Nasi Kenduri Year End 2018


Assalamualaikum..

Tak tahula kenapa asal puasa je mesti ralit dok skrol gambar makanan.
Nak kata nak dapat idea nak masak..bukan aku masak pun setakat puasa ganti ni.
Tapi tulah..sengaja kot mendera perasaan dengan kelazatan gambar makanan.
Gamaknya makruh kot hukum puasa aku ni.
Jangan terbatal sudah.hihi

2 3 hari lepas baru je aku clear gambar dari telefon.
bertimbun gambar makanan mostly gambar lauk pauk yang aku masak jelah.
Aku ni bukan kerap sangat pun makan luar.
Tapi still aku suka nak tayang kat sini acah2 masakan gempak la konon.
Padahal aku dok ulang tayang menu sama je pun.kahkahkah

Bersempena dengan cuti sekolah Chinese New Year minggu depan, of course la ada kenduri kan?
Setakat ni ada 3 jemputan dari kawan sekerja, 1 jemputan jiran sekampung.
Insha Allah mana yang berkesempatan pergi, aku akan pergi.
Jarang sangatla kot aku tak pergi kenduri kecuali jauh atau ada hal lain.

Alang alang meh kita tengok nasi kenduri dari koleksi bulan 10-12 tahun lepas yer.hihi



Nasi kenduri cik Naa.
Gulai daging+ Umbut kelapa. Ayam percik kot. Sambal Ikan bilis + kacang. Acar dan sambal.
Neneknya buat katering, of coursela sodapppp. 
Cik Na ni adik kepada Cik Long. Cik Long pulak my friend yang sama sama kenal dari mula mula kerja dengan Aulad Pintar Education.
Adiknya bertemu jodoh dulu..cik long masih single.
Sabar ye..nanti in sha allah cik long jumpa jodoh terbaik dunia akhirat. Aminn..
Tak zabar kite nak makan nasi kenduri cik long.hihi




Nasi kenduri rumah staff dekat Childcare Centre. fatin.
Menu; Gulai daging. Ayam berempah. Sambal bilis & kacang tanah. Acar dan sambal.
Fatin ni anak kepada my exteacher masa sekolah rendah dulu.
Rumah kami pun dekat je.
Singgah makan kenduri otw balik kerja dengan suami.



Yang ni pulak nasi kenduri rumah sepupu. Bulan 12 tahun lepas.
Menu; Gulai daging+putik kelapa muda. Ayam berempah. Sambal ikan bilis+kacang tanah. Kerabu rumpai laut. Acar Umbut kelapa. Ikan masin.
Yang ni paling win sebab ada acar umbut kelapa. Muis faveret hokey.
Jarang la jugak boleh jumpa benda alah ni kalau kenduri. Tapi kalau jumpa..memang aku makan sungguh sungguh.
Nak dijadikan cerita, petangnya bila dah balik rumah..memang terlupa langsung nak tapau acar umbut kelapa. Malam bila lapar nasi balik barulah teringat.
Rasa macam nak nangis kat bucu dinding.huhuhu
Mak pun asik dok bersembang dengan sedara, sampai terlupa nak offer lauk tapau kat aku.
Dekat orang lain elok pulak dia tapau.ish ish ish.



Lastly...nasi kenduri adik bos bertunang.
Menu; tak berapa sure. Nasi Pilaf kot. Ada kacang kuda dan kismis dalam nasi.
Daging & ayam pun tak sure masak apa. Ada papadom. Acar. pastu lauk apa entah.
Bos cakap sedap..aku ambik jelah.hihi
Tengok gambar ni jangan salah faham ye.
Nasi tu 2 senduk lebih sikit sikit je..tapi pinggan lebar. So aku ratakan nasi tu je. Bukan nasi bertimbun ye.
Gigih explain takut orang cakap ko makan ke melantak ni Muis?kahkahkah.

Okla..tu je aku nak share kali ni. Jangan terliur lah ye. 
Kita jumpa lagi dengan edisi nasi kenduri CNY minggu depan ye. Babaiiiii




Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM