Sejuk.

Assalamualaikum.

Lately kat kelantan cuaca sejuk je bila malam.
Siang memang panas tapi hujan turun jugak sikit sikit bila malam.
Malam tadi pun hujan jugak kot. Tersedar sebab elektrik takde.
Pagi ni bila g kerja kabus kemain lagi tebal.
Aku suka je cuaca sejuk tapi tak suka bersejuk.
Aku lebih suka bersweater.
Malam malam tidur memang pakai sweater.
Selimut sampai 2 3 lapis.
Otw nak pergi kerja memang pakai sweater.
Kat ofis pun sama. If awal pagi memang bersweater je.
Tengah hari sikit baru bukak. Tengok keadaan.
Dahla meja aku betul betul bawah aircond.
Disebabkan dah terbiasa bersweater..kalau tak pakai aku rasa tak selesa.
Rasa badan ni macam terdedah. Takde perlindungan.

Tapi 2 3 hari ni aku perasan badan macam tak berapa ok.
Nak kata demam tak jugak.
Cuma aku rasa badan tak fit macam selalu.
Emosi pun tak menentu jugak.
Kejap ok. Kejap tak ok. So so jelah.
Biasalah kerja tadika kalau awal tahun ni.
Dengan karenah budak. Dengan busy kerja nak siapkan itu ini.
Gaji bulan ni in sha Allah berkat la sikit kot. Kahkahkah.

Btw sebenarnya tetiba update entri ni sebab nak cite benda yang terjadi kejap tadi.
First time la kot terjadi kat diri aku ni.
Hari ni suami cakap jalan jem so dekat nak maghrib baru sampai rumah.
Lepas bukak baju aku tak terus mandi. Lepak jap berwasap.
Mood pulak tengah tak ok. Kepala pun sakit.

Pastu dalam 7.30 baru masuk bilik air.
Halfday mandi tetiba air takde. Konfem mak mentua matikan suis enjin.
So keluar balik bagitau dia suruh on kan suis.
Bila masuk balik bilik air..baru bersabun.
Baru je bilas badan dengan air. Memang sabun x bersih pun lagi.
Tetiba terasa sejuk sangat sangat sangat yang memang tak pernah aku alami.
Rasanya mandi masa hujan pun tak macam ni.
Dia punya menggigil terasa macam aku nak rebah kat situ.
Memang dah tak mampu nak bersihkan betul2 sabun.
Terus capai tuala. Terduduk aku kat lantai bilik.
Sejuknya menggigil sampai terasa dada ni sakit. .masa tu dalam kepala..Ya Allah nak mati dah ke aku ni?

Terpaksa gunakan 2 tuala kering.
Bila start hembuskan nafas kat tangan barulah terasa lega sikit.
First time. Tak tahu apa punca. Maybe sebab stop mandi halfway.
Memang rasa panik sungguh. Kalaula aku tetiba strok.
Maybe sebab aku terlalu stress hari ni.
Kepala pun sakit berdenyut denyut dari tengahari tadi.
Mood tak berapa ok. Badan pun x berapa ok.

Aku ni jenis gila kerja. Kalau ralit dengan kerja..makan pun lupa.
Setakat tak makan tak minum dari pagi sampai kentengahari tu biasa je.
Tapi tu kalau tengah sihatla.
Kalau tetiba hati terasa nak mc...tu maknanya aku rasa tubuh badan ni tak berapa nak ok.
Tak tahulah.
Sakit kepala maybe sebab pms.
Mood x ok pun maybe sebab pms.

Dahla tadi masa balik tergesa gesa nak beli minyak cap kapak.
Sebab dah lewat..lepas beli terus balik.
Tak check la dulu kondisi minyak tu.
Bila nak guna je tengok2 kenapa kertasnya nampak kuning?
Kenapa minyaknya nampak kuning?
Tak cerah macam selalu.


Rupa rupanya minyak dah expired.hmmmm
First time beli terkena macam ni.
Selalu beli kedai lain. Tapi hari ni kedai tu takde stok.
Memangla minyak je pun. Tapi kalau dah expired tu teragakla jugak nak guna.
Of course la ada reasonnya kan bila dia buat tarikh expired.
Manufactoring date pun 2012.
Gila bapak lama 5 tahun minyak dalam stok. Nasib baik tak berabuk.

Dahla saya tengah sakit kepala. 😭😭😭
Nampak gaya lepas solat isyak ni..belayarla haku ke lautan sepi 😄😄😄

Ok..tu je nak sembang malam ni. Babaiiii
posted from Bloggeroid

Comments

  1. alamak boleh pulak terbeli yg expired ye.. serius cikyan xpnah check pon... hahahaha...

    mmg kan, cuaca skrg ni mmg super sejuk yakkmatt.. cikyan tak tahan.. kdg rasa nk tido pkai stokin.. slalu cikyan tido xpkai selimut pon.. sekarang nih... terpaksa pakai sbb tlalu sejuk.. kalau tak, pasti menggigil sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..sy suka je check expired kalau beli barang2.

      Delete
  2. sama lah. dekat sini pun sejuk je. nak pijak lantai pun rasa scary sebab lantai sejuk. *over*
    get well soon k. kesiannya. orang yang menjual tu pun tengok-tengoklah stok kedai especially yang berexpired ni. kesian customer

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah dah musim dia kan..
      bercinta kalau nak mandi nak ambik wudhu sekarang ni.
      dahla rumah kg..huhu

      Delete
  3. jaga kesihatan diri kak muis.
    makan kena jaga walaupun sibuk bekerja.
    nanti cam mane nk hasilkan idea idea yg bernas kalau perut kosong.
    hhihiihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..tq mek.
      sibuk time sibuk jelah.
      time tak sibuk x cite.kihkih

      Delete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM