Jual Cheese Tart & Durian Crepe


salam.

sekarang ni kalau tengok kat fesbuk and insta, ramai sangat orang yang meniaga kan?
news feed tu selalunya penuh dengan iklan je
cakap je nak barang apa, semua ada.
bak kata orang, mak bapak je takde jual.hehe

dekat tempat kerja aku ni pun, ada sorang kawan tu memang kaki menjual.
cakap je nak apa...semua ada.
tiap tiap hari ada je benda baru dia bawak untuk jual.
sekarang musim durian kan? so tengah menggila jual durian crepe la pulak. huhu
walaupun dia jual murah n ambil untung sikit je, tapi nampakla hasilnya, siap boleh beli barang kemas lagi.
apapun, sebagai kawan aku tumpang gembira jelah.

yang aku ni pulak, teringin la jugak nak meniaga.
tapi bila fikir fikir, macam segan je nak jual.
rasa macam tak reti nak promote barang ni.
tapi bak orang kata nak seribu daya kan?
kalau tak nak tu, banyakla pulak dalihnya.kihkihkih

tapi hari tu dah kawan suruh, aku tryla jual durian crepe.
sekali je aku iklankan. terus dapat order 28 bekas.
bolehla untung setakat nak main main.hihi
tapi sekali tu jelah.
lepas tu dah tak up iklan lagi dah. 

pastu sekarang ni kakak yang jual cheese tart akan selalu datang husm untuk speech therapy anak sedara, so aku jual jugak cheese tart.
kakak ni stay di jerteh, terengganu so sape nak order cheese tart time yang dia datang jelah.
dah lama kot aku jual cheese tart ni kat tempat kerja.



blueberry cheese tart.
selain bluberry ada jugak perasa chocolate dan strawberry.

if dulu aku tolong jual je pun. tapi masa ambik order untuk raya puasa hari tu, aku markup sikit je pun.hehe
then aku iklankan jugak di fb. up sikit lagi.
akak ni dia jual murah sangat.
tu yang ramai sangat orang beli.
tapi yang penting sedapla.


 masa raya haji hari tu aku open order, dapatla 21 bekas.
tapi disebabkan masalah teknikal, sempat deliver 10 bekas je. ish ish ish. rugi betul.
bila aku tanya, akak jawab sehari sebelum raya tu dari pagi sampai petang dia siapkan order dekat 1000 biji yang saiz s je.
mana nak hantar delivery lagi.
dia sampai rumah mak pun dekat pukul 8 malam dah.
so yang 10 bekas tu, memalam buta la aku pergi hantar.huhu


untuk gift macam ni pun akak jual jugak.
if aku mention harga sini, mesti ramai cakap murahnyaaaaa...hehe
tapi yang ni aku belum up iklan kat fesbuk lagi.

selain cheese tart, akak jual jugak cheese kek.



yang ni yang dah siap potong.
if sebiji pun, kalau seller lain aku tengok jual sampai rm50.
tapi akak jual gila lagi murah.huhu
ritu aku dah cakap nape jual murah sangat...up la harga sikit.
tapi dia cakap biarla. niat sedekah.huhuhu



yang ni durian crepe yang aku jual.
yang kelakarnya, bila orang tanya sedap ke tak aku cakap tak tahu. sedapla kot.
sebabnya aku ni mana makan durian.
ni kan nak makan isi durian dengan cream, mau muntah aku kat situ.
lagikan kalau mak letak isi durian dalam bubur kacang pun aku dah geli.
tu belum tengok orang makan pulut durian gaul dengan tangan.
memang konfem aku duk jauh jauh.
jadi kembang tekak. 
durian crepe ni pun letak kat bonet belakang taknak bagi terhidu bau durian.
bab rasa tu aku penah la try durian sikit sikit.
bab bau tu je yang aku tak tahan boleh buat sakit kepala.
kalau kat rumah mentua, dia bawak naik durian untuk bagi aku atau suami makan, memang aku tak bagi masuk dapur.
suruh letak kat rumah kak ipar depan rumah je.
suami nak makan, sila naik makan kat situ.
yang penting aku tak pening n sakit kepala.hehehe

oh ya, sape area kelantan if nak order..bagitaula ek. hehe



Comments

  1. uih, kalau ade celeb nk order lerr. drop no kat email mek ye : ayunieramli@gmail.com

    thanks :)

    ReplyDelete
  2. semua nampak sedap..durian crepe tu memang feveret...tapi dah lama tak makan sejak pindah putrajaya ni ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM