Sunday, April 23, 2017

Imsonia & Stress


Assalamualaikum. 

Dua tiga hari ni aku perasan tidur aku lebih lena.
Tidur pukul 12, terjaga pukul 5.
Malam tadi tidur pukul 11 pun sama tersedar pukul 5.
Not bad la tu. Atleast aku cuma kena cuba sambung tidur sekali je sebelum bangun pukul 6 lebih. 

Rutin biasa aku adalah terjaga 3, 4 kali tiap malam nak sampai ke waktu subuh.
Worst case tersedar selang sejam.
Tak pelik pun. Aku memang dah lama noticed aku ni maybe ada insomnia. Mild stage.
Disebabkan masalah ni, aku selalunya macam panik sikit if schedule tidur aku lari timing dari biasa. 

Teringat masa belajar. Ada a few friends cakap aku ni cinderella. Pukul 12 kena tidur.
Orang lain lantakla ko nak buat apa memang aku tak peduli dah.
Salah satu sebabnya aku tahu if lewat aku akan jadi susah tidur.
N lagi satu bila dah lewat n susah tidur pastu orang lain dah tidur, aku akan jadi takut if aku sorang je lgi yang berjaga.
Aku mesti tidur dengan pengetahuan yang orang lain belum tidur.
Habit ni sejak dari kecik kot.
Dulu tidur dengan kakak.
Aku selalu kejut dia if dia cepat tertidur dari aku....Ha, dah tidur ke? Tu jelah soalan aku dok ulang.hehe

Sekarang ni kalau aku terlalu stress memang aku berjaga selang sejam.
Bila terjaga aku kena ke bilik air.
N bila kerap sangat terjaga, aku jadi lemau bila nak pergi kerja pagi.
Rasa macam tak cukup tidur.
Aku selalu kira berapa jam aku akan tidur.
If tak sampai 6 jam, memang aku freak out.
Kalau masa tu dah tak mengantuk pun,  memang aku akan paksa diri untuk tidur.
Memang susah. 

Maybe sebab aku mudah sangat stress. Terlalu kerap stress. 
Almost everyday kot. Tu yang ada masalah susah tidur. 
Jenis aku ni if ada masalah, memang effect kat tubuh badan. 
Hati sah sah la sedih. 
Mata jadi susah nak tidur. 
Kepala sakit. 
Perut jadi tak lapar. In the end, masuk angin. Dah satu hal pulak pagi pagi muntah muntah. 
Btw, muntah angin lagi sakit n seksa dari muntah keluar benda. 
Muntah keluar makan smooth je okeh. 
Kalau muntah angin memang sakitla dalam kepala, dalam dada, kat perut. Tenaga memang out. 
Terduduk dalam tandas, tepi mangkuk tandas, tepi tong sampah adalah benda biasa. :'(

Ok tu je nak cerita. Apapun.....


Nak 'walk the talk' tu susah kan?
Keyword dia..bersyukur. 
Ko stress apa ko dapat pun....deknon oi?



Thursday, March 09, 2017

Muis Memasak


Assalamualaikum...

sejak rutin dan berubah ni..kerapla sikit aku kena masak.
if dulu, hari bekerja memang tak masakla.
hari cuti je masak.
tu pun selalunya jumaat je.
if hari sabtu kadang beli nasi ayam, kadang tapau lauk, pergi makan kenduri ke hapa.
takpun kalau pagi dah beli nasi bungkus, tengahari memang suami dah tak nak makan.
aku pulak akan makan lewat sikit.
so bab makan minum memang takde masalah. 

tapi sekarang anak dah duduk sekali.
so hari kerja untuk makan malam suami suruh masak.
takut anak lapar katanya.
alang alang dah masak, kami semua makanla. takkan nak pandanggggg je kan?

bila berubah rutin ni, adala beberapa benda yang buat aku stress.
1. penat balik kerja kena masak.
2. bila dah siap masak nasi n buat lauk tetiba anak cakap taknak makan.
3. bila dia tak makan, nasi n lauk tak habis. membazir.
4. aku pun makan, jadi akan lebih gemuk.
5. baju tidur dah tak selesa buat tidur sebab dah bau tumisan bawang sos semua.
6. bila baju kena tukar 2 kali tiap malam, stok baju kotor makin cepat bertambah.
7. antara pukul 8-9 kat dapur, so banyak missed drama korea. dahla cite best semua main masa tu.huhu

nampak tak betapa banyaknya masalah timbul kalau aku kena masak hari bekerja.kahkahkah
read: malas!

tu belum masuk bab mak mentua tanya nape tak masak nasi?
bila aku cakap anak dan cucunya taknak makan..dia tanya nape taknak makan?
dahtu nak makan apa?

aduhai....takut sangat anak cucu dia lapar.
yang stressnya akulah.

tambah tambah aku ni tak reti sangat nak bercakap dengan orang tua.
banyak soal sangat mulala aku ni tak senang duduk.
mentaliti orang tua, siang malam pagi tengahari malam wajib makan nasi.
if tak makan nasi, maksudnya tak makan.
boleh gitu?

aku ni bab masaknya takde masalah, sebabnya if makan tu habis licin nasi lauk semua memang aku ok. yang geramnya bila kita penat masak, nasi tak habis. lauk tak habis.
tu kalau makan berdua dengan laki lah.
if anak makan sekali, selalunya memang licinla lauk n nasi.
aku pulak if masak nasi, cukup cukup je sekali makan.
untuk malam, masak lain pulak.

so taktik aku sekarang ni, balik kerja tanya anak dulu dia nak makan ke tak.
pastu inform laki.
selalunya laki pun tak nak makan kalau anak taknak. jaga body la konon. takut buncit.
so aku pun tak masakla.
seminggu 2 hari ada pasar malam, makan je ringan ringan pun takpe.
then dalam seminggu jugak malamnya aku akan masak selain dari nasi n lauk.
selalunya nasi goreng atau mee goreng atau megi.
3 menu ni tak penat sangat n boleh makan depan tv.hehehe

sekarang meh tengok menu lauk biasa biasa aku ni.
lauk orang kebanyakan je.hehehe



gulai udang.
first time masak seumur hidup aku pandai masak.
first try, aku sendiri bagi markah 4/5 bintang.kihkihkih




sotong goreng.
aku tumis bawang merah n putih dulu.
pastu baru masukkan sotong/cili/bawang besar.
sayur tu optional.





telur masin pecah minyak.
faveret ni.
tak beli, pau je dari rumah mak time stok dia banyak tu.
selalu ambik 3,4 biji tahanla sebulan dua.




sambal ikan bilis kering.
lauk suami suka. isteri pun suka. anak pun suka.
buat sendiri lagi puas hati. nampakla ikan bilisnya.
kalau beli siap, macam banyak bawang je dari ikan bilis.




ayam goreng menu wajib.
if nak goreng aku suka pilih tulang.
bahagian dada simpan nak buat nasi goreng, mee goreng n megi.
portion ayam ala kak wok.
aku tak suka potong besar.
if paha, memang aku potong 3.
apapun, berani kerat jari ayam aku ni lagi sedap dari ayam nasi kak wok pasir tumboh. kahkahkah




lala goreng pedas.
jumpa kat PKT hujung bulan ritu.
besar sikit dari saiz yang biasa aku beli kat pasar.
masa buat ni, aku lupa api terbesar, dok ralit basuh pinggan kat sinki.
tengok tengok kuah dah kering.
tapi this time buat, aku rasa sambal dia macam bestttttt sangat sangat.
tak tahula aku campak apa dah. kihkihkih




sekali sekala makan sardin.
kali ni beli brand marina.
zaman gawat ni, tak mampu nak makan cap Ayam Brand.huhu
makan berdua je dengan suami. anak mengantuk tertido awal.
3 ketul kecik ni makan berdua pun tak habis tau.
suami pulak bukan jenis meratah lauk. habis nasi terus dia stop.
so bakinya bawa ke hadapan...kihkihkih. teringat masa belajar akaun dulu.
bakinya esok bawak pergi kerja buat lunch. jangan membazir pleaseeeee..





sayur air bebola ikan homemade disinari cahaya keimanan. hahaha
dari kecik mak masak sayur air macam ni.
guna isi ikan selayang selalunya.
aku guna kembung. tumbuk je isi ikan dengan lesung sampai hancur, campur sikit tepung jagung.
tu je tepung yang ada kat rumah aku.
then buat bulat bulat masuk je dalam periuk lepas kuah mendidih.
sayur air, aku suka letak lada hitam lebih. tumbuk je kasar kasar. yang halus tak best.
anak cakap sedap. bagus. memang licin kuah dia habiskan. sayur je tak makan. samala dengan bapak dia tu. tak makan sayur.




yang ni bukan lauk. ni pinggan aku if makan sesi petang atau solo.
makan depan tv. bawak air je segelas.
antara jenis comfort food aku.
nasi panas dengan kicap, ayam goreng atau daging atau telur ikan goreng, ikan selayang rebus digoreng, ulam timun.
yang ni aku acar pisang muda mak buat.
makan sikit sikit je nak jimat.
ambik portion yang nak 1 atau 2 sudu, baki simpan dalam peti. memang tahan je. tak basi pun.
air tangan mak aku tahula dia buat cane.huhu
selain dari acar, sedap jugak if ada sambal pauh atau lawar.
tu jelah menu untuk makan solo ni.

malam tadi pun aku makan untuk bekal puasa hari ni lebih kurang ni jugak.
nasi panas, kicap, sotong goreng, sambal ikan bilis melaka, baki acar pisang muda ni.
licin nasi yang aku masak. alhamdulillah.






Saturday, March 04, 2017

Rutin hujung bulan

Assalamualaikum.

Rasa macam baruuuuu je kerja sabtu minggu lepas.
Tapi minggu ni dah jumaat. Esok sabtu hari bekerja lagi...
Ottoke? Ottoke? 😭

Hujung bulan ni tak tahula silapnya kat mana.huhu
Tapi sesi mengecheck report bulan ni aku rasa kali pertama yang buat aku rasa stress sgt sangat sangat.
Hari ahad sempat check 3 kelas. 2 kelas ada penbetulan n kena repeat check.
Isnin kena pergi tunjung. Check 2 kelas. Both ada mistake and kena check balik.
Selasa sempat 1 kelas. Sebabnya bos ada. Sambil aku chek report, bos buat spotcheck lesson plan, sambil berbincang, bos meluah apa yang dia tak puas hati, aku mereport masalah masalah di tadika, discuss tentang student bermasalah n mengumpat sikit sikit.kahkahkah
Kesimpulannya, one whole day tu satu kelas je aku sempat check n terus buat pembetulan.

Hari rabu 6 kelas sempat check dari pagi ke petang.
Ada yang kali pertama check, buat pembetulan sikit and boleh proceed untuk printing.
Hari khamis. Total 8 kelas aku check.
Ada yang sekali check. Ada yang dua kali check.
Ada yang sampai 3 kali check baru ok. Hopefully.
Then esok tengokla cane bila bos double check.
Harap harap takde big mistake.
Bila bekerja dengan bos yang teliti ni aka agak cerewet(hihihi) memang buat kerja kena tiptop.
Kalau tak, sesaja jelah kena tadah telinga.huhu

Minggu ni memang semua tenaga rasanya aku guna.
Balik kerja semalam memang rasa sakit otot lengan belah kanan.
Dah 2, 3 minggu kot rasa lenguh n sakit agaknya sebab tiap minggu dok sental baju sekolah n baju kerja suami by hand.
Tapi sekarang ni makin worse la kot.
Cramp jari lengan dok pegang mouse komputer pagi sampai ke petang.
Sakit pinggang jangan cakapla. Huhuhu

Hari rabu lagi kelakar. Suami datang ambik tapi dia suruh aku drive. Masa sejam dok menunggu aku tu, dia tertidur aaknya dalam kete, so mengantuk.
Masuk je kereta aku termenung tak start enjin.
Laki tanya kenapa?
Sepatah je aku jawab. Letih.
Dia diam. Boleh bawak kete taj dia tnya.
Ok boleh. Aku jawab.
Masa tu dah bergenang air mata pun.

Kalau sape tak kenal, haa gitulah aku.
Kalau penat sangat memang aku suka nangis.
Dia pernah sekali masa minggu yang buat kenduri arwah nenek meninggal. Non stop 8 malam mak buat tahlil.
Balik kerja terus singgah rumah mak sampai pukul 10, 11 baru balik rumah. So memang badan letih gila.
Bila aku iya iya nangis suami tanya kenapa...."sayang letih.." sambil menangis macam orang gila.hahaha

Tapi biasalah dah namanya kerja.
Bukan aku merungut. Cuma nak cerita je. 😄

Harapnya untuk report next month dan seterusnya teacher dah boleh find out mana mistakes yang dorang buat pastu jangan ulang lagi lah yer..
Kalau ulang lagi sesaja jelah terima perlian aku.kihkihkih

Saturday, February 25, 2017

sayang


assalamualaikum.

cane ye nak ukur sayang?
dan macam mana pulak nak dihitung ikhlas?
hati kita..niat kita, macamana orang lain boleh tahu sejelasnya?
sebab aku percaya isi hati kita manusia ni hanya Allah sajalah yang tahu apa niat kita sebenarnya..

apakah bila kita tegur benda tak elok maknanya tak sayang?
apakah bila kita selalu merungut dan marah marah tandanya tak sayang?
adakah kerana bukan kita yang melahirkan maka dituduh tak sayang?
adakah bila kita selalu merungut maka kita tidak ikhlas?

kadang kadang mungkin kita cuma nak luahkan perasaan
kadang kadang mungkin kita cuma nak lepas geram. 

patut la orang cakap lidah ni lebih tajam dari sebilah pedang.
kerana lidah aku, aku dikata macam macam
kerana lidah dia, hati aku tersayat tajam.

kecil hati?
kalau hati ni boleh mengecil..rasanya dah lama kot aku ni tak berhati. 

biasalah manusia, bila marah, apa yang tak dikata.
aku sendiri, orang lain. kita semua sama je. 
dan aku percaya semua kata kata tu bukan dari hati pun.
takde niat.

kalau bukan kerana sayang mungkin kerana tanggungjawab.
aku sendiri pun tak pasti.

 



Wednesday, February 22, 2017

kisah di jalan raya



assalamualaikum.

sekarang ni aku pegi kerja banyak drive sendiri.
sebabnya suami dah masuk unit naziran so banyak kerja luar.
if kena pergi naziran, dia pergi lewat sikit, tapi aku punch card pukul 8 so kenala drive sendiri.
kalau dia rasa nak pergi tu jauh or dia mengantuk, dia datang tempat kerja aku tukar kereta, tinggal motor.
bila dah siap, dia datang hantar balik kereta.
jangan suruh la aku bawak balik motor, jawabnya ke lubang dua lah aku agaknya.huhu

bila bawak kereta sendiri ni, macam biasalah.
kalau tetiap hari tak stress dengan driver lain memang tak sah.
aku ni bukan nak kata cekap sangat pun, tapi alhamdulillah sejak bawak kereta almost 10 years, tak pernah lagi terjadinya benda yang tak diingini.

kadang kadang, kalau kita ni dah  hati hati, orang lain pulak yang bermasalah.
walau kita manusia tak sempurna, sekurangnya minimumkan masalah di jalan raya.
style aku if nak pergi kerja, kalau siap awal, terus gerak.
padahal dari rumah ke tadika dalam 15-20 minit je pun.
tapi kalau 7 pagi dah siap, aku gerak jelah.
kalau dengan suami, barulah lewat sikit. paling lewat 7.30.
tapi still sampai sebelum 8.

gerak awal tu pun supaya tak rushing di jalan raya.
kalau rushing, satunya letih tekan minyak dan brek belum masuk lagi cilok kiri kanan.
lepas tu if rushing, macam cepat je minyak habis asik tekan minyak brek macam tu.
n sebab utamanya untuk keselamatan lah.
standard aku if pergi kerja, 60-70km je.
kecuali kalau nampak kereta belakang macam rushing n dia susah nak potong, baru aku tekan minyak sikit.

aku ni takdela cermat sangat pun, tapi aku memang jaga jarak selamat antara aku dengan kereta depan.
memang aku perati je jaraknya elok elok satu tiang.
sebab rasanya masa ambik lesen dulu, memang cikgu cakap 1 tiang lebih kurang.
masalahnyaaaaaa...bila kita jaga jarak 1 tiang, kereta dari belakang datang potong terus masuk depan kita.
kitala pulak yang terpaksa slowkan kereta.

menyampah betul kalau sebelum sampai traffic light selalunya kereta  berderet, elok elok je semua gerak slow n steady, jenis yang nak cepat ni potong n masuk depan kita. ek eleh...beza 1 kereta je pun.
lainla kalau ko terus potong langkau 4,5 buah kereta, berbaloi la jugak kan?

yang satu lagi menyampah kalau nampak kereta dari belakang memotong pastu bila bertembung dengan kereta laluan bertentangan, dia cepat cepat nak masuk line.
kita nilah jugak yang kena tekan minyak ke depan sikit nak bagi dia ruang.
if tak bagi kang takut gesel kereta atau langgar kita pulak!
serius manusia macam ni sakit otak.
jalan tak clear pun sebukkkkk nak memotong pastu menyusahkan orang.
katalah dia bertembung dengan kereta depan, mesti sedikit sebanyak akan efek jugak kereta terdekat kan?

aku ni bukanla baik sangat pun.
jumpa yang gila macam ni selalanya memang aku membebel.
ko nak mampus sangat, hah mampusla sorang.
geram punya pasal kan?

selalunya selalu yang buat perangai macam ni geng kereta besar la.
hilux, triton..pastu kereta yang konon konon mahal la seposen..
toyota honda..yang cc besar.
kita yang pakai perodua ni redho jelah.

macam minggu lepas otw aku balik dari tunjung, keluar je pagar jpn, nyaris nyaris nak kena dengan hilux ke apa entah.
kebetulan aku pusing satu dua saat je kot betulkan lubang econ, bila angkat muka je, hilux tu memang dah depan mata. tengah memotong viva yang kononnya nak berhenti bahu jalan sebab bagi signal.
agaknya tak menyempat tunggu viva tu clearkan jalan di terus nak potong.
memang dekat sangat sampai aku terkejut.
nasib tangan aku ni cepat pusing stereng ke kiri pastu kanan balik sebabnya belah kiri ada jugak tiang lampu.
rasa macam zup zap kereta aku cilok kiri kanan.
kereta tu memang dekat sangat ibaratnya kami bertiga ni berderet atas jalan 1 line je.
number plat memang tak nampak sebab dah depan mata.
then aku terkejut sampai tak sure hilux ke ford n warna pun memang aku lupa.
gigih nak recall tapi tak ingat.
dahla laju. macam kereta dia tu terkam kereta aku ni. 


berdebarla jugak seposen. kalau aku tak sempat cilok ke kiri paling sikit kena gesel.
worst case, kena tabrak dari depan..konfem ke hospital.
worst worst case, ke tanah kubur.
memang wajibla driver tu kena maki dengan aku.
agaknya dia pun tak sangka viva yang konon nak masuk kiri tu tak jadi masuk n stop.
masalahnya tak sabar sabar nak tunggu viva tu betul betul masuk kiri, yang tak sabar sangat nak memotong tu kenapa?

syukur alhamdulillah aku ni if nak kenderaan, kereta or motor, ayat kursi memang tak lekang.
dah jadi tabiat.
if bawak kereta dalam hujan lebat or sesak ke apa, memang aku dok ulang baca jelah.
aku yakin sangat ayat kursi ni boleh tolong elak aku dari kecelakaan. '
kuasa Allah semua tu.

satu lagi aku tak faham jenis driver yang suka sangat dok tengah tengah antara 2 lane.
dahla slow. if laju tak kisahla sangat.
kita la pulak jadi susahnya lahai nak potong.
if jalan kampung 1 lane je, bukannya besar macam jalan besar.
just nice je muat muat selisih dengan kereta dari depan.
masalahnya time kereta datang dari depan, pandai pulak ko masuk lane betul betul.
kalau takde kereta dari depan, terus ketengah kongker dua lane terus.
sakit otak ke hapa?
tak nampak ke orang buat garisan putih tu?
kalau buta takkanla boleh drive kan?
memang jumpa yang macam ni aku rasa sakittttttt hati sangat sangat.

satu lagi yang lalu selekoh pastu makan lane kita.
kalau terlanggar? memang sesaja jelah menyusahkan orang.
dah ko tak lalu selekoh tak reti nak perlahan, memangla akan termasuk lane orang lain bila nak ambik jarak tu.
dah kita pulak yang nak kena elak dorang.
kalau tepi tu ada parit ke longkang ke?
manusia macam ni dasar otak letak kepala lutut. menyusahkan orang.

aku berani cakap ni pun sebab benda ni semua aku jaga.
kalau benda yang orang buat kita tak suka, kita pun kena la elak dari buat macam tu jugak kan?
kalau lalu selekoh if perlahan, memang tak payah pun nak masuk lane orang.
jalan kerajaan buat dah cukup besar dah untuk kereta kat malaysia ni.
lainla kalau ko tu bawak kapal terbang atas jalan raya kan?

sabarrrrrrr jelah..






 

Tuesday, February 21, 2017

muis datang lagi..


Assalamualaikummmmmm...

akhirnya...muis mengupdate jugak blog syok sendiri dia ni.kihkihkih
masuk hari ni genapla 83 hari tak membebel kat sini.
patutla masuk tahun baru ni aku stress memanjang.huuuu

memangla asik rasa nak update blog sebab aku ni sukaaa sangat bercerita tapi tulah.
maybe sebab asik penat je.
then banyak kerja la jugak.hehe
pastu takde mood.
ada je pun modal nak bercerita, tapi tulah. simpan je dulu semua.
pastu laptop rosak, pc kat rumah suami g hantar format.
tapi dah 2,3 hari ni dah dapat balik pc, so bolehla jugak update blog kat rumah. 

a few things yang berlaku kat diri aku dalam masa 2 bulan lebih ni, selain dari beban kerja bertambah, gaji pun naik (alhamdulillah..tq bos.hehe).
pastu ada jugak isu gambar lesen aku ni dijadikan modal penipu yang jual lesen terbang.
pastu aku nak share jugak pengalaman kali pertama masak gulai udang.kahkahkah
harusla stori jugak dekat sini kan????

ok, tu je nak share dulu. bye 





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...