Kenduri CNY

Assalamualaikum.

Cuti raya cina tahun ni cuti sekolah kejap je pun.
Termasuk weekend, 5 hari je cuti.
Tapi walaupun cuti pendek, macam biasa kenduri tetap jalan punya.

Aku ni jenis yang kalau dapat jemputan kenduri..especially kawan kawan, jarang sangat kalau aku tak attend.
Kalau ada kenderaan n takde program lebih penting in sha Allah sampaila aku.

Pernah terbaca jugak. If kita dapat jemputan wajib untuk hadir kecuali ada aral melintang.
Tak surela pulak betul ke tak.

Bagi aku, aku suka fikir kalau kita hadir jemputan..konfem kawan yang jemput tu happy.
Cuba kalau kita jemput tapi kawan tak datang...of course kecewa jugak kan?
Mulalah fikir..tak sudi ke datang? Takkan dalam ramai ramai seorang pun tak nampak muka kan?

So cuti cny ritu adalah dapat beberapa jemputan.
Hari sabtu 17.2, jemputan kenduri kawin bekas cikgu Tadika Aulad Pintar.
Sekarang dia dah kerja bahagian kesihatan.
Walaupun dah 3 tahun...still dia masih ingat untuk bagi jemputan.

Bila sampai pengantin tengah makan beradap.
So salam salam bagi hadiah pastu makan jelah.
Aku ni kalau pergi kenduri.wajib ambik gambar makanan 😅
Dah jadi tabiat.



Menunya: Nasi minyak. Ayam masak merah. Gulai daging.
Sambal bilis & kacang. Kerabu sarang@rumpai laut.
Ratenya boleh bagi 8/10. 

Lepas makan tak tunggu lama pun.
Naik bergambar dengan pengantin kat pelamin n lepas tu terus balik jelah.
Kebetulan cuaca panas ceng ceng. .
Sebelum sakit kepala mohla cepat2 balik.

Esoknya hari ahad 18.2 cuti ganti cny. Ada 2 jemputan.

Satu jemputan dari kawan cikgu tadika jugak..adik lelakinya kawin.
So tengahari tu dah janji dengan geng makan kenduri forever, nik yah merangkap chef tadika. 😂😂😂
Aku ambik dia kat rumah n terus gerak.



 Gambar dengan pengantin ada je pun tapi gambar makanan ni lagi penting.kihkihkih

Menunya: nasi putih, ayam berempah, dalca daging, acar timun/nenas etc, ikan kering, sambal belacan.
Sedap sangat sangat lauk ni sampaikan aku makan bertambah. Memang puas hati.
Rate memang boleh bagi 10/10.

Lepas makan n bergambar lebih kurang, gerak ke next kenduri pulak.
Kenduri kawan sekerja jugak. Admin clerk tadika merangkap adik ipar bos.
Bernikah dengan adik bongsu bos.



Goodies.
Aku tak minat hiasan. Buat semak kabinet je.
So pilih coklat batu dalam botol.
Tapi coklat batunya dah tak crunchy, masuk angin.kihkihkih
Tapi takpe, coklat ni aku agih kat student tadika, dapat sambutan jugak.  Semua licin.



Menu dia sempoi je.
Nasi kukus, ayam berempah, sambal ikan bilis kering, pajeri nanas, timun dan sambal.
bawah khemah, ada jugak khemah dessert.

Bila nak makan, beratur je kat van nasi kukus.
Dapat nasi sorang satu.
Lupa pulak nak snap gambar van nasi kukus.

Masa ni memang dah kenyang pun. Almaklumla muis ni tangki kecik je. Cepat kenyang.
So nasi ni kita tenung dulu.
Agak agak orang lain dah nak habis makan, baru kita makan.
Rasa dia not bad. Boleh bagi 8/10. Ayam berempah dia sedap.



 Hadiah kahwin untuk pengantin.

Lepas makan, terus gerak balik rumah. Malas dah nak menyinggah mana mana.
Perut kenyang mata pun mengantuk.
Ada ulangan AJL 32, tapi sempat dengar 1 lagu terus terlelap sampai petang.

Esoknya dah kerja tapi ada lagi satu undangan dari pihak lelaki, adik bos pulak.
Walaupun kerja, semua staff still pergi kenduri cuma kena bergilir jelah.
Majlis buat kat D'banquet Tunjung. Dekat dengan cawangan tadika JPN Tunjung. 
Bila sampai, pengantyin tengah bersanding.
Masa nak balik, pengantin tengah makan.
Ada je gambar tapi kualiti kureng. So tak payah letak sini.




Menu: Nasi minyak. Ayam tak sure masak apa. Daging pun maybe ala ala kuzi kot. Nak kata gulai pun tak jugak. Kari pun bukan.
Pastu ada ikan kering, acar n sambal.  Selain tu ada fruits dengan desserts.
Overall makan boleh bagi rate 8/10.



Goodies dapat chocolate.

Kalau pergi makan kenduri, aku paling suka nasi minyak dari nasi putih.
Untuk dessert pulak, aku suka bubur je. Kuih tak makan sangat.
Kalau ada laksa jugak, selalunya aku akan makan sikit. Taknak kempunan. Sebab aku ni hantu laksa.kihkihkih
Bab makan ni, memang hantu jelah aku ni.

Alang alang dah up entri ni, masuk sekali yang kenduri seminggu selepas tu. 24/2.
Kenduri kahwin ustazah ex staff Aulad Pintar Education.
Aku pergi dengan kawan je. Kami jadi wakil bawa hadiah dari staff tadika yang lain.



Menu: Nasi putih, ayam berempah, dalca daging, sambal ikan bilis, ikan kering, acar dan sambal.
Rate boleh bagi 8/10. Ayam berempah dia sedap.

Goodies dapat air mineral, tisu muka dengan botol air. Lupa pulak nak snap gambar.

Apapun, terima kasih untuk semua jemputan dari pengantin dan keluarga.
Barakallah untuk semua pengantin. Semoga bahagia sampai hujung nyawa.

p/s looking forward untuk jemputan kenduri yang seterusnya. hihi







posted from Bloggeroid

Comments

  1. waa lauk kenduri semuanya.
    goodies pun nampk cantik jee

    ReplyDelete
  2. amboi
    sedap2 semua menu kenduri tu

    ReplyDelete
  3. betul sangat pasal jemputan tu. wajib sebenarnya. kecuali ada hal yang menghalang. akak suka je kalau dijemput org datang kenduri kita. bahagia.

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM