Di kampung.

Assalamualaikum.

Hari ni alhamdulillah dapat rehat2 kat rumah je.
Minggu ni sabtu tak bekerja.
Takde meeting. Takde program. Etc.
Next weekla kot maybe sabtu bekerja. Almaklum dah nak masuk hujan bulan.
Minggu terakhir nak kena ready dengan report bulanan student. Bila fikir je..terus rasa stress. 😅
Dlu stress nak kena prepare report progress student..
Sekarang ni stress nak kena check report pulak 😧

Bertabahla muis!

Hari ni macam biasa melepak rumah mak je.
Balik malam tadi.
Dari selepas subuh tadi, hujan la pulak.
Tak lebat pun tapi still fikir 2x nak basuh baju.
Lepas subuh tadi memang dah tak tidur pun.
Mak ayah balik masjid dalam 7.20 pagi.
Lepak lepak je. Bukak laptop. Main hf.

Untuk breakfast tadi mulanya nak beli nasi kerabu..tapi kedainya tak meniaga sebab takde bekalan air.
So cari kedai lain.
Kalau kat kampung selalunya dalam pukul 9 dah nak habis makanan.
Almaklumla kedai tak banyak.
So masa pergi kedai lagi satu, yang ada cuma nasi dagang n nasi lemak je.
Yang lain licin.
Aku beli nasi dagang je. Dah lama tak makan.
tadi lupa nak ambik gambar.
Nasi dagang ni bukanla faveret tapi sekali sekala bolehla kot


Masih hujan lagi.
Mak ayah both dah terlelap.
Aku pun tengah plan2 nak melelapkan mata jugak.
Dok kat kampung ni best. Aku suka dok kampung.
Aku tak suka bandar.
Lagipun aku tak biasa dok bandar.
Aku jenis homesick. Masa belajar pun tak berenggang dengan rumah.
Masa skolah menengah duduk asrama. Boleh balik rumah 2 minggu sekali.
Tapi setiap minggu outing if xde program aku lari ikut pagar belakang.
Naik bas tepi jalan terus balik rumah.
Pukul 9 pagi dah ada kat rumah. Petang pukul 5 baru aku balik asrama.

Masa diploma macam tu jugak.
Setiap minggu wajib aku balik. Lagipun aku masuk uitm kelantan je. Kat machang.
Sambung degree jauh sikit. Uitm dungun terengganu.
Still setiap bulan aku balik.
Aku tak boleh kalau tak balik. Asyik teringat rumah.
Kalau sekali sekala masa cuti sem aku ke kl rumah adik beradik, sedih kalau lama sangat. Aku tak biasa.
Dulu sampai pakwe marah kenapa aku dok sedih dok menangis kalau datang KL. .
dia ingat aku tak hepi nak jumpa dia.
Padahal aku tak serasi duduk bandar. Rasa tak selamat. 😂

Aku pernah dapat job offer kat utm skudai johor.
Tapi aku tolak. Salah satu sebabnya jauh sangat dari rumah.
Bila jauh aku terus fikir the worst scenario yang boleh jadi kat aku.

Apapun..apa berlaku semua ada hikmah.
Dari 11 orang anak..cuma aku dan abang je yang stay dekat dengan mak ayah.
Sekarang ni aku takde anak. Suami jenis tak kongkong. Tak kisah. So mudah untuk aku selalu balik rumah mak ayah.
Suami pun macam tu jugak.
Dulu dia kerja Putrajaya.
Tahun 2009 mintak balik kelantan.
Dia pun cakap taknak kerja luar kelantan dah.
Ritu ada uru ara nak kena transfer ke Terengganu.
Risau dah aku seposen. Nasib baik tak jadi.

posted from Bloggeroid

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM