Saturday, June 01, 2013

resepi mudah: nasi goreng serai ala muis


assalamualaikum

hari ni aku takde tuisyen
so pagi tadi sempatla buat breakfast
nasi goreng je pun
tapi resepi special mak la kot
aku siap goreng nasi dalam pukul 10am
suami bangun 1230pm
bagussss sangat
tak payah aku masak lunch,hehe
lagipun lepas tu kami nak pegi makan kenduri
seronot betol musim cuti sekolah ni
tak payah masak,kihkihkih

oh ya nak share la kat sini resepi nasi goreng kite ni
boleh buat bekpes esok
konpom sedakkkk

bahan bahan:
nasi sejuk
bawang dan lada dan seikit belacan ditumbuk halus
sebatang serai dihiris dan ditumbuk kasar
ikan rebus, ambik isi je tulang tu bagi kucing makan
sedikit sayur kalau suami tak makan sayur pun kita letak jugak
sebab nak paksa dia makan sayur,hehe

caranya:
tumis bahan tumbuk sehingga masak
masuk isi ikan rebus, goreng hingga separuh masak
masukkan nasi dan sayur dan gaul rata rata
masukkan garam, gula dan perasa 
siappppp





spesel untuk suami ni
kite siap goreng telur mata  lagi
serai kalau taknak tumbuk boleh je hiris halus halus
aku tambah jugak sedikit serbuk kunyit nak bagi efek kuning kat nasi
tiru mak buat.hehehehe






disebabkan aku kemalasan untuk menyah-bekukan ayam 
so aku just goreng ikan rebus ni je
kalau orang kelantan panggil ikan anak selayang
kalau belah luar ada yang panggil ikan sardin kan?
aku memang tiap minggu akan suruh suami beli ikan ni khas untuk rebus je
taknak yang besar
nak yang kecik kecik je
satu periuk rebus siap siap cuma panaskan jelah tiap hari
masuk peti ais pun takpe
boleh goreng makan dengan pulut pagi
goreng letak bawang makan dengan nasi panas panas letak kicap
owh sedap hingga menjilat jari.huhu


hingga ketemu lagi dengan resepi lain ya, daaaaa ;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...