Cabut Gigi di Klinik Gigi KB


Assalamualaikum.

Rasa macam baru je cabut gigi tahun lepas. Geraham atas. Belah kiri.
Sebulan ni tiba tiba aku perasan geraham bawah pulak serpih n berlubang kat tepi.
Makin lama makin sakit. If makan memang makanan terlekat kat situ.
Bila dah start berdenyut sampai tak boleh nak tidur, nak tunggu apa lagi kan?
So aku decide untuk cabut jelah.

2x pengalaman cabut gigi sebelum ni memang cabut kat klinik swasta je pun.
Kalau kat area rumah..ada satu je klinik gigi. Klinik Arifin.
N terkenal sebab tak sakit bila cabut n harga lebih murah if compare dengan klinik lain.
So bila kali ke3 perlu untuk cabut gigi, memang plannya nak ke situlah untuk cabut.
Tapi bila bagitau suami..katanya membazir.
Cabut je kat klinik kerajaan. Sama je tak sakit.Kata dia lah.

Hmmmmm....agak ragu ragu aku di situ.
Aku ni kalau treatment yang besar n serius..okla if nak ke hospital kerajaan.
Hospital kota bharu atau HUSM.
Tu jelah pun yang mampu.
Lagipun suami kerja gomen. Boleh guna GL dia. Jimat.

Tapi kalau melibatkan demam, tonsil, selsema n sakit gigi memang aku ke klinik swasta je.
Sebabnya dah pernah 2x aku ada bad experience dengan klinik kesihatan kerajaan ni.

First time masa aku form 3. Demam kot.
Duit takde. Biasiswa takde. Huhu
So mohle kita ke klinik kerajaaan.
Masa tu aku memang jenis independent.
So naik bas sendiri ke klinik.
Kita takde pengalaman kan? So manalah tahu cara nak daftar ke hapa.
Maklumla budak lagi kan?
Disebabkan aku tak attach ic dengan no giliran..kena marah kat kerani kaunter pendaftaran.
Dia kata aku tak faham ke kena attach? Dua tiga kali dia dok ulang perkataan attach.
Almaklumla masa tu kita ni bodoh.
Terlupa pulak maksud attach. Maybe tak jumpa lagi dalam dictionary kot masa tu 😛

Kot ye pun bagitaula elok elok.
Terus fobia aku nak ke klinik kerajaan.
Then pengalaman ke dua aku maybe tahun 2016 kot.
Masa tu aku bengkak tonsil. Tapi tak demam.
Entah kenapa aku pergi klinik kerajaan masa tu.
Maybe takde bajet nak ke swasta kot. Sejujurnya..tengah sengkek. 😂😂😂

Tapi aku cuma nak antibiotik dan mc je pun.
If ke swasta segala mak nenek ubat dia bagi aku.
Belum masuk caj consultation lagi.

Tapi bila kat situ, aku pun tak tahu apa masalah doktor tu.
Aku bagitau aku tak demam cuma tonsil je bengkak.
So aku nak antibiotik.
Tapi bila aku cerita aku ada sepapan lagi antibiotik yang aku tak habiskan masa kena tonsil 4 5 bulan sebelum tu, dia taknak bagi antibiotik lain.
Nak suruh aku makan yang tu je.
Masalahnya antibiotik tu dari klinik swasta. N antibitotik tu untuk sakit yang dulu..valid lagi aku makan untuk kes terbaru?

Yes...memang salah aku tak habiskan antibiotik lama.
Tapi tu cerita lain ye.

Dahla doktor tu keep saying awak tak demam ni..tak demam.
Seolah olah nak kata yang aku ni menipu sakit tonsil
Menipu nak ubat.
Memangla simptom tonsik selalu dengan high fever. Masalahnya bukan selalu. Masa kecik tu dulu memangla.
If bengkak tonsil aku demam sampai seminggu siap menggigil gigil.lagi badan. Tapi tu dulu.
Berapa kali aku nak kena explain.
Aku ni dh otai sangat dengan tonsil.
Kadang tak demam pun just tonsil je bengkak.
Sekarang ni aku cuma demam kalau tonsil tu terlalu teruk sampai bernanah..barulah demam.
Tu pun dalam setahun maybe aku kena dalam 2 3 kali je.
Dah tak kronik macam dulu.

Yang aku tak faham tu kenapa doktor tu refused nak bagi antibiotik?
Kenapa nak kena makan yg stok 4 5 bulan lepas?
Entahla dia yang doktor.
Bercakap dengan aku macamla aku ni bodoh.
Mentangla kita ni g klinik kerajaan.
Dahla muka pun bajet je. Tak mesra.
Kata doktor nak membantu pesakit.
Tanpa mengira darjat pangkat dan harta. Tapi kenapa kerek sangat???????
Tahula hensem.
Bukan aku tersengih2 nak menggatal pun. Aku senyum pun tak kat dia.
Buat muka poker face aku jelah. Entahla. Tak faham aku.

Tapi kesimpulannya...selagi boleh elak aku elakkan jelah klinik kerajaan ni. Senang cerita.

Sama jugak macam hari ni.
Pengalaman cabut gigi hari ni.
Doktor cucuk ubat sampai berdarah darah.
5 6 kali aku berkumur still berdarah.
Last aku cabut gigi kat klinik arifin memang sikit pun tak rasa sakit masa dia cucuk ubat.
Aku tak perlu berkumur pun.
Lepas dia cucuk ubat..aku lepak je kat kerusi tu.
Tapi hari ni rasa sakit sangat n boleh rasa doktor tu tekan kuat jarum tu.
Bila tanya kawan, dia cakap dia ritu cucuk ubat tak sakit pun n tak payah berkumur pun sbb tak berdarah.
Dahtu kenapa kali ni aku sampai berdarah?
Sakit sampai aku mengaduh. Memang beza sangat dengan last experience.

Bila sampai masa nak cabut, masa doktor start nak goyang gigi terus rasa sakit.
Aku angkat tangan. Rasa berdenyut sikit.
Doktor offer nak tambah ubat.
No no no...memang tak la.
2 x dia cuba cabut aku stopkan dia.
2x dia offer nak cucuk ubat tapi aku taknak.
So aku try selawat dalam hati n biar je dia cabut.
Memang terasa sangat bila dia start pusing pusingkan gigi tu
Terasa macam ketat je. Tak reti nak describe.
Doktor pun ada cakap akan rasa macam tu. Tapi masa cabut last ritu takde pulak rasa macam tu.
Maybe sebab bius tak kuat.

Memang beza sangat dengan last experience aku cabut gigi tahun lepas.
Instead of penggunaan ubat bius pun aku rasa ada beza.
Swasta maybe guna lebih banyak sebab aku rasa mulut macam lebih bengkak lebih kebas.
Hari ni rasa bibir bengkak gitu gitu je.
Kalau doktor dah bagi dos lebih watpe dia nak offer another shot kan?

Tapi itulah perbezaan berbayar dengan free. 😅😅😅
Ko jangan nak komplen lebih lebih ek muis.
Sedar diri tu sikit.kahkahkah

Suasana pun beza sangat klinik kerajaan dengan swasta.
Lebih scary kot 😅
Bila masuk je berderet sampai 3 kerusi
Doktor dah berdiri standby kat kerusi masing masing.
Doktor pun macam rushing sebab patient bergilir keluar masuk.
Dah macam dalam kilang pulak suasana dia.
Nampak cerah n putih.kihkihkih

Kesimpulannya...nilah kali pertama dan terakhir aku cabut gigi di klinik kerajaan. Hopefully.
Tapi doktornya baik. Layan je aku bagitau itu ini.
Dia siap cakap..if nak cabut yang lain datanglah lagi ye.
Aku cuma mampu tersenyum dan cakap tq. Kihkihkih

Lepas tu..ambil hf wasap suami membebel kat dia.
Suruh sgt cabut kat sini. So semua salah dia 😆😆😆
Dahla masa daftar tu dekat 20 minit aku kena menunggu.
Padahal orang tak ramai pun.
Rupanya masa suami letak ic nak daftar, dia cakap kat nurse dah pernah datang.
Dia je pernah datang, aku mana pernah.huhu
Nurse cari kad tak jumpa. Bila aku pergi tanya barulah nurse tahu aku ni first time datang.
Kat celah mananya ada kad.

Tapi apapun aku rasa aku jadi macam ni pun sebab mentaliti.
Aku dah set dalam kepala if cabut klinik swasta tak sakit.
If cabut klinik kerajaan sakit.
So memang tulah yang aku dapat. 😂😂😂
Padan muka.

Tapi kali ke3 cabut gigi ni aku mintak bawak balik gigi.
Nak buat kajian sedikit kenapa gigi yang ni tetiba serpih kat tepi.
Rasa nak share gambar kat sini..tapi takut jijik la pulak.😨😨😨
posted from Bloggeroid

Comments

  1. hehehe...
    klinik gov skrg kalau yg muda2 dah okay :)

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D