Posts

Showing posts from September, 2012

cerita suami isteri 0630am

Image
assalamualaikum macam dah lama je tak menulis blog busy sikit nak menyiapkan soalan exam students last minit esok lusa nak kena hantar baru kalut nak siapkan.hehe pagi tadi terajin pulak bangun masak nak bawak bekal arini so bangun pukul 6 lepas gosok seluar kerja suami masuk dapur and masak nasi bila nak sambung gosok kemeja, tengok tengok suami dah gosok sendiri.hehe so sambungla masak sardin tumbuk bawang, hiris bawnag tumis tumis campak campak then siap terus masuk bilik air and mandi masa solat subuh terdengar bunyi kat dapur intai intai tengok suami rupanya dok mengadap pinggan nasi dengan lauk sardin.huhu isteri muka konfius.  "B makan nasi? nasi syg masak dah masak ke?" suami sengih. "tak, ambik nasi semalam atas rumah kak.." :" mengigau ke hapa makan nasi pepagi buta terbau lauk sardin baru masak la tu.huhu mangkuk tingkat ala mak mak ada nasi, lauk sardin, telur and buah oren nice :) ...

cerita koleksi keychain

Image
      assalamualaikum   dalam masa 2 minggu ni aku dapat 3 keychain hadiah dari anak saudara dengan students kalau ikutkan zaman sekolah menengah dengan universiti memang hobi aku mengumpul keychain tapi dah lama sangat dan tak meneruskan hobi ni koleksi keychain lama pun terperuk dalam kotak bawak katil di rumah mak tapi dah dapat hadiah keychain ni,bolehla teruskan balik hobi lama ni.hehe         keychain dengan coin purse from my niece, farhana souveniers masa dia ke thailand untuk program pertukaran  pelajar             keychain lost world of tambun souveniers from my students, hadif nu'man           chocolate, minyak gamat and keychain from langkawi souveniers from my student qistina amni   tqvm :)         nak tahu produk terbaru nokia? klik sini :) anda peminat Volkswagen Be...

mintak lesen, cik!!!!

Image
assalamualaikum aku tak tahu apa masalah dengan jpj ni tiap kali buat road block selalu nak tahan kereta aku kereta depan dia tak tahan kereta belakang pun tak tapi kenapa time aku je kena stop, kena bukak tingkap pastu "mintak lesen cik!!" bukan sekali tapi adala dah 3, 4 kali macam ni dari zaman aku bawak lesen P sampaila dah lesen full macam tulah selalunya kalau ikutkan hati aku kalau tengok orang depan dia tak tahan aku malas je nak berenti and bukak tingkap tapi en suami pesan kena buat macam tu hormat la konon kat diorang masalahnya nape asik aku je terkena kes masa aku lesen P kereta depan aku dia tak suruh stop lepas macam tu s aja time aku tengok je ada tampal P dia suruh stop mintak nak tengok lesen ok fine tengok kereta belakang tak tahan pun ok fine mungkin sebab aku ni tampal P so dia ingat tipu dua tiga bulan lepas masa aku otw ke IKBN nak pickup B kereta depan aku dia tak tahan sampai t...

cerita pasport mak ayah + pegawai imigresen KP17

Image
assalamualaikum last tuesday aku bercuti sebab kena bawak mak ayah untuk uruskan hal persediaan ke mekah disebabkan mak ayah dah buat pemeriksaan kesihatan so aku cuma kena bawak ayah ke husm untuk dapatkan surat pengesahan pelepasan untuk ayah lepas tu kena ke wisma untuk proses buat pasport visa tak payah sebab mak cakap lepas serah pasport ke tabung haji barula buat visa kat bachok sahaja tak payah buat di wisma persekutuan so pagi pagi aku dah bangun sampai 730 ayah dah bebel cakap nanti lewat ramai orang dihusm aku belikan roti canai dengan nasi lemak pun tak sempat nak makan.huhu sampai husm nasib baik parking banyak lagi bila sampai je nurse cakap kena ambik tarikh untuk datang hari lain disebabkan ayah kerap datang kerana appointment aku memang tak tahun menahu la sistem ni.hehe padahal dari tahun lepas lagi dah buat so ayah and mak dibaginya tarikh 20hb untuk datang jumpa doktor and dapatkan surat pengesahan kesihatan so kejap saja...

usaha+tawakal=insyaallah berjaya!

Image
assalamualaikum masuk tahun kedua aku ngan hubby masih berdua tak ada rezeki lagi nak buat macam mana tapi keadaan memang tak berapa selesa la bagi aku puas fikir apa nak kena buat ada yang cakap jumpa doktor dulu ada yang cakap jumpa mak bidan dulu bermacam petua doa dengan ubatan yang disuggest yang aku cari sendiri tapi usaha tu masih orang kata perlahan lahan jelah taknak pushing diri sendiri makin stress makin susah nak dapat kot so sebelum puasa aritu risik risik dengan mak nak tanya  mak bidan mana yang boleh tolong ikhtiarkan untuk dapat anak ni so mak cakap adala sorang mak bidan kat kampung sebelah so minggu lepas selepas berapa lama bertangguh akhirnya aku pergi jugak berjumpa mak bidan tu pergi pun sorang saja ayah cuma ikut tunjukkan rumah dia yang lain pandai pandaila sendiri.hehe first time berjumpa perasaan aku suka first impression aku okay, mak bidan ni bagus sebab dia seorang hajah merangkap bini imam so...

konfem dah..syukur ya Allah

assalamualaikum semalam terima khabar gembira ahirnya konfem mak ayah dah diterima untuk jejakkan kaki ke Mekah Al Mukarammah dis year walaupun ayah terpilih dan mak di status rayuannya tapi menurut pegawai tabung haji insyaallah mak pun konfem dapat jugak so hari ni lepas pergi serah surat penerimaan jawapan mak ayah supposed kena pergi buat medical check up dengan uruskan hal pasport semua aku macam susah hati pulak sebab tak boleh cuti untuk uruskan pasal ni memangla ayah boleh drive and pergi sendiri dengan mak tapi still rasa tak best semalam pun sampai rumah 8 lebih nasib baik suami tak bising sebab lepas  balik kerja singgah rumah mak tolong isikan semua borang walaupun abang pun ada jugak dekat dengan mak ayah tapi  abang selalu sibuk pergi kesana sini bawak anak murid dia main bola la hapala hujung minggu pulak dia sibuk dengan study part time kesian mak ayah mak mesti risau itu ini takut ada masalah apa apa maklumla dah bertahun mak dok me...

pagi pagi dah penat

Image
assalamualaikum pagi pagi dah penat disebabkan malam semalam tidur lambat melayan daun ketupat kering so pagi ni terlewat la bangun pagi nasib baik tengah bercuti solat bila siap siap nak pergi tuisyen rupanya terbawak blaus sahaja seluarnya tertinggal di rumah mentua dah cane nak keluar so dengan berbaju tidur terus balik ke rumah mentua barulah mandi and bersiap ke nak mengajar tuisyen masa tu memang dah lewatlah pulak tu terpaksa ikut dua buah lori selembab kura kura aduhaii penat sungguh masa nilah pulak kebetulannya tup tup berjaya jugak potong si lori bila nak sampai saja masa tengah laju tetiba lori di bahu jalan masuk tanpa bagi signal memang $^&&(()_)_++_ so aku terus potong dari belah kiri apalagi terus kena honla dahla hion dia kuat gilos mau nak tercabut jantung aku tapi aku biasala lady driver ala ala samseng gitu aku hon balik je and terus pecut memang salah aku pun.kihkihkih tapi lantakla mentang ko...

terkena lagi...

Image
assalamualaikum asal je musim hujan panas macam biasala  aku dengan suami hadapi akan menghadapi masalah kesihatan start dengan suami  selsema, and maybe ada demam sikit kot muka pun monyok semacam aku pulak tetiba semalam sakit perut, sakit belakang and sakit kepala non stop telan ubat pun memang tak jalan menjelang petang balik kerja macam okay saja siap bergumbira melantak chicken chop with mek long lagi tapi elok sampai je rumah mulala memulas mulas rasa senak di ulu hati rasa sakit belakang badan tengkuk pulak rasa tegang je urat kepala jangan cakapla berdenyut denyut rasa macam nak hantuk di dinding saja antara faktor yang menyebabkan aku menderita ni rasanya: pemakanan aku; bercampur campur semua aku bedal dari pagi sampai malam, makan non stop emosi aku; stresssssssss persekitaran; kucing berak dalam bilik and bilik sebelah, bangun pagi elok bau je terus berdenyut kepala for info, aku memang terlalu sensitif dengan se...

Cameron Highland 2012: Day2

Image
assalamualaikum edisi entri super basi bersambung lagi.hehe tiket masuk ke mardi aku dapat info nak masuk tak payah beli tiket pun takpe tapi tak baik tau.....tipu :) ni first time ke mardi dah boring nak ke ladang teh, stroberi, ros semua so dis time singgah sini saja asik stop untuk bergambar banyak view yang cantik cantik nasib baik ada yang rajin melayan untuk tolong snap gambar ada taman ros jugak besar besar bunganya di taman herba ada buaian yang kelakarnya siap tunggu turn nak bergambar memang hot spot taman kaktus bermacam jenis ada yang menjalar pun rupanya ada kaktus ni harusla ada gambar berdua dengan suami lentok sakan mood romantik gitu.hehe tengok gambar ni rasa macam dok oversea pulak.hehehe berangan nyaman saja aku just pakai cardi macam over saja nak pakai sweater.huhu tomato berbuah sakan memang fresh kalau dapat ngap gitu saja mesti crunchy kot ...

raya celebration @ tadika aulad pintar

Image
assalamualaikum semalam ada sambutan hari raya dengan hari merdeka di tadika seharian kami bergembira tak payah masuk kelas untuk belajar bukan students je gembira, teachers pun gembira sama.hihihi wearing jubah dress pemberian suami one of my baju raya for dis year tapi yang ni tak pakai lagi untuk raya ritu tangannya kembang tapi aku alterkan buat ala cuff baru selesa sikit nak pakai   sampai je tadika terus siapkan last minute punya deco aku incharge untuk gantung flag sempena merdeka nak save bajet punya pasal flag print out hitam putih lepas tu pakat pakat kaler je "berbaju kurung berbaju melayu, warna warni bermacam gaya, sungguh tampan dan sungguh ayu, semua gembira menyambut raya" baju raya students mengalahkan baju teachers jangok jangok semua.huhu my class leader act as tok imam for solat sunat hari raya the other boys in my class encem encem sume anak ticer is ...