resepi mudah: ayam masak kicap lada hitam


Assalamualaikum.


Lama tak share resepi kat sini. Maklumla masak kadang kadang je.hihi.. tapi sejak suami tak meniaga ni kerapla sikit. Tu pasal la aku makin gems. Siang malam makan nasi... T______T

Hari ni nak share menu simple je. Lagipun tu je aku reti masak. Sape yang tak berapa pandai masak dan pemalas macam aku ni bolehla cuba ye.hihi

Bahan
Ayam-potong kecil, digoreng dengan sedikit garam separuh masak.

Bawang 3 sekawan-sekarang ni aku suka guna yang kisar pastu tambah pulak yang aku hiris kasar. Banyakkan bawang baru masakan sedap, trust me, i know!

Kicap, cili kisar, sos tiram, limau nipis, halia, garam gula perasa.

Cara nak buat pun, alahai senang teramatla senang sampai nak tulis pun malas.hehe Ngengada kan? Kejap nak share kejap malas.

Ok, mula muka panaskan baki minyak gorengan ayam tadi. Jangan membazir!
Tumis bawang hiris dan bawang kisar sampai naik bau.
Bila bahan tumisan dah masak, masukkan kicap dan sos tiram.
Masukkan air sedikit, api sederhana..biar mendidih dan sedikit pekat.
Bila dah naik minyak, masukkan ayam, gaul sebati.
Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar. Masukkan bawang besar potong bulat dan lada hijau.
Masukkan perasa, sebelum angkat perah sedikit asam limau.
Kadang kadang aku letak jugak daun limau purut.



Aku suka kering macam ni je. Buat makan dengan nasi dah tak payah ada kuah. If tak habis boleh buat ratah ratah macam tu je. Selalu aku buat sedapla. Sedap ikut selera aku.

If aku tak puji diri sendiri, sape lagi nak puji kan?
*wink wink*


Comments

  1. sesuai jugak tuk nik yg tak brapa nak rajin msk jugak ni.dah la feveret nnik ni.ayammm...hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D