Visit baby Luth Iman.

Assalamualaikum.

Tahun 2018 ni in sha Allah anak sedara bertambah lagi 2 orang.
Sorang dah selamat lahir bulan februari hari tu.
Sorang lagi in sha Allah another 4 month kot.
Rezeki adik, akhirnya setelah 7 tahun berkahwin..wife dia dah pregnant.
Syukur alhamdulillah sangat sangat.
Walaupun aku takde rezeki anak sendiri, tapi diberi rezeki anak sedara yang ramai.
Alhamdulillah, di tahun 2018 ni anak sedara semuanya dah masuk 30 orang.

Adik n wife dia kawin tahun yang sama dengan aku, cuma beza 3 bulan je. So bila first time mak bagitahu adik ipar dah pregnant, jujur aku cakap memang aku sedih.
Mood masa tu terus down..down n down.
Adik ipar pun kebetulan masa tu ada, takdelah dia beriya cerita dia dah pregnant.
maybe nak jaga hati aku taknak bagi aku sedih kot.
Tapi biasalah, dah namanya perempuan, tipu sangat la kalau tak sedih.
Tapi tak lama pun aku sedih...sehari dua cukupla. lepas tu mood aku berubah macam biasa n tumpang gembira jelah.
Kalau Allah nak bagi rezeki..taknak bagi rezeki..sape kita nak menidakkan?

So jangan sedih sedih..life must go on..tak gitu?

Sebenarnya nak cite pasal anak sedara baru je pun.kihkihkih

Kakak memang lahirkan 3-3 anak dia semua kat selangor, so mak jelah yang pergi jenguk dia masa lepas beranak ritu.
Kebetulan cuti sekolah bulan 3, kakak balik Terengganu rumah mertua.
mak ayah pulak takde kat rumah sebab dorang pergi Melaka, so hari jumaat sebelum habis cuti sekolah, aku dengan famili abang pergila nak tengok new baby dalam family kitorang.


Tadaaaa.......
Kesian baby boy kena pakai scarf riben.πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„
Selamat datang LUTH IMAN ke dunia yang penuh dengan pancaroba, korupsi, asap rokok, manusia akhir zaman, gst, kos sara hidup tinggi etc etc etc.
Akhirnya, dapat jugak boy sorang selepas dapat 2 orang anak gadis comel+manja+mengada etc etc..


ops..yang ni bukan 2 orang anak gadis yang dimaksudkan..
ni mak sedara dan sepupu kepada 2 orang gadis tersebut😘


tetiba berkulit putih gebu, bermuka tembam dan bermata rabun at the same time.
ada ke orang pakai head scarf kat luar tudung?




mak sedara tuan belog, anak sedara @ kakak sulung baby suri hannah, dan sepupu kakak jasmin.
si anak sedara mereport...
"kenapa saya kol cik inie tak angkatttttttt...?"
"banyak kali saya kol..."
(baca dengan nada sedih +tak puas hati)

ooo..rupanya dia guna hf no YES mak dia.
mak sedara spesis no tak kenal malas nak angkat.
terus suspek scammer + orang nak kutip hutang.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

so bagi can la anak sedara yang baru nak belajar guna gajet kol mak sedara depan mata.
layan jelah.huhu





mak sedara dan kakak ke2 baby..nani sophia si diva.
very the drama sangat sangat.
bab buat muka..bagi jelah kat dia.😀

kitorang lepak rumah kakak dalam 3-4 jam jugak kot.
lepas tu terus gerak balik. nak singgah rumah kakak jerteh n pick up terus mak ayah yang otw balik dari melaka.

sampai jerteh dekat maghrib. lepak n makan makan pastu baru gerak balik.
sampai rumah dekat pukul 11. nasib baik esoknya tu..kursus kansel.
boleh rehat2 kat rumah. yahuuuu.



posted from Bloggeroid

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM