Plan for IUI ke3


salam.

ingatkan bila dah start ivf dah takde treatment kat hospital kota bharu, tup tup awal bulan 8 ritu nurse kol cakap ada temujanji. aku tak tau pun?
tapi memang hospital terengganu ada pesan kat aku suh buat iui lagi sekali tapi dah ritu puasa n raya, malasla pulak nak kontek hospital.
tapi mandangkan dah ada temujanji aku pergi jelah n doktor wan cakap buatla iui lagi sekali.
so bila tunggu period, hari ke2 aku kena pergi ambik darah pastu ambik siap siap Gonal F.




oh ya ni Gonal F. kena cucuk sendiri ye kat perut.
kalau yang dulu doktor suruh cucuk 2 dos je, tapi untuk kali ni kena cucuk sampai 5 dos.
so dapatla 2 batang Gonal F. ada 4 dos je dalam 1 batang pen tu. 
maknanya kena start cucuk dari period day3 sampai day7. 
walaupun dulu mintak kakak ipar dengan suami yang buatkan, kali ni aku cucuk sendiri jelah.

cuma malangnya kali pertama cucuk, aku ingatkan aku dah habis tekan semua ubat tu tapi bila keluarkan jarum, dahla banyak keluar darah, pastu bila tengok dari 75ml, baru 25ml yang masuk dalam badan aku.
nasib baik aku tak panik. aku keluarkan habis semua dos sampai jadi 0 balik pastu aku tukar jarum n cucuk kali kedua dengan dos 50 ml.
so cukupla 75 ml kan? cerdik tak saya?kihkihkih
tapi yang tak bestnya agaknya aku debor campur tertekan kuat sangat sampai naik lebam kat tempat cucuk tu n rasa sakit bila tekan.
fuhhh, nasib baik tak patah jarum halus dalam perut aku.huhu
tapi nasibla malam ke2 dan ke3 dan seterusnya aku berjaya cucuk tanpa sikit pun keluar darah.
konon dah terer la tu kemain konfiden cucuk sendiri.

 selalunya bila scan hari khamis, ahad tu buat terus buat iui.
tapi bila scan kali ni walaupun baru hari ke 10, doktor cakap telur aku dah terlampau besar n memang anytime akan pecah.
ni penangan 5 dos la ni. doktor cakap if ahad dah lewat sangat for IUI.
doktor suggest kali ni supaya aku ngan suami 'adjust' sendiri.kihkihkih
so weekend tu berusahala aku dengan suami walaupun ada time yang plan tersasar sikit.hehe
apapun, kita mampu merancang je kan?

if ikutkan period cycle normally 26days, so aku akan period 11.9 sehari sebelum raya aidiladha.
adala kot sikit harapan tapi seminggu sebelum due data aku dah rasa tak selesa sebelum nak period.
di pagi ahad tu konfem aku period.
maknanya yang adjust sendiri tu still tak berjaya jugak. takpelah. konfem takde rezeki lagi.

mandangkan hari ahad tu cuti, aku lupa nak kol hospital terengganu bagi date period.
tup tup bila kol hospital pagi tadi, hari ke 4..nurse cakap rupanya aku dah masuk senarai ivf untuk start treatment 30.9
bila aku bagitau aku period hari ahad, dia cakap tak sesuai jugak nak continue dengan 30hb sebab tarikh tu lambat sangat.
semuanya sebab 4,5 bulan ni period cycle memang berterabut habis so nurse salah calculation.
sekarang ni period suka hati je nak main 26,27,28,29 n 2 bulan lepas pernah cecah 30 hari.

if dulu period aku memang teratur. selalunya 5,6 bulan akan maintain contohnya cycle 26 hari.
lepas tu berganjak baru 27/28 hari for 5,6 month then baru berganjak lagi.
tapi sekarang ni tiap bulan memang salah teka.
hopefully start bulan ni stabil la kot.

so mandangkan aku kol lewat sangat hari ke4, sepatutnya hari ni kena pergi hospital untuk ambil ubat.
tapi dah aku ni jauh sangat, so nurse cakap terpaksalah tunggu next period.
hmmm, nak buat cane kan?
dah rezeki aku 3 kali period boleh start treatment tapi ada aral melintang pulak.
okla tu dari ada patient yang sampai 6x period still tak dapat tarikh yang sesuai.
so next period, janganla ko lupa lagi ye muis.huhu

apapun, aku positif sokmo. kadang kadang stress tu biasalah.
kalau time serabut, memang aku menyampah je dengan orang yang tiap hari 10x sehari post gambar anak dia kat media sosial. kahkahkah
macam ko sorang ada anak kan?

please jangan terasa ek. hari ni tengah sumbak sikit.
maafkanlah si muis yang still tak beranak lagi ni.
dahla ko tu susah nak beranak, mengata orang pulak. sah dengki! kihkihkih

 

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM