Posts

Showing posts with the label TipsyTuesday

tipsy tuesday: petua hilangkan dagu berlapis

Image
assalamualaikum kebetulan  ensaiklopedia petua melayu lama  share tips yang relevan dengan aku walaupun aku ni kategori berat badan normal tapi aku memang bermasalah tang dagu asal lebih makan sikit lemak la kot suka naik kat bahagian pipi and dagu kalau salah snap gambar nampakla bulat semacam kalau dulu aku ni kategori bujur sireh la ni dah boleh masuk kategori bulan purnama la kot padahal body aku slim je.hihihi slim la sangat kannnnn.... ;p kat bawah ni ada a few tips yang boleh di apply  ntah berkesan ke tak tak tahula tapi aku pun bolehla try sekali nanti Dagu berlapis bukan saja terbentuk daripada kesan makan berlebihan. Banyak faktor lain yang membantu, menyumbang atau menyebabkan ianya terjadi termasuk cara duduk dan berjalan yang tidak betul. 1. Cuba jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendagu sentiasa. 2. Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan. Orang gemuk le...

tipsy tuesday: petua mengatasi medu angin

assalamualaikum entri dulu aku penah cerita pasal aku pergi berurut  and mak bidan cakap aku ni ada medu angin so sedikit susahla nak mengandung bukan tak boleh tapi kena ikhtiar berurut and berubat dulu la apapun itu semua kerja tuhan kan so aku fikir positif je aku memang ada gastrik tapi tak teruk pun aku boleh je puasa tapi pagi pagi aku memang akan muntah loya keluar angin je then aku memang jarang sangat kentut boleh kata sebulan sekali pun tak kentut means angin dok terkumpul kat dalam kot haha ada kaitan ke ek? ada la kot so aritu terbaca la kat page petua ensaiklopedia melayu lama petua mengatasi medu angin selain dia share petua, dia jugak share info pasal medu angin ni 1. Medu angin berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik y...

tipsy tuesday: doa supaya dikasihi suami/anak/rakan etc

Image
assalamualaikum hari ni nak share satu d oa supaya dikasihi dan disayangi oleh suami/isteri, anak-anak, kaum kerabat, jiran-jiran, rakan-rakan, orang bawahan dan seumpamanya. Amalkan ayat ini setiap hari selepas menunaikan solat fardhu lima waktu. Ter jemahan: Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."   - Surah Ali Imran 3 : Ayat 31 Rujukan:   Buku 'Ikhtiar Penyembuhan Penyakit' Tuan Guru Dato Dr Haron Din kredit to ensaiklopedia petua melayu lama   selamat beramal :)

tipsy tuesday: petua mencuci hati

Image
assalaamualaikum dah lama tak kongsi petua untuk tipsy tuesday hari ni nak share Petua Untuk Mencuci Hati Sebelum tidur, amalkan selalu membaca selawat Nabi  paling kurang dalam kiraan 100 kali.  Cara ini dapat memurahkan rezeki, menenangkan fikiran yang runsing  serta membuat orang sayang pada kita.  Orang yang hatinya bersih, pasti disenangi orang lain  walau di mana jua dia berada. Kesan jangka masa panjang,  bacaan selawat dengan kerap  membuat fikiran kita bebas dari unsur-unsur fikiran negatif,  membuat kita sentiasa bersangka baik  pada situasi-situasi dalam hidup kita.  Sikap suka bersangka baik dapat dibina  dengan mengamalkan bacaan selawat.  Rutin ini dapat mencetus sikap berfikiran positif,  iaitu sikap yang paling perlu dalam usaha kita membina kecemerlangan. kredit to  ensaiklopedia petua melayu lama

TipsyTuesday - Berurusan Dengan Lelaki

assalamualaikum bertemu lagi kita di tipsy tuesday.hehe minggu ni aku nak kongsi tip berurusan dengan lelaki tapi dah lupa sumbernya dari mana tak kisahla sebab benda yang elok kenala berkongsi kan? meh sama sama baca 1. Elakkan berurusan dengan lelaki, selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.  2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.  Elakkan bercakap melalui te...

Tipsy Tuesday - Wahai Suami, Hormati Isteri!

assalamualaikum pesanan untuk kaum adam silah baca dan amalkan okay hidup di dunia memang tak kekal lama tapi kita tetap harus bagi yang terbaik supaya hubungan suami isteri  berkekalan hingga ke syurga hendaknya amin... wahai isteri, apa yang perlu kami lakukan untuk menggembirakan kamu wahai isteri? 01. Selalu  menghargai usaha dan penat-lelah isteri , terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. 02. Bila isteri bercakap,  pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas . Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. 03. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda  kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.. 04. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau ...