Ramadan 2017: Day 17 (Nuzul Al-Quran)



assalamualaikum.

period bulan ni terawal 2 hari, so ahad lepas aku dah 'beraya' awal.hehe
kebetulan pulak hari isnin cuti nuzul alquran, mak buat majlis berbuka puasa n tahlil untuk arwah nenek.
sedang molek la sangat sebab konfem kena buat itu ini. mak dahla cerewet.
kurma isi 6 biji, tak cukup 10 biji pun dia bising.huhu

aku balik pun dah tengahari. sebab tunggu nak layan ulangan masterchef canada dulu.
dalam pukul 10, suami tengah membuta lagi, aku masuk dapur goreng nasi sikit.
kemas kemas sikit.
tengahari balik rumah mak singgah beli air asam boi dulu kat bazar ramadan.
bila balik rupanya kakak dengan kak ipar aku pun sama tak berpuasa.
dorang cakap mana cukup air sebungkus.huhu
kebetulan semalam cuaca panas sangat sangat.

dalam pukul 4 aku bagitau kakak nak keluar beli air.
sebabnya mak nak buat sirap bandung dengan teh o je untuk berbuka.
aku manalah suka sirap bandung.
alang alang keluar aku pergi bazar ramadan peringat terus.
aku beli roti john dengan kebab untuk mak.
pastu beli air coconut shake gelas besar rm5. tambah lagi air asamboi limau kasturi rm2.
then pergi pulak ke bukit marak. ada satu kedai jual air sedap.
aku beli lagi 2 bungkus. air laicikang dengan air sunquick tropicana. dia campur jelly n nata de coco.
air fairlady katanya. so total air 4.
bagi kakak sorang satu. lagi 2 aku yang punya.kahkahkah

malam tu aku tak makan nasi pun. kenyang sebab minum air banyak gilos.
nak pecah perut.
selalu kalau ada kenduri memang macam tu pun. ratah lauk. makan tembikai.
nasi bolayan je.
meh kita tengok lauk pauk apa yang hidang untuk kenduri semalam.


kerabu terung campur pucuk paku.
mak suka sangat buat kerabu untuk kenduri.
mentangla kerabu dia sedap.huhu
tapi semalam air tangan kakak ipar dan makcik.
tak kick sangat. 




kuih akok dan agar agar santan.
aku tapau akok je 3 biji buat bekal nak makan hari ni.
sedap sangat akok ni. lembut, besar dan wangi.
menyesal tak tapau lebih malam tadi.hehe



tembikai tu wajibla.
untuk cuci mulut katanya.



ayam goreng berempah cikgu ismira.
try resepi baru katanya. kemain lagi claim sedap campuran yang ni if compared yang dulu.
tapi masalahnya dia tu letak perasa taknak try.
aku lah yang jadi mangsanya.
naik loya tekak dok try perapan raw tu. sadis sungguh.
dahla bila aku cakap tak cukup garam n gula dia bolayan je. taknak terlebih masin.
aku tapau kepak 3 ketul goreng untuk bersahur pagi tadi.
selamat dah tak payah masak benda lain.hehehe



 untuk lauk daging pulak memang mak suka buat singgang atau sup je tiap kali kenduri.
gulai ni kureng sikit.
nak yang light light katanya.
pun air tangan cikgu ismira jugak. 




ikan bawal masak 3 rasa. pun air tangan cikgu ismira jugak.
sebab tu kalau kenduri, dia kena ada.
semua dia buat, aku goyang kaki je.kahkahkah
ada kuah lebih, aku tapau untuk makan masa bersahur jugak.
jangan membazir.
kesian suami nanti kalau bersahur takde kuah.
aku takpe kalau kuah, kicap pun jalan.

selain tu, ada jugak makcik buat kaki ayam percik.
ayag suka lauk ni. abang ipar pun nampak dok meratah kaki ayam percik je.
sampai aku terpaksa bagitau, bukan bini dia yang masak..kihkihkih
ingat bini dia je kot yang pandai masak. :P

lepas kenduri macam biasa, tugas azali aku sesi basuh membasuh.
kebetulan la pulak dekat sinki, air taknak keluar.
dah satu kerja pulak nak kena angkut pinggan mangkuk cuci dekat paip luar tepi dapur.

aku tukang cuci, cikgu ismira tukang bilas.
kakak ipar tukang angkut yang kotor dan bersih.
orang lain bagila can berbuka dan solat.
dalam 7.45 start basuh pukul 9 lebih baru siap.
macam nak patah pinggang aku.
baju dan seluar jangan cakapla semua basah. dengan nyamuk lagi. sadis sungguh.

tapi kalau tak basuh siap siap nak tunggu air ada kat sinki, nanti sapa pulak yang nak basuh.
kesian la pulak dekat mak sorang sorang.
lupa pulak nak snap gambar pinggan mangkuk gelas semua alatan yang dikeringkan kat dapur.
barulah nampak betapa banyaknya alatan yang guna tiap kali kenduri.huhu
lepas setel semua, tapau lauk n kuih sikit, lepas tu terus balik.

sekian cerita muis. byeeeeee :D


Comments