Posts

Showing posts from January, 2018

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB

Assalamualaikum. Rasa macam baru je cabut gigi tahun lepas. Geraham atas. Belah kiri. Sebulan ni tiba tiba aku perasan geraham bawah pulak serpih n berlubang kat tepi. Makin lama makin sakit. If makan memang makanan terlekat kat situ. Bila dah start berdenyut sampai tak boleh nak tidur, nak tunggu apa lagi kan? So aku decide untuk cabut jelah. 2x pengalaman cabut gigi sebelum ni memang cabut kat klinik swasta je pun. Kalau kat area rumah..ada satu je klinik gigi. Klinik Arifin. N terkenal sebab tak sakit bila cabut n harga lebih murah if compare dengan klinik lain. So bila kali ke3 perlu untuk cabut gigi, memang plannya nak ke situlah untuk cabut. Tapi bila bagitau suami..katanya membazir. Cabut je kat klinik kerajaan. Sama je tak sakit.Kata dia lah. Hmmmmm....agak ragu ragu aku di situ. Aku ni kalau treatment yang besar n serius..okla if nak ke hospital kerajaan. Hospital kota bharu atau HUSM. Tu jelah pun yang mampu. Lagipun suami kerja gomen. Boleh guna GL dia.

Maggi & Laksa

Image
Assalamualaikum. Sape suka makan megi? Sure ramai suka kan? Aku pun suka jugak. Tapi semua orang pun tahu megi ni dah masuk kategori makanan tak sihat. Dulu masa tengah buat treatment orang selalu suruh aku stop makan megi. Minum air karbonat. Tapi aku makan jugak. Minum jugak.kihkihkih Tapi honestly aku takdelah makan megi kerap sangat. Seminggu sekali atau 2 minggu sekali. Air karbonat pun sama. Seminggu sekali je. Tu pun yang botol kecik je. Hari bekerja memang jarang atau langsung tak beli. Selalunya hari cuti weekend je aku beli. Tapi megi ni selalu terasa nak makan bila dah boring makan nasi. Macam aku pulak kalau makan megi nak kena ada sayur lauk pauk mcm udang ayam atau sotong. Kalau takde stok lauk memang aku malas makan megi. Ada orang makan megi bodoh celup air panas pun takpe. Aku tak suka. Memilih. Alang2 makan megi pun harusla masak best best. Baru puas hati 😆😆😆 Alkisahnya nak cerita pasal malam tadi makan megi. Semalam hari selasa ada je pasar

DAMIA CAFE 2

Image
Assalamualaikum. DISCLAIMER: ENTRI RAMADAN 2017. ADA DALAM DRAFT ;P untuk ifthor hari ke 12, muis dengan kawan kawan decide nak pi makan kat Damia Cafe 2. nak makan ala ala bakar n steambot la pulak. boring jugak makan nasi tiap hari kan. dari 11 orang yang kengkonon nak join, last last berlima je yang tinggal. tapi ada apa hal..yang penting plan jalan. dahla petang tu hujan renyai angin sepoi sepoi bahasa, so lagi syok kalau dapat makan cenggini.huhu dari kiri: tuan belog, kak is double chin, cik annur tokey popiah cheezy, cik hidayu mek kepoh, cik ieqal yang lemah lebut tapi makan banyak..tiada dalam gambar cik amylia.. masing2 muka kebulur je walau ada yang tak puasa.kihkihkih ok, jom tengok lauk nak makan dengan nasi putih.    daging masak merah daging black pepper ayam masak halia. selain tu ada jugak sup kambing. tang nasi je muis tak puas hati. nasi aku yang kawan ambikkan dahla sejuk, keras n ada macam kerak nasi gitu. lepas dah sia

Di kampung.

Image
Assalamualaikum. Hari ni alhamdulillah dapat rehat2 kat rumah je. Minggu ni sabtu tak bekerja. Takde meeting. Takde program. Etc. Next weekla kot maybe sabtu bekerja. Almaklum dah nak masuk hujan bulan. Minggu terakhir nak kena ready dengan report bulanan student. Bila fikir je..terus rasa stress. 😅 Dlu stress nak kena prepare report progress student.. Sekarang ni stress nak kena check report pulak 😧 Bertabahla muis! Hari ni macam biasa melepak rumah mak je. Balik malam tadi. Dari selepas subuh tadi, hujan la pulak. Tak lebat pun tapi still fikir 2x nak basuh baju. Lepas subuh tadi memang dah tak tidur pun. Mak ayah balik masjid dalam 7.20 pagi. Lepak lepak je. Bukak laptop. Main hf. Untuk breakfast tadi mulanya nak beli nasi kerabu..tapi kedainya tak meniaga sebab takde bekalan air. So cari kedai lain. Kalau kat kampung selalunya dalam pukul 9 dah nak habis makanan. Almaklumla kedai tak banyak. So masa pergi kedai lagi satu, yang ada cuma nasi dagang n nasi l
Image
Assalamualaikum. Good morning 🌞🌞🌞 Lately macam dah tak berapa sejuk kan? Agaknya cuaca dah back to normal balik. Tapi hari ni cuaca mendung je. Lepas subuh tadi hujan sikit. Thats good. Walaupun baju banyak nak kena basuh.hihi Tapi hari ni hari bermalasan sedunia. Last week kemas bilik. This week patut kemas dapur. Tapi tengokla cane. Kalau rajin 😆 Mata ni macam mengantuk. Tapi orang cakap tak elok tidur lepas subuh.. Nak mengaji pun malas. Kesudahannya main hf. Main benda lagha. But I need this. Aku kena menulis. Kena membebel. Bila aku menulis aku rasa macam tengah bercakap dengan someone. Rasa macam ada yang mendengar. Hilang sunyi tu. Hopefully. Last few days aku start batuk batuk. Tak demam. Tak selsema. Cuma tekak je rasa tak selesa. Badan lemah sikit. Terus g farmasi beli ubat batuk. Cukup 2x minum rasa lega sikit. Aku memang macam ni pun. Rasa tak sihat sikit je terus ambil ubat. Jangan dibiarkan sampai teruk baru nak cari ubat. Aku tak suka sakit

I'm Not Happy

Image
Assalamualaikum... Seminggu dua ni tak tahula kenapa dengan aku ni. Mood memang tak berapa ok. Nak kata kelaut tak jugak. Nak kata ke awan jauh lagi. Pendek kata serba tak kena. Hati pun rasa tak berapa gembira. Takde apa sangat yang boleh ceriakan aku lately. Dahla aku ni insomnia. Nak tidur susah. Terjaga senang. Sekali terjaga..otak terus proses semua benda. Pendek kata memang sampai kesudah tak boleh sambung tidur. Memang aku ada masalah. Tapi rasanya terlalu peribadi untuk aku cerita kat sini. Kalau dulu aku pendam sendiri. Tapi lately aku start berkongsi dengan orang lain. Orang yang aku boleh percaya. Orang yang selalu ada untuk aku. Kasihankan aku. Cuba selesaikan masalah aku. Yang boleh lihat aku menangis tanpa aku rasa malu. Tapi masalah aku ni..walaupun berat insha Allah masih mampu aku tanggung. "Allah takkan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung..." Aku percaya itu. Mungkin dalaman aku terganggu. Lately aku kera

Planner 2018

Image
Assalamualaikum.. bulan 12 hari tu rezeki dapat planner 2018 free from my colleague, Cikji. katanya beli online.  cover depannya simple je tapi very kalerful. sayang nak conteng sebab cute sangat sangat. boleh  baca tak 2018 punya goals? semoga impian no 1 tu tercapai. in sha Allah. yang lain lain tu memang sepanjang tahun sentiasa cuba untuk improve pun. daily planner yang sangat details. selalunya aku akan conteng tarikh period, tarikh birthday, tarikh ganti puasa, tarikh appointment hospital, annual leave, mc etc.. yang simple simple jelah. yang ni first time jumpa dalam sejarah planner yang pernah aku ada. penting bagi aku. sebabnya end of month boleh tengok mood sendiri secara keseluruhan. if manjang happy tu..baguslah kan? tapi kalau manjangnya badmood? haa..yang tu mesti ada something wrong somewhere.kihkihkih separation page each month. motivation words yang sangat sangat menarik. very inspirational. ada quotes from well

Sejuk.

Image
Assalamualaikum. Lately kat kelantan cuaca sejuk je bila malam. Siang memang panas tapi hujan turun jugak sikit sikit bila malam. Malam tadi pun hujan jugak kot. Tersedar sebab elektrik takde. Pagi ni bila g kerja kabus kemain lagi tebal. Aku suka je cuaca sejuk tapi tak suka bersejuk. Aku lebih suka bersweater. Malam malam tidur memang pakai sweater. Selimut sampai 2 3 lapis. Otw nak pergi kerja memang pakai sweater. Kat ofis pun sama. If awal pagi memang bersweater je. Tengah hari sikit baru bukak. Tengok keadaan. Dahla meja aku betul betul bawah aircond. Disebabkan dah terbiasa bersweater..kalau tak pakai aku rasa tak selesa. Rasa badan ni macam terdedah. Takde perlindungan. Tapi 2 3 hari ni aku perasan badan macam tak berapa ok. Nak kata demam tak jugak. Cuma aku rasa badan tak fit macam selalu. Emosi pun tak menentu jugak. Kejap ok. Kejap tak ok. So so jelah. Biasalah kerja tadika kalau awal tahun ni. Dengan karenah budak. Dengan busy kerja nak siapkan itu

Welcome 2018

Assalamualaikum... Hari ke3 di tahun baru..2018 Dan juga hari ke3 persekolahan. Setakat hari ni bilangan student mencecah 170 orang. Maksimum student 176 orang utk 12 kelas. Masih ada 1 kekosongan utk 5 tahun dan 5 kekosongan untuk 6 tahun. Alhamdulillah walaupun ada tadika pesaing di sekeliling..still tadika aulad pintar tetap kukuh dalam kelas tersendiri. Harapnya bertahan selama mana yang mungkin. In sha Allah. Tahun 2018 ni masuk tahun ke 7 aku bekerja di aulad pintar. Sempat 4 tahun jadi guru dan dah 3 tahun jadi pembantu guru besar. Alhamdulillah. Walaupun kadang kadang boring dengan kerja ofis..tapi aku suka bila sibuk. Bila masuk tahun baru konfem sibuk. Dengan urusan ofis, student, guru, pembantu. Rasa macam diri ni penting je 😆 Semua benda nak kena urus, kena settle. Kadang2 rasa diri ni nak kerat 2 je. Biar boleh duduk lain lain tempat pada satu masa. Brekafast sekarang memang skip terus. Tak sempat nak fikir nak makan apa nak beli kat mana. Kalau s