Monday, May 29, 2017

Ramadan 2017: Day 1-2

Assalamualaikum.

welcome ramadan!
tengok orang dok wish rata rata kat whatsap!, facebook..but being me, kadang2 malas.kihkihkih
biarlah semangat ramadan tu meresap di hati je.
sebenarnya annoying sebab dari sebelum puasa dah dok iklan gitu gini.
bulan yang sepatutnya kita bersederhana dan jangan membazir, tapi nan hado!
iklan bufet ramadan la, karpetla, telekungla, segala macam jenis iklan ada. 
otw balik dari meeting kat HQ, ada kedai siap pasang lagu raya. eei menyampah rasa.
baru 3 hari kot. 

ramadan tahun ni memang aku bertekad dah taknak membazir. berjimat cermat.
dari segi kewangan atau dari segi menu.
alhamdulillah, dah hari ke3 ni aku masih berjaya elakkan diri dari jengah bazar ramadan.
nasib baik kalau otw balik rumah, ada shortcut yang boleh elak bazar.
satunya sebab jalan akan jem. tempat sempit, manusia ramai. rimas jangan cakap.

baik aku cepat cepat balik rumah, masak 1 lauk.
yang lain ikut suka suamila nak beli apa, nak makan apa.
semoga aku istiqamahla..1 HARI, 1 LAUK.kihkihkih

malas nak combine gambar. so letakla sekeping sekeping ek.
silakan menjamu mata.


sahur hari pertama dan kedua.


ada nasi lebihan yang lunch hari jumaat. so untuk bersahur goreng yang ni je.
aku buat nasi goreng tomyam, dengan ayam goreng kunyit.
kebetulan stok sayur habis.
yang dalam gambar ni nasi lebih. ingat anak nak sahur sekali. tup tup dia tak makan.
bazir je. dahla sedap.pedas n rasa tomyam just nice je. kalau tahu taknak, baik aku habiskan.hehe
selain nasi aku makan jugak 5 keping biskut wheatmeal.




hari kedua sahur aku goreng daging je.
n adala kot baki lebihan ikan percik masa berbuka.
lauk panas n nasi panas memang layan untuk sahur.

menu berbuka.


ikan selar percik. aku suka makan percik tapi tak pernah buat.
so bawak balik ikan n suruhla mak buat.
tu untung dok dekat.hehe
then tapau  2 ekor je untuk berbuka. yang lebih bagi mak.
banyak ni pun makan 3 beranak tak habis.



suami tapau gulai siput sedut.
tak sedap. dahla aku tak pandai sedut. kena korek dengan garfu.
so gulai ni tak habis. membazir x1.
kan orang dah cakap kalau dah jumpa 1 kedai yang sedap, jangan beli dah kat kedai lain.
kita akan compare. mostly kita akan cakap tak sedap kedai lain.
itu aku. seorang yang cerewet.


 rangka ayam madu untuk si anak.
seketul kecik macam ni agaknya rm3 kot. nasib baik habis.




kuih akok jagung suami beli. onde onde mak buat.
aku tukang potong gula melaka je.
selalunya kuih memang tak habis sebab aku tak makan.
tapi tahun ni puasa anak ada sekali, lepas berbuka dia habiskan. bagus.
keywordnya jangan membazir.hehe

berbuka hari kedua.


aku masak lala. sekilo.
tak habis pun. boleh simpan n makan the next day.
macam biasa, kalau masak bulan puasa, bab seasoning aku memang terer dah.
tak payah nak acah acah try guna lidah. kang tak pasal pasal batal puasa.hehe




 suami tapau gulai kawah dari bazar.
first time aku makan gulai sedap.
selalunya kualiti makanan bazar ni, jarang sangatla jumpa yang sedap.
tak berusik pun masa berbuka gulai ni. so simpan untuk makan sahur pagi tadi.
sahur pagi tadi aku just masak nasi je. then panaskan gulai. add on sambal ikan bilis melaka.



kerabu kulat gelam. kakak ipar kot yang buat.
kulat gelam ni pahit. aku tak pandai makan.
sebab tu masa mak mentua offer kerabu ni, aku taknak.
tapi suami ambik jugak.
so aku makan mangga parut yang ada dalam tu je.
bersahur tadi aku buang je ada sikit bakinya.
kerabu basah bersantan tak boleh simpan lama. cepat basi.
so membazir x2.

ada kuih pulut sekaya jugak suami beli. dengan murtabak.
malas aku nak snap gambar. entah apa la dia fikir masa beli tu.
tengok rupa pun takde selera aku.
kesudahannya tak makan langsung. membazir x3.
pastu suami buat jus tembikai 1 jug besar.
minum 2 beranak tu je. pun sama tak habis. membazir tembikai.
kalau buat makan gitu je lagila elok. 
jus tembikai membazir lagi x4. ish ish ish.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...