Membebel hari jumaat.

Assalamualaikum.

Lama tak update blog. Busy dengan apa pun tak tahu.
Bukan ada anak pun. Laki pun sorang je.kihkihkih

Selepas 3 minggu..akhirnya minggu ni boleh rileks kat rumah.
Betul betul rehat. Bila penat boleh baring n lelapkan mata anytime.
Last 3 weeks...phewww..
Penat. Stress. Serabut. Sakit tubuh. Takde mood. Semua ada

Alkisahnya 3 minggu mak takde rumah ke kl dan melaka atas urusan keluarga.
Ayah tak ikut so aku lah yang kena stay rumah mak temankan ayah.
Mula mula tu stress jugak.
Almaklumla...mak ni kan jantung hati keluarga..so walau mak suka bebel tapi kalau dia takde..feel dia tu lain. .
Nasib baik la 3 minggu tu cepat je berlalu.

Jumaat minggu lepas mak dah balik..so kehidupan diteruskan macam biasa.
Syukur alhamdulillah. 😂

These past 3 weeks...macam2 jadi.
Di tadika sorang senior teacher kena stop last minute sebab dapat offer kerja spa.
So 2 minggu aku kena jadi cikgu sementara guru masuk next week.
Dan baru 2 3 hari ni jugak ada kematian dalam keluarga.
Abang ipar suami merangkap biras meninggal after seminggu lebih tak sedarkan diri.
Disebabkan sekampung..so seminggu ni buat tahlil kenalah pergi tiap malam.
Lepas isyak..jalan kaki je berdua dengan suami. Jarak tak sampai 50 meter kot.

Tapi dalam penat badan pun...dekat tengah malam jugak baru membuta.
Dalam mengantuk gagah jugak nak baca novel n layan tv series sebelum tidur.
Lepas tu esoknya bangun pagi susah kemain.
If dulu aku steady je bangun pukul 6. Tapi sekarang ni memang lajak ke 6.30.
Nasib baik aku ni jenis cepat.
6.30 bangun terus mandi n solat. Gosok baju kerja sendiri n baju suami. Pastu bersiap.
Paling lewat 7.20 dah gerak. Elok2 sampai ofis 5minit ke pukul 8.
Bulan ni sekali je punch card merah sebab last 2 weeks bangun pagi tubuh rasa sakit sangat sangat.
So terpaksa mengurut dulu dengan mentua. Kira lewat ada reasonla. Bukan sengaja. 😆

Malam tadi elok masuk pukul 12..aku tengah baca novel. .tup tup api padam.
Memang tak fikir langsung suis tolak ke apa.
Dalam kepala tnb problem.
So terusla tidur dengan dalam panas n nyamuk.
Kesimpulannya..sampai ke pagi aku tak boleh tidur.
Nak pakai selimut..selimut tebal nanti panas.
Kalau tak selimut, nyamuk pulak gigit.
Terpaksalah aku dok berkipas dengan surat khabar.
Tidur tidur ayam je sampai ke pagi. Huhu

Bangun pagi tadi..baru terdetik nak check suis utama.
Rupa rupanya suis tolak ter off rupanya.
Bila tolak ke atas terus ada letrik.
Terus aku rasa nak mencarut di pagi hari jumaat yang mulia.

Tapi salah sape? Tulah aku pelik jugak nape dr tengah malam sampai ke pagi takde letrik.
Selalunya kejap je kalau terputus punca dari tnb.
Apalah dosa aku menderita tak boleh tidur sebab panas n nyamuk.😭😭😭


posted from Bloggeroid

Comments

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D