KCM: Suamiku Menyakiti Hatiku



Assalam.

Another story.hehe. Happy reading folks..

"Ada sebuah kisah tentang sepasang suami isteri yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. D tengah perjalanan, mereka bertengkar dan suaminya mengherdik isterinya dengan sangat keras. Isteri yang diherdik, merasa sangat sakit hati, tapi tanpa berkata kata, dia menulis di atas pasir: HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU. 


Mereka terus berjalan, sampai bertemu sebuah oasis, diamana mereka memutuskan untuk mandi. Si isteri, cuba berenang namun nyaris tenggelam tetapi berjaya diselamatkan suaminya. Ketika hilang perasaan takutnya, dia menulis di sebuah batu: HARI INI SUAMIKU YANG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU. 


Suami bertanya, "kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir dan sekarang kamu menulis di atas batu?"


Isterinya tersenyum sambil menjawab: "Ketika hal buruk terjadi, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan itu dan aku akan melupakannya. Dan bila sesuatu yang baik dan luar biasa diperbuat suamiku, aku harus memahatnya di atas batu hatiku, agar tidak bisa hilang tertiup angin waktu dan akan ku ingat selamanya."


Dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana sudut pandangan yang berbeza. terkadang sangat menyakitkan, tetapi cubalah untuk memaafkan dan melupakan masalah yang lalu.

'Belajarlah untuk selalu MENULIS DI ATAS PASIR untuk semua hal yang MENYAKITKAN dan selalu MENGUKIR DI ATAS BATU untuk semua KEBAIKAN.

Comments

  1. pernah dengar cerita ni. tapi lumrah manusia, yang jahat dikenang. yang baik ingat tapi buat buat tak ingat sebab marak api dalam hati melebihi air yang dicurahkan.

    ReplyDelete
  2. cerita ni memang adaptasi kisah benar. haha. itulah realiti. kadang kita lupa jugak :(

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM