Thursday, June 15, 2017

Ramadan 2017: Day 9/10/11



Assalamualaikum.

dah masuk ramadan 20 baru nak update yang 10 hari lepas.kihkihkih
i is busy hokey.
malam malam tak sempat 10.30 dah terlelap depan tv.
nak menaip pun tak sempat.
alang alang dah ada gambar, kita tepek sini jelah.
bagi meriah sikit blog muis ni.



berbuka hari ke 9, aku panaskan balik je gulai kambing yang makcik tapaukan masa kenduri arwah tu. kan konsepnya jangan membazir.




lepas tu aku nak habiskan ikan dalam peti ais.
goreng ikan selayang ni garing garing je.
lauk lauk lain lupa dah. 




ayam goreng ni rasanya lauk sahur the next day.




berbuka hari ke10, beli lauk kerutuk daging.
kerutuk ni lebih kurang kuzi la kot. macam gulai tapi lebih pekat.
kerutuk ni kalau famili aku, lauk legendla. dari kecik berbuka atau sahur kerap sangat makan lauk ni.
yang ni beli dari mak kawan. banyak ni rm10.
tapi okla makan berdua.
siap ada bakinya untuk buat bersahur.




kerabu mangga. first time beli kat kedai ni. ownernya memang orang siam.
sedap walaupun cara dia prepare lain dari yang selalu aku beli masa pesta makanan thai.
if somtam dia tumbuk bawang putih dulu, untuk kerabu tak buat macam tu.
dia just gaul je semua.
portion banyak ni rm3 je.




berbuka hari ke 11, aku masak tomyam.
misi 1 lauk 1 hari still on.




buat daging goreng kunyit.
nak habiskan baki daging dalam peti ais.




pesan kat suami belikan popiah biasa, dia beli yang macam ni pulak.
aku makan 2 ketul je. yang lain buang.
popia sira ni dia manis.
aku suka yang biasa je.
4 ketul ni rm2 kot. tapi dalamnya ada tauge je aku nampak.  standard bazar la kan.
dah lama pulak tak buat popiah sendiri.
baru syok boleh letak isi macam macam.

ok, tu untuk kali ni.
hari ke12 berbuka kat luar. nanti muis update lain ye. :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...