Resepi: Puding Karamel Cikgu Ismira


assalamualaikum

*update: entri lama terjumpa dalam draf lupa nak publish ;)


semalam tetiba mak cakap nak makan puding karamel
saya manala tahu nak buat.huhu
nasib baik cikgu ismira ada
dialah pakar pembuat desert dalam  famili kami
saya ni pandai makan je.hehe

so dia dia arahkan suruh saya tolong dia buat
senang saja pun
lepas ni saya pun boleh buat sendiri.hehe

walaupun ni resepi bodoh je tapi saya nak share jugak disini
senang kalau saya nak buat lepas ni, takut lupa.hehe

Bahannya:
telur
susu pekat
sedikit gula

caranya:
mula mula pukul telur dengan susu
telur terpulanglah
kalau nak rasa lemak berkrim letaklah lebih
kami ni guna 10 biji telur dengan 3/4 susu
saya kacau je guna senduk
kawan saya cikji cakap dia blender,lagi senang.hehe
lepas tu tambah sedikit air and kacau lagi


 saya tak pandai pecah telur
mesti terpecah dengan telur kuning sekali





kak saya cakap tak payah sukat air pakai penyukat
masuk je dalam tin bekas susu tadi
siap kena goncang lagi
taknak bazirkan susu
jimatttt sungguh



panaskan loyang, masukkan sedikit gula dan buat gula hangus
kuantiti gula terpulang
kalau suka banyak, letaklah banyak
bagi saya, saya suka gula hangusnya biar pahit sedikit
macam yang kakak saya cikgu isroha buat




ampunkanlah loyang mak saya yang dah berkarat ni.hehe
sebab jarang guna sangat
biasa mak guna untuk buat agar agar saja

lepas tu masukkan acuan
kakak saya tapis guna penapis santan
what the heck???????
apa motifnya? lupa pulak saya nak tanya
agaknya untuk mengasingkan struktur kasar dan halus kot
hehe my theory jangan marah ek




lepas tu kukus jelah sampai masak
nak kena kukus berapa lama saya tak pasti
sebab saya tinggalkan je keluar pegi rumah nenek saya
bila saya balik puding ni dah selamat mak letak dalam freezer
sejukkan dah siap untuk dimakan
nak potong dengan pisau pun boleh
nak kaut je dengan sudu ngap terus ke mulut pun boleh
muahahaha


gambar yang dah siap takde
semua orang kenal puding karamel kan?hehehe
sekian..




Comments