Aurat & Istiqamah.

Assalamualaikum.

Jadi manusia ni, kalau makin tak berubah ke arah kebaikan..apa guna hidup kat dunia ni kan?
Usia makin tua, supposedly sikit sikit kena ada kesedaran untuk berubah jadi lebih baik.
Selalu dengar orang cakap, payahnya nak istiqamah. Payahnya nak maintain dengan sesuatu tu..
Tapi kalau berubah pun taknak..nak istiqamah macam mana kan?

Masuk tahun 2019 ni..lagi 10 hari Muis dah nak cecah 35 tahun.
Tua dah kan? Tapi I am still far away from being an excellent muslimah.
Banyak lagi buat dosa. Banyak lagi amal ibadah tak sempurna.
Pendek kata, dari markah 10, mungkin boleh bagi 3 je kot. 😂

Tapi bagi aku, asalkan ada kesedaran untuk berubah okla kan.
Berubah atau tak, lain cerita ye. Tapi kalau dari awal kesedaran pun takde, itu yang bahaya.

Tapi, berubah pun biarla dari yang tak molek ke lebih molek.
Jangan yang elok elok dah molek, tetiba berubah jadi tak molek.
Dunia akhir zaman kan? Semua benda pelik pelik je pun yang jadi.

Macam kes Emma Maembong, adala a few teori yang aku dok fikir nape tetiba dia free hair balik after 5 years bertudung.
Dah takde keje pulak aku nak memikirkan pasal dia. 😄
Antara teorinya...
1. Dah kantoi pakai seksi dan free hair, malula kot nak pakai tudung balik.
2. Memang pakai tudung dengan hati tak ikhlas, alang alang dapat peluang, buka je terus.
3. Terikut dengan rakan artis lain yang kejap bertudung kejap free hair. So mungkin terasa ada geng berjemaah, so kerasla sikit hati tu.

Tapi apapun keputusan dia ambil, tetapla akan dikutuk masyarakat.
Cumanya, malu dengan manusia ni apalah sangat. Patutnya kalau buat silap bertaubat dan teruskan istiqamah bertudung jelah kan?

Tapi kalaudah ditegur pun masih nak macam tu jugak, so lantakla dia.
Apa apa jadi, sendiri tanggung jugak. Netizen pun nak tegur, tegur jelah elok elok.
Satu keje pulak ko dapat dosa dok memaki artis siang malam.

Okla, panjang panjang macam ni, baru intro je tau. 😄

Namanya lagi Muis Membebel, kalau tak update panjang panjang, bukan blog Muis la tu.

Bercakap tentang aurat dan istiqamah ni, alhamdulillah adalah sikit perubahan lain yang aku dah buat.

Bermula dari berpakaian longgar dan labuh, tudung tutup dada dan mula pakai petticoat.
Yang ni semua aku start bila mula kerja di tadika 8 tahun yang lepas.
Padahal, 5 tahun sekolah menengah sekolah agama, tapi semua benda tu tak buat pun masa sekolah dan masa kat uni.
Pernah je masa diploma, free hair ambil gambar tepi pantai dengan main kat playground. 😢
Walaupun cuma sekali n masa tu senja takde orang di sekeliling, tapi bila ingat balik, still rasa berdosa.
Ampunkanlah dosa aku YA Allah.

Tapi 3 benda di atas tu aku start masa dah berumur 27 tahun. Dah tua jugak pun.
Masa tu sebabnya malu kat parents, malu kat stduents, terasa nak tunjuk contoh yang baik pada orang sekeliling jelah. Cikgu kan?
Kot tak malu pulak nak didik students sedangkan sendiri pun tak semenggah.
Pendek kata masa tu berubah bukan kerana Allah la kot.
Tapi alhamdulillah, makin lama perubahan tu buat diri ni makin selesa dan yakin yang dengan menjaga aurat ni, itulah salah satu cara yang menunjukkan kita cuba untuk berubah menjadi muslimah yang lebih baik.Untuk akhirat. BUkan untuk dunia semata.

Then, bermula 2 tahun lepas jugak aku upgrade sikit lagi. Aku mula pakai anak tudung.
Kalau sebelum tu if pakai bawal, anak tudung memang tak pakai sebab macam susah je nak betul betulkan.
Kalau pakai rasa macam kepala ni besar je. So aku just sanggul kemas kemas pastu pakai tudung macam biasa.
Kecuali masa pakai shawl, kenala pakai anak tudung sebab licin.
In fact, masa sekolah agama pun, aku cuma pakai anak tudung masa perhimpunan pagi je, masuk kelas terus tarik keluar barulah rasa lega sikit.

So aku mula beli inner penuh yang tutup neck pastu beli jugak inner yang tak cover neck.
Tapi kalau pakai bawal warna cerah, tudung tu still agak jarang, so rasa macam pakai anak tudung pun, leher tetap nampak.
Untuk kesempurnaan, elokla pakai yang tutup penuh sampai dada. Walaupun rasa berlapis lapis dengan tudung lagi tapi takpelah, derita di dunia asalkan bahaya di akhirat.
Yang aku punya, dah longgar n tak best pakai. At this time, pakai inner magic je. Yang masih tak cover leher.
Belum berkesempatan nak cari yang penuh. Pernah beli sekali, tak selesa n tak sesuai if berambut panjang.

Then, alhamdulillah bermula tahun lepas jugak, aku mula konsisten pakai stokin.
Sebelum ni adalah sekali dua pakai stokin wanita yang biasa jual kat kedai tu.
Tapi yang tu sejenis yang licin, tak best pulak bila pakai.
Lepas tu sekali pakai memang tapaknya jadi hitam, terus aku buang. Sempatla beli 2 pasang.
Aku suka yang macam stokin kerja suami. Tak tebal sangat tak nipis sangat. Tapi stokin lelaki macam tak menarik la pulak kan.
Dalam tengah tahun lepas kot, pergi kedai ECO nampak kat bahagian stokin, macam stokin kerja lelaki tapi bercorak simple simple. So beli la 2 pasang untuk testing. Manala tahu kot panas ke.
Tapi bila pakai rupanya memang best. Kain dia sedap pakai walaupun hanya berharga rm2 sepasang.
Esoknya pergi lagi sekali tambah lagi 3 pasang. Cukupkan untuk 5 hari bekerja.
Lepastu bila ke kedai ECO lagi, jumpa lagi stok corak sama, tambah je beli lagi.
So sekarang ni dah ada 9 pasang.


Lagi 2 pasang missing. Rasanya dalam kereta ada sepasang, dalam kasut sukan ada sepasang.
Sekarang ni bila dah konsisten pakai, rasa tak best pulak bila tak pakai.
Rasa macam tak ada perlindungan di kaki.
Lagipun ofis beraircond, takdelah sejuk sangat.

Pakai stokin ni pun sama. Padahal tahu kaki tu aurat. Tapi mula mula pakai bukan sebab niat nak tutup aurat pun.
Tapi sebab kaki berparut kerana alergik dan ada eczema.
Malu kot orang tengok kaki berparut. 😅
Tapi lama lama, walapun niat tu mulanya nak sembunyikan parut di kaki, tapi dalam masa yang sama in sha Allah dapat pahala menutup aurat.

Tapi dulu masa kaki cantik putih bersih takde eczema, biasa je beli stokin. Tapi stokin pendek comel comel untuk pakai masa tidur, masa kat hostel.
Sebabnya nampak cute di kaki.
So, kesimpulannya, ada hikmah Allah buat aku ni berpenyakit dan ada alergik. So bab aurat kaki in sha Allah dah lepas kat situ.

Insha Allah jugak lepas ni boleh diteruskan dengan pakai inner lengan pulak.
Ada je kawan sekerja yang pakai dan jual inner lengan. Adala jugak aku bertanya dengan dia sekali dua.
tapi belum terdetik hati lagi nak order. Masih berkira kira. Masih dok fikir nanti tak selesa lengan rasa ketat berlapis lapis.
Insha Allah, one fine day. Doa doa kan lah ye. 😎😎😎




posted from Bloggeroid

Comments