Assalamualaikum.
Weekend ni rasa malas pulak nak iron baju untuk seminggu.
Sebabnya if baju dah bergosok, kunci jam pukul 6 pun aku jadi malas nak bangun.
Alarm kedua pukul 6.30 baru bangun. Mandi n solat subuh kejap je.
Tapi kalau 7.15 still tak siap aku kena hantar anak pegi sekolah.
Bila kena hantar nak menunggunya satu hal.
Sekolah pulak haluan lain.
Tu belum masuk part aku tertinggal hf la, makanan la. Adaaa je yang tertinggal kalau time nak cepat .
Tapiiiiii kalau aku bangun pukul 6, pukul 7 dah start enjin kete, aku boleh cepat cepat bagitau suami nak g kerja. Lama sangat kalau nak kena menunggu anak.
So lakila yang kena hantar. 
Aku pun dapat pergi kerja dengan tenang, tak rushing kejar punchcard, sempat beli breakfast etc etc

Hari ni untuk lunch suami cakap suruh masak nasi ayam.
Entah mengigau hapa tetiba request.
Tahula anak suka makan nasi ayam.
Dah 6 tahun menikah ni jarangggggg sangat dia request nak makan apa apa.
Tak pernah kot!
Last aku masak nasi ayam sedap. Sebab aku combine resepi biasa dengan resepi nasi ayam hainan.
Tapi resepi yang aku combined n rewrite tu dah lupa letak mana.
So hari ni pandai pandai la aku ubah resepi sendiri.
Untuk nasi ikut menu hainan tapi untuk ayam aku goreng je sebab laki tak suka yang rebus/steam.
Aku pun. Jadi loya tekak. :)




Petang ni dah janji dengan ayah nak pergi makan charkuetiow. Ayah belanja.kahkahkah
Kesian ayah dah dua minggu dok mengajak nak makan charkuetiow.
Anak x guna sungguh aku ni. Benda senang macam tu pun asik tangguh.
Tapi sabtu lepas aku rasa tak sedap badan/ perut.
Sakit kepala. Angin gastrik.
So janji dengan ayah minggu ni pulak.

Comments