Friday, July 28, 2017

Muis membebel again

Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog thru henfon.
Kalau nak guna pc pulak malas betul nak transfer gambar.
Gambar makanan je pun yang banyak.hehe
Dulu update masa pakai tab aku download bloggeroid. Senang.
Pastu tukar pakai iphone. Lepas tu tukar pakai samsung mega.
Tapi aku tersilap download blogger instead of bloggeroid.
Nak baca blog sendiri je boleh.
Tapi kalau nak update tak boleh nak masuk gambar pulak. Stress hakak.
Tapi aku biar je malas nak layan.
Tapi 2 3 hari lepas tetiba aku teringat kat bloggeroid.
Cari kat playstore jumpa. Haaa yang nilah yang ku guna dulu masa pakai tab.
Senang kalau hari cuti nak update apa apa.
So setel satu masalah aku.

Minggu ni cuti jumaat je. Esok kerja. Ada meeting dan discussion bulanan.
Dah 3x sabtu bekerja.huhu
Tak dapek den layan marathon ulangan masterchef australia.
2x meeting, n last week ada open house rumah bos.
Rasa macam x cukup rehat. Pergi kerja pun lemau je.
Setakat sehari cuti mana la sempat nak rehat betul2.
Nak kemas rumah kemas dapur basuh baju kotor semua.

Nak ditambah lagi minggu ni kaki aku sakit.
Pagi semalam masa bangun pagi rasa sakit bahagian lutut n betis bila berjalan.
Sampai tadika macam susah nak bengkokkan kaki naik tangga.
Tapi dok sebuk di ofis seharian tak rasa apa sangat.
Tapi bila balik kerja senalam rasa makin sakit. Bila aku tekan2 bahagian bawah lutut memang rasa sakit kalau nak banding dengan belah kanan.
Pastu nampak macam bengkak sikit.
Pastu baru teringat rupanya malam semalam aku terlanggar bucu katil.
Kuatla jugak. Baru terasa kesan dia.
So sebelum tidur malam tadi suruh mentua urutkan.
Dia cakap urat dah bengkak.
Hari ni bangun pagi makin sakit pulak rasanya. Huhu
Dahla esok kena drive kete manual.
Kalau guna auto xpelah sebab kaki kanan ok.

Kaki sakit pun aku buat jugak kerja rumah.
Kemas ruang tamu kemas dapur. Basuh baju 1 round n jemur. Tapi tak boleh nak lincah sangat macam biasalah.
Ni dah petang bolehla rehat je sampai malam.
Baju anak n suami dia janji nak basuh malam nanti.
Bagus. Kurang stress hakak. 😂



Lunch today.
Suami beli gulai siput dengan telur ikan.
Aku just goreng ayam je.
Suruh dia belikan ulam jugak.
Boring asik makan nasi dengan lauk je.
Malam ni plan nak balik tidur rumah mak.
Pastu nak ajak ayah keluar makan charkuetiow.
Bab makan hilangla sakit kaki aku.kihkihkih

Ok. Tu je nak cerita. Saya nak layan korea jap. Xoxo...

posted from Bloggeroid

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...