Pulut putih for breakfast



salam.

sekarang ni pagi pagi aku dah tak payah pening nak fikir makan apa untuk breakfast.
sebabnya ada sorang kawan sekarang ni mak dia ada jual pulut pagi yang dah siap packing.
so tipa hari if dia bawak, bagi je aku satu.
lagipun sekarang ni pergi balik kerja dengan suami.
dia dahla kerja masuk bandar, so kena gerak awal n memang tak boleh singgah untuk beli breakfast.
kecuali kalau dia nak masuk lewat.
tu pun kena tanya dulu boleh berenti ke tak.
if kat area tempat kerja ni, selain mahal, kedai yang ada tak memenuhi selera aku.
so pagi pagi selalu dok pening nak fikir makan apa.huhu




1 paket ni rm2.
mahal jugakla seposen.kihkihkih
tapi dah faveret nak buat cane. 
kedai kat area rumah aku dulu jual  rm1 je. tapi sekarang ni dah tak jual sebab katanya susah nak dapat kelapa muda.
ada sesetengah kedai dia jual pulut ni dengan ikan kering.
aku pulak suka makan dengan ikan sardin/selayang goreng. lagi sedap. 

semalam dengan hari ni aku beli 2 paket terus.
satu makan pagi n satu lagi buat makan petang.
selalunya if buat elok, sampai ke petang tak basi pun walaupun ada kelapa parut tu.
 aku ni memangla suka pulut.
dulu masa tak kawin takpela mak yang tanak.
sekarang ni dah kawin takkan nak suruh mak mentua.
ritu terasa jugak nak buat masa hujung minggu lepas aku tanya mak mentua boleh tolong tanak ke tak. hihi tak malu kan?

tapi orang cakap pulut ni tak elok makan banyak.
boleh sebabkan angin dalam badan.
tapi setakat ni aku makan rasa ok je.
untuk orang yang ada kencing manis pun tak elok.
sebabnya pulut putih ni akan menyebabkan kandungan gula jadi tinggi. 

(GI atau “glycaemic index” ialah ukuran secepat mana gula yang terkandung di dalam sesuatu makanan dapat di cerna dan di serap oleh usus memasuki ke dalam aliran darah. Makanan yang GI tinggi, bererti gula lebih segera di serap memasuki aliran darah). 

tapi orang cakap jugak, makan pulut ni kulit jadi cantik, macam orang siam.
entah iye ke tidak.
kulit aku ni memang dah semulajadi gebu gebas,kahkahkah.
so tak nampak perbezaan di situ. 

tapi hari ni bila bangun pagi, kepala rasa macam tak best.
tak surela kot sebab angin ke hapa makan pulut banyak.
so aku google pasal pulut.
antara satu kesan sampingan bila makan pulut putih ni, kita akan jadi mudah mengantuk.

 bahan kanji yang terdapat di dalam pulut putih bertindak meransang 2 jenis kimia pada otak (“tryptophan” dan “serotonin”). Kesan dari peningkatan ransangan kepada kimia tryptophan dan serotoni  ini, menjadikan seseorang itu merasa lebih damai/tenang dan sangat terdorong untuk berbaring-baring, seterusnya terlelap tidur

patutla malam tadi aku tidur memang lena sampai pagi.
selalunya aku memang mudah tersedar bila suami masuk bilik.
pastu akan tersedar selang 1,2 jam nak pergi tandas.
tapi malam tadi tak tersedar pun. lena je sampai pukul 5 pagi.
penangan pulut la kot.hehe

ok, tu je nak cite. daaaa






Comments

  1. sedapnyo laaa. kalu lawey dengan ikey rebus goreng sedap niiii

    ReplyDelete
  2. akak nak kena makan pulut lah.
    so senang tidur.
    heee

    ReplyDelete
  3. Dear..

    akak tak sure samada boleh comment or not kat yr blog ni.
    makin pelik blog sekarang.

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM