Wednesday, June 07, 2017

Ramadan 2017: Day 7/8


Assalamualaikum..


puasa hari ke7, lupa dah sahur makan apa. 
tahun ni banyak ulang lauk sahur je pun. 
then, untuk berbuka, muis decide nak goreng ikan kembung je. 
pastu buat sambal kicap.
lepas tu mek mentua bagi gulai ikan darat, ikan haruan kot.  



gulai kakak ipar memang sedap.
cukup rasa. yang penting pedas.
bakinya simpan untuk bersahur tapi lupa nak simpan dalam peti ais.
bangun paginya tengok kuah dah basi. 




ikan kembung goreng.
muis suka kalau kunyitnya letak banyak.
saja nak habiskan ikan dalam freezer.
kalau simpan lama lama tak sedap jugak.
cicah sambal kicap. makan macam ni pun alhamdulillah simple tapi kenyang pun.
suami pergi bazar beli paru goreng+terung dengan sambal pauh.
tapi dah nama lauk bazar, suami jelah makan. \
muis tengok pun tak selera.
paru muis makan kalau goreng garing je. kalau tak garing, memang tak suka.




tembikai wajib. untuk makan malam malam.
masa sahur pun muis makan jugak.

HARI KE8.

hari ni berbuka di gua musang.
ada kenduri makan 40 hari arwah pakcik.
muis pergi dengan mak ayah dan abang je.
suami tak ikut.
gerak dalam pukul 11 pagi, pukul 1 tengahari dah sampai sana.
dok rumah orang, sangap je nak menunggu masuk waktu berbuka.
lamaaaaa sangat rasanya.
nak menolong pun, orang merewang dah ramai.



sepesen dengan rumah mak kalau buat kenduri.
makan hidang. guna pinggan kaca.
takdela guna pinggan polisterin ni.
ayah paling pantang kalau orang ajak kenduri guna pinggan cawan polisterin.hehe

antara lauk berbuka macam lauk kenduri biasa jelah.
ayam masak merah.
gulai kambing campur buah ara.
kerutuk itik.
acar dengan timun.
kuih kuih dengan kurma pun ada.
air teo beng.

muis yang paling terliur, ayam masak merah tu jelah.
untuk mak, makcik hidang daging goreng, dengan daging singgang.

muis macam biasa berbuka tak menambah pun nasi.
orang first siap makan, terus pi solat.
tukar baju n lepak lepak je menunggu balik.
sampai rumah dah pukul 11.30 malam.
solat isyak terus tidur.

sekian. hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...