Thursday, November 17, 2016

Arwah Nenek Dalam Kenangan...



salam.

selepas 7 tahun, rupanya tahun 2016 ni sekali lagi bawa berita duka pada aku dan famili.
bulan julai ritu pakcik meninggal sebab kanser hati.
then, hari rabu lepas, nenek pulak meninggal sebab lemah jantung dan sakit tua.
masuk hari ni dah 9 hari rupanya arwah nenek meninggal.
nenek meninggal hari rabu, 9.11. selepas 5 hari masuk wad.
pagi rabu tu, doktor cakap dah boleh bawak balik. dah tak boleh nak bagi rawatan dekat nenek.
lagipun if stay di hospital, nurse asik dok ambik darah, cucuk situ sini. kesian dia.
nenek dahla kurus kering tinggal kulit dan tulang je pun.huhu

hari rabu kebetulan hari last aku praktikum kursus asuhan permata.
petangnya mintak balik awal sikit dengan bos.
sebelum balik singgah belikan nasi air untuk nenek.
petang tu sempatla aku suapkan nenek nasi air. adala 3,4 sudu yang dia makan.

masa nenek dibawa balik dari hospital, dia bukan tak sedarkan diri pun.
dia boleh bercakap. kenal orang.
so petang tu dalam 6.30 kot aku gerak balik jelawat dulu.
nak balik mandi n salin baju dulu. plannya nak datang malam pulak.
tup tup dekat pukul 9, kakak ipar kol cakap yang nenek dah meninggal. dapat tahu dari grup wasap famili kitorang.
aku kat rumah dahla hf asik takde line. bila letak tempat charger baru ada line.

then aku terus kol mak untuk konfemkan.
mak cakap nenek meninggal dalam 8.30 lebih kurang.
tak sempat letak hf, aku terus camapk hf atas sofa.
terus ajak suami balik.
dalam kereta tu apalagi, berhujan air matala aku ni.
radio pulak tengah on lagu aiman tino, ku rela dibenci yang dia sakit nak mati tu kot.
terus aku off kan radio.
terkejut sebab tak sangka nenek macam cepat pulak perginya.

aku ingatkan bila bawak balik rumah, selalunya selepas 2,3 hari dia akan sehat macam biasalah.
rupa rupanya, dah sampai masa dia.
tapi takpelah, at least nenek pergi dengan mudah.
takde sakit teruk ke apa..
dia tak pernah ada penyakit serius. just batuk lelah macam tu jelah.
so, redhakan jelah.

bila nenek dah takde ni, memang aku sedih.
almaklumla aku yang stay kat kampung.
tiap hujung minggu balik rumah mak ayah.
so memang kerap jumpa nenek.
kalau nenek stay rumah mak ayah, tilam dia depan tv.
so aku memang lepak situ.
kalau bermalam, aku tidur dengan dia atas silam single tu.
nenek badan kecik je. kurus.
if aku peluk, memang rasa tulang je.
masa nenek kat wad, asik kena cucuk sampai kulit yang kendur jadi tegang.
kena cucuk sampai lebam tangan dua dua belah.
so pakcik sign surat masa kat hospital yang tak benarkan doktor buat rawatan yang tak sesuai dengan tubuh badan dia.
sebab kesian tengok nenek. umur 92 tahun kot.

kalau hujung minggu atau bila bila jelah aku balik rumah mak ayah, aku memang tak lupa nak beli makanan kegemaran dia.
nenek suka makan murtabak. suka makan laksa penang.
pendek kata semua aku beli dia makan.
asam pun dia makan. junk food dia makan.
mamee monster pun dia makan.
pendek kata semua makanan yang aku offer, dia tak pernah tolak.
spageti pun dia pandai makan. tak cerewet macam mak aku.

dulu masa aku kat uni, if cuti sem, kalau nenek nak pergi kl rumah anak anak dia, penah sekali aku temankan.
naik bas berdua dengan nenek.
dia tak suka tidur atas bas. asik tanya aku itu ini sampai aku pulak tak boleh tidur.
pendek kata, banyak kenangan dengan dia. sedih sangat.

masa nenek nak dikapankan, aku duduk kat kepala dia.
masa yang anak sedara dengan sepupu nak cium nenek, aku pesan jangan pegang kuat kuat.
nanti dia sakit. kesian nenek.


 
antara gambar nenek yang aku ada tahun ni.
ada gambar yang tak bertudung malasla nak tepek kat sini.
masa ni nenek ada appointment kat klinik dada, respiratori kat hospital kb.
aku yang hantar dan temankan. 



masa ni selepas raya puasa kalau tak silap.
nenek tak sihat n nak pergi klinik fatimah, pasir puteh.
aku jugak yang hantarkan.

aku rasa ada banyak lagi gambar nenek tapi dalam laptop dan dalam hard disc kat rumah.
yang ni yang ada dalam hf dan dari facebook je.
cukupla tu. buat pengubat rindu.
sampai sekarang pun, masih teringat ingat lagi kat nenek.
lepas solat pun, selain doa biasa yang aku baca, bertambah la jugak doa supaya nenek bersama orang yang Allah sayang dan lepas dari siksaan kubur. In sha Allah...aminn.

in memories...09091924-09112016.

1 comment:

ayunie ramli said...

takziah. insyaAllah ditempat kalangan orang beriman.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...