Posts

Showing posts from April, 2018

Muis turns 34.

Image
Assalamualaikum. Dah sebulan lebih baru nak update pasal birthday? 😅 Tapi takpelah..untuk kenangan kan? yang tahun lepas pun rasanya tak publish.kihkihkih Tahun ni besday jatuh hari khamis. Takde nak sambut apapun. Dah tua kan? Aku cuma order brownies untuk diri sendiri. Takde orang nak belikan kita kek. 😢 Mulanya plan dengan kawan yang besday selang 3 4 hari dari aku, Cikji kot kot nak berjimba ke KT nak tidur kat mana mana 1 night. Tapi hari sabtu 3hb tu sabtu bekerja la pulak. So plan kansel. Brownies ni aku tempah dengan mak kepada students. Sape sape area kelantan boleh la tempah. Memang tak mengecewakan. Ni aku bagi link ig dia ... Instagram IzzBrowniesBites Yang ni harganya cuma RM20. Brownies banyak ni..suami makan 2 ketul. Yang selebihnya bawak balik rumah mak bagi anak sedara je makan. Then malamnya kebetulan mak buat solat hajat. Jemput orang masjid 4,5 orang je pun. Mak malas masak so beli satay n nasi himpit jelah. Ada kuih kuih jugak sikit.

Visit baby Luth Iman.

Image
Assalamualaikum. Tahun 2018 ni in sha Allah anak sedara bertambah lagi 2 orang. Sorang dah selamat lahir bulan februari hari tu. Sorang lagi in sha Allah another 4 month kot. Rezeki adik, akhirnya setelah 7 tahun berkahwin..wife dia dah pregnant. Syukur alhamdulillah sangat sangat. Walaupun aku takde rezeki anak sendiri, tapi diberi rezeki anak sedara yang ramai. Alhamdulillah, di tahun 2018 ni anak sedara semuanya dah masuk 30 orang. Adik n wife dia kawin tahun yang sama dengan aku, cuma beza 3 bulan je. So bila first time mak bagitahu adik ipar dah pregnant, jujur aku cakap memang aku sedih. Mood masa tu terus down..down n down. Adik ipar pun kebetulan masa tu ada, takdelah dia beriya cerita dia dah pregnant. maybe nak jaga hati aku taknak bagi aku sedih kot. Tapi biasalah, dah namanya perempuan, tipu sangat la kalau tak sedih. Tapi tak lama pun aku sedih...sehari dua cukupla. lepas tu mood aku berubah macam biasa n tumpang gembira jelah. Kalau Allah nak bagi rezeki.