Korean Drama 2016


salam.

sejak dari astro bagi  channel free 2 bulan ritu, tetiba suami bertukar dari hantu drama melayu ke hantu drama korea.
masa tu aku dok layan W-Two World, dia pulak layan Victory for Tomorrow.
bagi aku, Victory for Tomorrow tu macam soap opera la kot.
panjang sangat episodnya.
kalau drama korea komersial lain selalunya 16-20 episod je pun.
then, bila channel free tu stop, aku pun langgan la Korean Pack yang ada channel Oh!K dengan TvN.
sukala laki dapat layan cite korea dia sampai habis.

sekarang ni bila tengok tv, asik nak tengok korea jelah.
dah tak tengok drama melayu sangat.
apapun, bagus jugak aku rasa macam tu.
almaklumla bila time dia layan drama melayu, sakit jiwa raga aku.
kadang kadang jadi bergaduh pun ada sebab aku asik dok kutuk je drama melayu ni.
dia serabut agaknya.kihkihkih

sekarang ni W dah habis.
Victory for Tomorrow tu stil ada dalam 10 episod kot.
disebabkan suami dah tahu endingnya cane, so sekarang ni dia layan cite lain pulak, The Great Wives.
cite ni pulak pasal suami yang curang dengan pasangan masing masing.
drama campur komedi. yang ni aku suka la jugak nak layan.
lepas tu kitorang layan jugak sekarang ni kat TvN, Oh My Ghost. 
mana mana drama yang suami tak sempat tengok, aku tahu bila dia balik malam, dia akan lepak depan tv tengok ulangan. dah mengantuk baru masuk bilik tidur.
sampai macam tu sekali pulak minatnya.huhu. kalah aku.

sekarang ni aku start nak layan drama baru yang ganti W, tajuk Shopping King Loiue. yang ni tajuk kat web gooddrama. if kat Oh!K tajuk dia Shopaholic Louis.


plot dia pun memang best n kena dengan jiwa aku.

 A romantic comedy about Louie (Seo In-guk), a rich heir who always spends money to buy anything indifferently suddenly lost his memories one day and meets Bok Shil (Nam Ji-hyun), a pure and energetic woman who teaches him that love isn’t something money can buy.- plot dari Wikipedia. 

tapi yang tak bestnya main 2x seminggu setiap khamis n jumaat malam.
jenuh nak menunggu episod baru.huhu
if paling cepat pun new episod boleh layan pagi khamis kat web.
tapi tak syok jugak, tak sama feel dia macam tengok kat tv.


selain dari drama ni dalam list aku, sekarang ni pun aku tengah layan jugak, Love In The  Moonlight.


drama ni pulak kat KBS World.
tak langgan korean pack pun takpe. ni termasuk sekali dalam family package.
aku start tengok cite ni pun bila dah masuk episod 7.
sebelum ni asik tak sempat je nak layan, mentangkan ada channel baru.huhu
sekali rupanya best la pulak cite ni.
both hero heroin dua dua cute sesangat.
comel je cintan cintun gitu. terus teringat masa muda muda.huhu
yang hero pulak aduiiiiila, bila camera close up je konon konon dia tengah tenung si heroin, aku terus rasa macam aku pulak yang dia tenung menusuk sampai ke hati aku ni.
berdebor debor jadinya diriku ini. wakaka

ingatkan hari tu bila habis cite yang suami nak tengok, aku nak stop la langgan korean pack.
tapi bila dah main cerita baru ni, apalagi kenala melekat sampai habis.
nampak gaya banyakla jugak bil astro aku bulan bulan. huhu
btw, Korean Pack harga dia rm10.60.
ada 2 channel je Oh!K dan TvN.
kalau nak dapat channel SBS pulak, kena langgan HD. terus dapat free 393.
if nak langgan HD kena tambah lagi rm27plus kot. Tak payahla, membazir.hehe

ok, tu je nak share. Peminat korea jangan lupa layan tau. daaaaa




Comments

  1. Uihhh kak muis. Anneyoungg. Time kat rumah mmy dlu layan jgk one hd. Time tu my lovely girl. Bestnyaaaa

    ReplyDelete
  2. rajin nya.
    akak kalau tengok mau tak buat kerja lain tu.
    asyik ke tv je lah.

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM