanya angin malam ni.huhu 


6. Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pd waktu mghrib dan ke atas. 
- yang ni memang aku jaga. especially pakaian aku. sebabnya dari kecik mak cukup marah if jemur baju malam. selalunya aku akan basuh baju sesi pagi je. so sempat kering siang hari. if basuh malam, aku akan jemur baju esok pagi. cuma sekali sekala adala pakaian suami aku biarkan semalaman di ampaian. so lepas ni harusla elak dari buat macam tu lagi.  

7. Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia. 
- aku tak sure la mengigau ke tak tapi kadang kadang suami mengigau aku mudah terjaga so aku kejutla dia. kalau aku mengigau konfem laki aku tak sedar.huhu


8. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal ats bdn. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal).
- nasib baik aku memang jenis tidur mengiring sebab bila tidur menelentang dada rasa ketat n macam tak puas bernafas je. mengiring pun aku lagi selesa sebelah kiri sebenarnya tapi kalau ikut sunnah nabi mengiring belah kanan. so permulaan tidur tu aku memang mengiring ke kanan. bila dah terlelap tu takpela nak mengiring belah mana pun kan?hehe. sekarang ni rambut pun memang panjang so dulu aku memang lepaskan rambut atas bantal. tapi dah alang alang tahu ni, memang tak bolehla buat lagi lepas ni. aku siap imagine lagi agaknya kalau rambut kita tu lepas atas bantal, hujung rambut jatuh ke bawah ada orang buat main.huhuhu


9. Bagi rumah yg pintu²nya berhadapan dgn pintu² lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sbb pintu² yg saling berhadapan boleh jd laluan makhluk halus 
 -bilik mentua buat tempat sembahyang memang mengadap pintu dengan bilik lagi 1. so harusla kena tutup lepas ni. 
 

10. Kalau terlupa bagi slm masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam. 
 - yang ni memang tak buat pun if terlupa. nak masuk pintu depan selalu terlupa. nak masuk bilik je sokmo ingat nak bagi salam sebab bilik selalunya gelap. so sedikit seram di situ kalau masuk bilik petang atau maghrib. 
 

  11. Elakkan ketawa dan bersedih yang berlebihan.
 - aku la tu. if gaduh atau merajuk dengan suami, memang aku menangis sungguh sungguh dalam bilik. kadang tu sampai makan minum pun tak. layan perasaan punya pasal. dhla bilik aku belakang sekali,entah entah ada yang memerhati.huhuhu
 

  12. Elakkan duduk di pintu. 
- o yang ni memang jarang buat. aku suka duduk depan tv, bukan depan pintu.kihkihkih 


  13.Selalu² baca surah Al~Baqarah
- haaa, yang ni paling utama kot. banyakkan baca quran.kihkihkih. ni lepas solat jah, sebuk melompat dari sejadah nak cepat cepat tengok tv. tak kata kat orang, akulah tu.huhuhu


Monday, August 15, 2016

Muis & Dentist


salam.

selepas 4 bulan aku bermasalah dengan gigi, akhirnya malam tadi aku decide untuk cabut je.
gigi geraham belah atas.
mulanya start sakit tu rasa ngilu bila makan ais, bila berkumur kena air pun dah sakit.
so nak gosok gigi atau ambik air sembahyang seksa sangat.
lepas tu makin lama makin teruk sampai tahap sakit berdenyut denyut.
macam macam petua aku try last sekali sampai terpaksa makan painkiller ponstan.
pastu aku try jugak guna ubat gigi colgate sensitive relief.
legala seposen tapi still tak berani nak kumur lama lama.
kalau makan pun memang kunyah belah yang tak sakit.
tapi lately ni walaupun tak rasa sakit berdenyut denyut tapi start gusi berdarah la pulak.
berdarah merah n banyak.
pastu nafas pun macam berbau walaupun aku kerap gosok gigi. 
bila aku tengok kat cermin memang nampak gigi macam buruk n tak sama kaler dengan gigi lain.
so decide untuk cabut jelah.

mandangkan hari ahad klinik bukak malam je, pukul 8 so lepas habis kerja semalam aku stay kat tadika je.
solat asar n maghrib, pastu 730 baru gerak balik singgah klinik.
aku tau dah if aku balik rumah dulu lepas tu konfem malas dah nak keluar balik.
kang tertangguh lagi nak cabut gigi.
sampai je aku pulak kena menunggu klinik bukak.
nasib baik doktor datang on time.
if kat jelawat, semua orang suka cabut gigi kat klinik arifin.
murah n yang penting tak sakit.

aku ingat last cabut gigi geraham bawah 10 tahun lepas kot. lepas habis diploma. dengan doktor arifin sendiri.
tapi malam tadi doktor arifin takde, ada dr ganti je. nampak mudaaaa je lagi.
takpelah yang penting tak sakit.

bila doktor check n bagitau memang gigi aku dah rosak berlubang sampai ke gusi, aku cakap cabut jelah senang.
malas dah nak fikir banyak banyak.huhu
gigi pun dah rosak kat tepi memang dah tak boleh tampal.
doktor cakap akarnya kukuh cuma gigi dah rapuh.
memang masa nak cabut tu memang lama la jugak doktor try n aku boleh rasa serpihan masuk dalam tekak sampai rasa nak termuntah pun ada.
walaupun lama jugak sebelum gigi tercabut, nasib baik memang sikit pun tak sakit.
masa doktor cakap nak suntik ubat bius di lelangit pun dia cakap akan rasa sakit tapi aku rasa tak sakit pun. steady je.
mungkin sebab dah ada pengalaman cabut yang dulu tak sakit n cepat sangat siap.
dulu masa dengan doktor arifin sendiri yang cabut aku rasa tak sampai seminit pun lepas assistant dia pegang kepala n terus gigi tercabut.
n mungkin jugak sebab aku dah dekat 3 tahun buat treatment infertility, dah penah rasa yang lebih sakit dari cabut gigi. so cabut gigi ni small matter jelah.hihi
doktor dengan pembantu dia pulak tergelak malam tadi bila dia tanya aku nak cabut ke tak, selamba je aku jawab cabut jelah!

walaupun doktor ganti ni muda sangat sangat tapi dia sangat baik dan sopan.
fyi, dia panggil aku kak. taula kita tua dah.huhu
lepas siap cabut gigi, sebelum aku keluar dia siap mintak maaf lagi.
dia cakap maafla kalau saya buat tak sama dengan doktor arifin.hihi
aku pun cakapla balik. ok, beres je. memang tak sakit pun. so okla kan.

bila aku keluar, ada sorang budah laki tengah tunggu turn.
dia tanya aku cabut gg ke, aku angguk je.
dia pulak muka cuak je.
takut lettew nak cabut gigi.kahkahkah

walaupun tak sakit tapi darah agak banyak la jugak.
habis 10 kapas aku guna malam tadi je. 
masa tidur letak kapas jugak cuma bila aku batuk batuk kena cepat keluarkan, nak tercekik.
disebabkan dia cakap tak boleh berkumur selama 4,5 jam so aku bangun solat isyak dalam pukul 2 pagi kot.
pesan siap siap kat suami suh kejutkan.
dia pulak nak layan olimpik.

pagi tadi bila bangun subuh, macam takut takut nak gosok gigi.
nak makan pun kena beringatla jugak.
sebab still rasa tak selesa.
tapi last tadi berkumur takde dah darah ke hapa.
harap harap luka ni cepatla baik ye.



 




Sunday, August 14, 2016

Weekends!


salam.

hari jumaat.

lepas subuh aku tertidur sampai pukul 9 lebih.
pastu bangun pergi kedai cari breakfast.
maybe sebab nak period so asik rasa nak makan je.
selalunya hari jumaat memang aku tak beli n jarang sangat masak breakfast.
memang lepas suami balik jumaat barulah makan nasi.
tapi dah lapar, aku merajinkan diri jugak ke kedai.
nak harap suami cari breakfast?hmmmm baik tak payah.

tapi masalahnya bila beli nasi bungkus pagi, suami bila dah makan dia rasa kenyang so lepas balik solat jumaat dia dah taknakla makan nasi.
penat aku masak.huhu
buat ikan goreng pedas, pastu goreng ayam je pun. then ada sayur lemak bayam tapau dari periuk mak.
aku sendiri pun dah suami tak makan, so aku pun tak makanla.
dok layan tv je sampai petang n tertidur kejap.
bangun tido tu barula rasa lapar nak makan nasi.
actually, masa pagi khamis otw nak pi kerja, aku lalu pasar n nampak bayam segar. terus teringin nak makan sayur lemak.
so kol je mak suruh dia buatkan sayur lemak bayam. 
kebetulan ayah pegi pasar jelawat, so adala rezeki nak makan sayur lemak.
balik kerja singgah je ambik rumah mak. 
seminggu lepas memang selsema n tak sedap badan, so mulut rasa tak best bila makan.
tapi makan laju je.kihkihkih cuma kesedapan tu hilangla kot.

cuaca sekarang ni pun asik panas hujan je.
tengahri memang panas so jemur baju 2,3 round pun cepat kering.
tapi bila petang n malam hujan turun dengan guruh kilat semua ada.
yang bestnya masa tidur jelah sebab sejuk.
yang tak bestnya asal berangin hujan sikit je astro jem.
sakit hati betul. demm u astro.

hari sabtu.

hari ni pun sama, aku pepagi lagi dah lapar so keluar cari breakfast.
kedai yang biasa beli tu tutup sebab ada kenduri.
kedai yang lagi 1 pulak pukul 830 dah sold out. almaklumla kedai kampung.
buat lauk sekor ayam sekilo ikan je kot.huhu
kedai ke3 lagi kelakar. aku berenti kereta je dia terus ambik pembalut nasi.
masa aku tanya ada nasi apa, dia dah ready nak ceduk nasi.
bila aku cakap taknak nasi kerabu, nak cari nasi berlauk dia cakap oo ingatkan nak nasi kerabu.
kot ye pun tanyala dulu orang ni.
kesian pun ada, kelakar pun ada.kihkihkih
aku bajet dia tak biasa sebab baru start meniaga nasi pagi depan rumah kot.

then petangnya ada aktiviti dengan mak ayah.
ayah ajak tengok anak sedara dia yang sakit kat bachok.
pastu mak pulak ajak singgah rumah abang kat tawang nak bagi dia ada menggulai ikan sikit.
gitulah dah namanya mak.
buat makanan sikit, terus teringat kat anak.
anak tengah makan sedap tu....ingat tak kat mak?huhu

macam biasala bila jumpa sedara sekali sekala macam macamla cerita timbul.
ayah pulak bila dah tua sekarang ni asal balik jumpa sedara dia kat bachok, mulala sedih berair mata.
kalau aku nampak mata dia merah, iyalah tu tandanya sebak.
tambah tambah kalau melawat sedara yang tua atau yang sakit.
mungkin rasa diri dah tua, n lepas ni sakit sakit macam tulah pulak ada orang jaga, sekali sekala sedara mara datang melawat.

tapi 1 pengajaran yang aku dapat semalam, walau ada sesetengah saudara mara ni taknak erat kan silaturrahim, tak datang melawat bila ada saudara sakit, tapi di pihak kita sendiri, jangan sampai kita pun jadi macam tu jugak.
tak rugi pun kalau kita yang sihat ni melawat saudara yang sakit. tak jatuh miskin pun kalau kita yang lebih kaya ni melawat saudara yang lebih miskin, dan tak hina pun kalau kita yang miskin ni melawat saudara yang lebih kaya.
dah mati nanti, semua sama je sorang sorang dalam kubur, harta benda anak beranak semua tinggal.

tapi biasalah bila dah bersembang tu, dari bersembang jadi termengata orang.
aku pulak bila dengar orang tua menyembang dah terlari topik termengata orang, pelan pelan aku cakap...tu bukan kecek hal sendiri dah tu, kecek hal orang dah tu.tak baik.kihkihkih
kata aku sambil gelak gelak kecil.
bajet bagus je kan?haha...padahallllllll.

pastu otw balik, palnnya nak makan charkuetiow kat bachok, tapi tutupla pulak.
so aku singgah tapau ciken cop je.
pastu ingatkan mak ayah nak balik terus, rupanya nakkkk jugak makan charkuetiow, so singgah solat maghrib kat masjid jelawat pastu gerakla aku ke bukit marak pulak. 
nasib baik kedai bukak, kalau tak memangla sampai ke peringat pulak aku.
memangla jauh dok pusing keliling tapi selagi tak dapat bagi mak ayah makan charkuetiow, memang rasa bersalah je.huhu

aku sampai rumah dah pukul 9 lebih. sib baik laki steady je dok layan olimpik.
oklatu kan aku dah bawak balik ciken cop untuk dia.hehe

tu jelah cerita weekend aku kali ni.jumpa lagi. daaaaa



Thursday, August 11, 2016

W-Two World


salam.

dari bulan lepas astro adala bagi 4 cahnnel free untuk 2 bulan.
2 channel korea, tayangan hebat dengan channel A-list apa entah.
tapi aku layan korea jelah.
sekarang ni kan dekat chanel Oh_K HD baru start cite baru w.
cite tu mulanya aku tengok dekat web gooddrama.net
sempatla aku layan 1 episod, tup tup tengok rupanya ada main kat channel Oh-K.
masuk minggu ni dah main 6 episod n malam ni dan malam esok episod 7 dan 8.

aku layan korea bila jalan cerita best je pun.
kalau hero best n sohor tapi jalan cite tak kena dengan jiwa pun aku tak layan jugak.
contohnya cite uncontrollaby fond tu.
hero woo bin ramaila kot yang minta tapi jalan cerita macam boring je.
pastu aku layan 1 episod sah boring so memang dah tak tengok dah.

sape yang tak layan W-two world ni please la layan.
konfem melekat n tak sabar tunggu episod baru.
dahla dia main hujung minggu khamis jumaat je, so rasa macam lamaaaaa sangat menunggu.

walaupun aku memang tengok setiap 2 episod tiap minggu tapi sabtu minggu lepas ada pulak maraton episod 1 sampai 6.
harusla aku layan lagi.
bagi akulah, W ni lagi best dari Descendants of the sun kot.
yang tu aku layan gitu gitu je.
dulu minat kat heroin Song Hye Gyo tu masa cite Full House.
tapi dalam DOTS ni rasa macam dia dah tak cantik

ok, berbalik pasal W.
jalan cerita memang best n tiap kali ending sampai tahap aduhhhh cepatla main episod lain.
tak sabar wehh.
aku pulak siap kira kira dah if cite ni main 16 episod, so bila free channel ni tamat 31 ogos, masa tu baru main 12 episod. so patut ke aku langgan HD?
padahal sekarang ni aku nak cut cost la untuk astro ni.
dah berapa bulan ni sejak start euro dah bayar almost rm100 permonth.
tu belum masuk if lewat bayar then bulan lepas tu naik cas lewat/potong tu jadila 120plus.
bengkek je rasa.

so aku ingat habis olimpik nanti nak buang semua channel n ambik basic family je.
tapi sayang pulak sebab aku nak layan channel variety.
if tak ambik tak bolehla layan channel lifetime dengan starworld. 2 channel faveret aku tu.
dahla dengar kata astro nak naik harga rm8.
if aku ambik family +variety+cartoon+sports jadi rm98. current bil.
if buang sports bil jadi rm66plus.
if naik harga jadila rm74plus
kalau tambah hd rasanya rm25 kan?
so jadilah Rm99 plus..mahal jugak! demm u astro.

bagi kaki tengok tv macam aku ni, yang tu terpaksalah berkorban duit bayar bil astro mahal giler.
jangan sampai aku tak dapat tengok cite faveret aku, meroyan nanti.huhu
if cuti siang malam aku bertemankan tv jelah. selain dari aktiviti biasa yang lain.
aku memang tak malu mengaku aku ni tv addicted.
pagi pun if hari cuti, sayang nak bangun lewat sebab takut ada tertinggal cite best.huhu
n kalau esoknya hari cuti, malam ni aku memang dah buat reminder siap siap untuk rancangan mana yang best nak tengok esoknya.
if esoknya hari cuti, memang aku rasa hepi sebab dalam kepala otak aku ni dah set boleh layan tv puas puas mana cite bersiri yang tak sempat tengok sepanjang minggu tu.
sekarang ni antara rancangan yang aku tengah menggila layan Masterchef Australia, Us, My Kitchen rules, Devious Maids, Zoo, dengan W n banyak lagilah mana cite yang sesuai dengan jiwa aku ni.

kadang kadang nak balik rumah mak ayah pun bertangguh sebab tunggu rancangan habis baru cepat cepat siap pastu balik.
lepas tu drive laju gilos sebab nak cepat sampai.
bila sampai terus terkam remote tv.
kalau mak ayah lambat sikit bukak grill pintu pun aku bebel dah suh cepattttt je.kahkahkah

kalau nak masak ke, basuh baju ke jemur baju ke, memang aku tunggu masa iklan atau takde cite best dah.
masa nak jemur baju pun aku sempat layan tv lagi.
aku bukak je pintu luas luas pastu tarik je penjemur baju tu rapat dekat dengan tangga.
so sambil jemur sempatla jeling tengok tv.
if babak best, memang baju tu aku pegang jelah.kahkahkah
sebab tu aku cakap aku ni giler tv.

okla, penat dah bebel. nak cakap pasal W je pun.
jangan lupa ek, setiap kHamis dan jumaat. pukul 9 malam kot.
if tak tengok, esoknya ulangan pagi dalam 8.30 pagi kot.
layan jangan tak layan.


Tuesday, August 09, 2016

Selsema & Mimpi

salam.

2, 3 hari ni tetiba selsema la pulak.
petang ahad tu dekat time nak balik kerja tetiba hujan lebat.
so masa lari nak masuk kereta sempatla basah sikit kena hujan.
kepala pun cuma tutup dengan towel kecik lap muka je.
then balik pun terus mandi, tapi malamnya terus selsema.
nak tidur pun susah sebab hidung tersumbat.
kebetulan minyak cap kapak hilang so sapu vicks jelah.

malam tadi pun sama jugak. makin teruk kot sebab dah start berhingus pekat.
badan pun rasa lain macam je. rasa panas sejuk je muka dengan badan.
nak bernafas pun tak selesa.
sebab tu walaupun ada new episode my kitchen rules jadi aku jadi malas nak layan.
terus masuk bilik solat isyak pastu tidur je.
tapi asik tersedar jelah sebab hidung tersumbat n aku kena menganga bila tidur.
tiap sejam 2 jam mesti tersedar.
last sekali tersedar 10 minit sebelum pukul 6. sebab selalunya aku bangun 6suku atau 6 setengah so pejam jelah mata balik.
tup tup tersedar lagi sekali tengok tengok jam lagi 10 minit nak pukul 7.
terus cepat cepat bangun mandi solat dengan gosok baju semua.

then bila badan rasa tak best macam biasalah mulala aku start mimpi mengarut.
 tak taula kenapa tetiba malam tadi mimpi mengarut ada orang jepun nak serang tempat tinggal aku.
macam tahu tahu je sekarang ni bulan merdeka.huhu

patutla lewat sangat aku tersedar sebab dalam mengarut mimpi tu aku kenala packing barang sebelum orang jepun masuk situ.
mulanya dalam mimpi tu nak bawak bagpack aku yang biasa je, tapi bila list out barang tak muat kot.
terpaksalah bawak beg laptop yang lebih besar.
dalam tu aku ingat aku list out kena pakai track dengan baju lengan panjang dengan kasut sukan.
pastu kena bawak seluar track spare 1 helai, baju lengan panjang 2 helai, dengan pakaian dalam.
tudung guna tudung sarung sehelai je.
lepas tu kena bawak jugak selipar jepun nak ambik air sembahyang nanti kat sungai dalam hutan.
kalau takde selipar mestila susah nak guna kasut.huhuhu

then kena bawak jugak bekal makanan biskut dalam paket kecik, roti gardenia dengan air mineral 1 botol besar dengan megi.
megi pulak bawak yang dalam paket je. if bawak yang cup makan space pulak, tak muat bag.
stok makanan ni pulak ambik dekat supermarket nama Nexus.
dekat situ ada jugak hospital.
then Jeneral Jepun datang tapi sebab dia sakit dia nak kena pergi hospital dulu.
masa jip dia park depan supermarket sempatla dia tengok kami semua dok sibuk rembat makanan dalam supermarket tu.
sempat lagi dia jeling kitorang sebelum dia pergi hospital.

pastu aku tersedar. terkejut tengok jam terus melompat bangun dari katil. terus tamat mimpi mengarut aku.huhu

tak tahula kenapa kalau mimpi je asik macam dalam drama?
macam hidup hidup je mimpi tu jadi kat aku.
apa masalah pun tak tahula dengan aku ni.
kalau mimpi pun takleh ke nak mimpi normal macam orang lain.
asik mimpi action movie je aku ni.
bahana banyak sangat layan action lah ni.

napelah sejak dua menjak ni pun mudah sangat badan rasa tak sehat.
minggu lepas dah mc bengkak tonsil.
2 minggu lepas dah mc demam urat, sakit 1 badan.
minggu ni selsema la pulak.
minggu depan nak kena ambik darah n scan.
lepas tu nak proceed dengan IUI lagi.
napela bulan ni asik berkaitan dengan sakit n hospital ni?
pelik sungguh.

pagi tadi dah telan activfast 2 biji.
rasanya nak kena pergi cari ubat selsema la pulak ni.
jangan sampai melarat baru nak cari ubat.






 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...