I'm Not Happy

Assalamualaikum...

Seminggu dua ni tak tahula kenapa dengan aku ni.
Mood memang tak berapa ok.
Nak kata kelaut tak jugak.
Nak kata ke awan jauh lagi.
Pendek kata serba tak kena.

Hati pun rasa tak berapa gembira.

Takde apa sangat yang boleh ceriakan aku lately.
Dahla aku ni insomnia.
Nak tidur susah. Terjaga senang.
Sekali terjaga..otak terus proses semua benda.
Pendek kata memang sampai kesudah tak boleh sambung tidur.
Memang aku ada masalah.
Tapi rasanya terlalu peribadi untuk aku cerita kat sini.
Kalau dulu aku pendam sendiri.
Tapi lately aku start berkongsi dengan orang lain.
Orang yang aku boleh percaya.
Orang yang selalu ada untuk aku.
Kasihankan aku.
Cuba selesaikan masalah aku.
Yang boleh lihat aku menangis tanpa aku rasa malu.

Tapi masalah aku ni..walaupun berat insha Allah masih mampu aku tanggung.
"Allah takkan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung..."
Aku percaya itu.

Mungkin dalaman aku terganggu.
Lately aku kerap mimpi pelik.
Minggu lepas aku mimpi seseorang bagi aku bayi.

Walaupun aku ni dah 7 tahun kahwin masih belum ada anak,
dan walaupun aku menang nak sangat sangat ada anak..
Tapi tak pernah aku mimpi tentang bayi.
Tak pernah langsung.
Cuma dulu pernah sekali mimpi mengandung dan gugur.
Tu jelah.

Aku pernah terbaca..kalau bermimpi bayi, maknanya ada benda yang mengganggu.
Nauzubillah...
Mintak jauh dari aku Ya Allah..

Aku pun dah tak berapa ingat details mimpi ni.
Yang nyatanya dalam mimpi tu ada lelaki yang aku tak nampak muka dia.
Dia serahkan bayi ke tangan aku dan aku terus tersedar.
Masa tu dah nak hampir masuk waktu subuh.
Tapi disebabkan minggu lepas aku terlalu sibuk dan letih dengan kerja, jadi lupa dengan mimpi tu.

Tiba tiba je hari ni teringat balik.

Kebetulan minggu ni period. So tak boleh solat. Tak boleh mengaji.
Kalau seminggu period, aku selalu rasa diri aku ni macam tak ada pendinding.
Rasa terdedah. Aku rasa tak selamat.
Tak tahulah kenapa. Tapi aku selalu berperasaan macam tu.
Mungkin aku terlalu paranoid. Terlalu emosi. Terlalu turutkan hati.


"O Allah..help me to remember that nothing is going to happen to me today that You and I together can't handle...Aamiin"



posted from Bloggeroid

Comments