DAMIA CAFE 2



Assalamualaikum.

DISCLAIMER: ENTRI RAMADAN 2017. ADA DALAM DRAFT ;P

untuk ifthor hari ke 12, muis dengan kawan kawan decide nak pi makan kat Damia Cafe 2.
nak makan ala ala bakar n steambot la pulak.
boring jugak makan nasi tiap hari kan.
dari 11 orang yang kengkonon nak join, last last berlima je yang tinggal.
tapi ada apa hal..yang penting plan jalan.
dahla petang tu hujan renyai angin sepoi sepoi bahasa, so lagi syok kalau dapat makan cenggini.huhu



dari kiri: tuan belog, kak is double chin, cik annur tokey popiah cheezy, cik hidayu mek kepoh, cik ieqal yang lemah lebut tapi makan banyak..tiada dalam gambar cik amylia..

masing2 muka kebulur je walau ada yang tak puasa.kihkihkih

ok, jom tengok lauk nak makan dengan nasi putih. 

  daging masak merah



daging black pepper



ayam masak halia.
selain tu ada jugak sup kambing.
tang nasi je muis tak puas hati.
nasi aku yang kawan ambikkan dahla sejuk, keras n ada macam kerak nasi gitu.
lepas dah siap berbuka baru datang nasi baru yang panas panas.
nasib baik sikittt je muis ambil nasi.




untuk bakar bakar, variety daging n ayam.
benda sama je pun. dia just isi dalam bekas lain lain je.



line ni pulak seafood.





untuk rebus dalam sup atau tomyam.
yang segera kat atas tu memang kitorang tak ambik.
bawah ni pun ambik sayur je.
mihun, mee, megi semua tak layan.



untuk dessert ada abc, buat sendiri.
dengan aiskrim.




ada somtam. pun sama kena proses sendiri.



kambing panggang.
muis tak minat pun benda alah ni.
bolehla layan seketul dua.




tak ambik banyak pun. just cukup cukup makan berlima.
udang n daging untuk bakar dalam 2,3 pinggan kot. 




btw, pot tomyam tu terbalik sikit so kuah tumpah dekat tempat bakar.
tapi takde sape berani sound kak is. kahkahkah.




pi ambik kambing golek sikit.
entah apa apa dia bagi kat aku.
bukan daging pun. entah urat ke kulit ke perut ke hapa.

somtam tu aku bikin sendiri.
sebiji je letak cili pedas nak mamp.
makan sikit je.



dah kenapa abc aku ni nampak sendu sangat.
kemain banyak letak sirap dengan susu, sikit pun tak manis.
kedekut gula sangat.

lepak situ tak lama pun. pukul 8 dah gerak balik.

kesimpulannya:

1. buffet puasa lagi mahal dari hari biasa. padahal tak berbaloi pun.
2. sotong udang ketam tak refil pun.kesian tengok mana yang baru sampai.
3. start pukul 8, staff dah alihkan tray seafood dengan ayam daging tu semua. katanya nak ruang letak colek. dahtu yang mana nak sambung makan lagi lepas maghrib nak makan apa?
4. lauk semua bersaiz s/m je. nak ketam saiz l? jangan harapla. makan jelah kulit ketam tu.huhu
5. COLEK POPIAH BERULAT. Yuckkkks.patutla aku nampak macam dah hancur popiah tu dia kerjakan. kalau goreng n baru potong takdela hancur macam tu sangat.
6. surau n tempat ambil wudhu tak proper. selipar jepun dah putus dia park situ. beli baru kat kedai ECO baru rm2 je kot.

overall, boleh bagi 2/5 je. bye bye damia cafe 2.
lenkali kami tak datang lagi.



Comments

  1. damia cafe 2 ni kat mane eyh kak muis?
    hp mek tahu di jalan salor, kg kota.

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D