Ramadan 2018 - Entri 3 (Makette Steamboat & Grilled)

Assalamualaikum.

Buka puasa ramadan ke15 semalam, kawan tempat kerja berpakat nak berbuka kat luar.
If berbuka kat luar memang selalunya dorang taknak makan nasi macam biasa.
Selalunya pilihan makan steamboat jelah.

Mulanya dorang decide nak berbuka dekat Mahy Seafood &Grilled.
Tapi rm35 perhead macam mahal la pulak.
Especially aku ni bukan jenis makan beriya.pun.
So ada kawan suggest berbuka kat.Makette Kota Bharu.
Bila aku kol, untuk berbuka puasa dia charge rm25/head. Deposit rm5/head.
So masa bayar kena bayar rm30/head.

Kebetulan petang semalam gerak je dari tempat kerja hujan la pulak.
So memang syokla kan makan bakar bakar ni.
Bila tengok dalam facebook page Makette, expectation tu agak tinggi la jugak.
Nampak best je bila tengok gambar gambar dalam page.

Bila sampai tengah hujan lupa pulak nak snap gambar depan kedai.
Tapi kedainya senang je nak cari. Kitorang gerak dari pasir tumboh straight je menghala ke husm.
Lepas trafik light nak ke jpj panji naik atas lagi dalam 100 200 meter la kot terus nampak kedainya sebelah kanan jalan.





Keseluruhannya kedai nampak besar luas n bersih.
First impression ok.

 
Harga rm25/pax untuk dewasa. 
Tapi kena bayar includes deposit. RM5/head.
Lepas makanan, staff Makette akan pergi spot check meja. If takde pembaziran, dia bagi balik depo.
 




Tempat bakar dia pun ok sebab besar.
Mangkuk sup besar.
If compare dengan Food Village atau Damia Cafe, sini lagi better.

Tapi excitement stop sampai situ je.
Bila jengah tempat makaan...hmmmm
Nape sikit sangat?
Side dishes cuma ada mee goreng kuetiow goreng dengan nasi goreng je.
Dekat damia cafe siap ada kambing golek n sup kambing, abc, jeruk jeruk, somtam etc.
Bulan puasa ada colek2.
food Village siap dengan bubur nasi, laksa siam, buah2, colek buah, abc etc
Then ada cereal? Selalu jumpa masa time breakfast je kat hotel. Kelakar sangat.
Ada ke orang buka puasa makan cereal?
Budak pun tak makan kot.
Pastu ada jagung manis. Plus aiskrim. Tu je.




Jenis perapan tu banyakla jugak tapi tempat untuk ambil nape sempit sangat.
Susah bila ramai orang.
Dari segi tempat ni, Food Village dengan Damia Cafe lagi ok.




Personally aku macam biasa kalau pegi tempat makan mcm ni..aku just ambil sepinggan je untuk bakar.
Sepinggan sayur n makanan berat sikit sikit just untuk rasa je.
Habis yang ni baru ambik side dish small portion.
Disebabkan aku ni jenis tangki kecik mudah kenyang so aku elak minum air banyak.
Kalau minum air lebih memang takkan makan dah.
Nasib baik air dia x sedap. 😁




Air tak sedap. Tawar.
Aku try laici mangga oren. Semua tak sedap.




Sup tomyam tak sedap.
100x ganda sedap tomyam aku masak.kahkahkah






Sos pun x sedap. Sos blackpepper rasa pekat likat. Seriusly tak sedap di tekak aku.
Sos pencicah biasa pun manis sangat.
Ayam bakar tu bila makan tanpa sos terasa masin perapan dia.
Hirisan daging pulak besar gedabak.
Ada yang hirisan tak putus sampai 4 5 slices.





Nasib baik ada eskrim mint choc chip faveret aku.
Yang ni aku repeat 3kali.
Stil aiskrim pun lagi banyak choice di Damia Cafe.
Penting bagi penggemar aiskrim macam aku ni hokeh. 😁

Overall..secara peribadi aku tak berpuas hati.
Dengan harga yang sama..lagi better di Damia Cafe & Food Village
Untuk rate aku boleh bagi 5/10 je kot.
Baik dah tu rasa.
Sebab kalau nak list out aku just boleh tick dekat asikrim n jagung manis je.
Yang lain out. Sori makette. 😅
Just my personal opinion.
Confirm aku takkan jadi return customer.
Kalau Damia Cafe tu atleast adalah 2x aku pergi.
Food village lagi better. Aku pernah pergi 3 kali. Tapi cawangan yang dekat dah tutup.
Kalau nak pergi PC jauhla pulak.

Sebelum terlupa satu lagi yang boleh bagi credit adalah surau.
Tempat solat yang baru dan agak luas.
Way much better if nak banding dengan Damia Cafe & Food Vilage.
Tapi sedikit kotor tak bersapu dan tak disediakan sejadah.

Alang alang nak cerita pasal surau ni aku tak faham kenapa orang yang pakai stokin ni takde common sense sangat.
Pakai stokin tu bagus. Tutup aurat.
Tapi stokin yang dibukak masa solat tu kenapa nak kena letak kat bahagian atas surau mengadap kiblat.
So bila orang solat, stokin tu jadi dok kat depan mata.
Bergulung gulung. Bau jangan cakapla kan dah namanya pakai kat kaki.

Kan lagi elok if letak di kawasan bawah dari orang mengadap kiblat. Kat ceruk dinding.
Takde orang nak curi kot stokin tu.
Masalahnya ko letak stokin belah sini. Ko solat belah sana.
Orang lain pulak kena solat mengadap stokin kau tu.
Common sense mana?
Takde beg ke nak letak stokin tu kejap?
Takkan jijik kot dengan stokin sendiri.
Haihhhhh...😡😡😡
Lepas tu padan muka kau dah siap solat pun kena menunggu orang lain siap solat sebab nak ambik stokin kau depan sejadah orang tu 😝😝😝


P/s btw ada staff perempuan nampak je aku lambai nak mintak tolong on kan dapur gas. Sekilas dia pandang.
Sebab beza selang 1 meja je. Still lepas dia setel kat meja sana terus blah. Ok fine. Puasa kan. Terpaksa mintak tolong budak lelaki meja sebelah walaupun dia tak reti jugak.kahkahkah

Btw thanks but no thanks to your services. 😙
posted from Bloggeroid

Comments

  1. wuu. guano gtu mo servis dio tu kak muis. bru nk try

    ReplyDelete
  2. akak pun kurang suka pegi tpt makan cam ni. malas nak bangun2. hehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D