Posts

Showing posts with the label ttc journey

TTC Journey 2020 - Part 1

Image
Assalamualaikum. Akhirnya, after 4 years..dibukakan jalan untuk aku kembali proceed dengan infertility treatment. Btw, thanks untuk kawan sekerja last year, dari dia aku baru tahu yang kos IVF di Husm sekarang ni lebih murah if compare dengan 4 tahun lepas. Oh ya, untuk sesi IVF yang dulu di Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT, aku cuma sempat pergi 1x untuk kaunseling. Dapat offer IVF sekali masa bulan Nov 2016 yang terpaksa ditolak. Lepas tu bila call setiap bulan, tak ada rezeki untuk proceed sehinggalah aku malas dah nak call dan biarkan masa terus berlalu. Hujung tahun lepas, macam datang seru tak tahu kenapa. Yakin lepas ni bajet dah ada untuk bayar IVF dan insha Allah tak akan dibazirkan untuk benda lain. So, bila aku decide untuk start treatment balik, benda pertama yang aku buat adalah call HSNZ. Kad rawatan pun dah lupa letak mana, tapi takpe, call je no 09-621 2121 dan minta sambungkan ke talian untuk KLINIK O&G rawatan IVF. Masa tu dalam bulan 11/2019 kot. ...

Plan for IUI ke3

Image
salam. ingatkan bila dah start ivf dah takde treatment kat hospital kota bharu, tup tup awal bulan 8 ritu nurse kol cakap ada temujanji. aku tak tau pun? tapi memang hospital terengganu ada pesan kat aku suh buat iui lagi sekali tapi dah ritu puasa n raya, malasla pulak nak kontek hospital. tapi mandangkan dah ada temujanji aku pergi jelah n doktor wan cakap buatla iui lagi sekali. so bila tunggu period, hari ke2 aku kena pergi ambik darah pastu ambik siap siap Gonal F. oh ya ni Gonal F. kena cucuk sendiri ye kat perut. kalau yang dulu doktor suruh cucuk 2 dos je, tapi untuk kali ni kena cucuk sampai 5 dos. so dapatla 2 batang Gonal F. ada 4 dos je dalam 1 batang pen tu.  maknanya kena start cucuk dari period day3 sampai day7.  walaupun dulu mintak kakak ipar dengan suami yang buatkan, kali ni aku cucuk sendiri jelah. cuma malangnya kali pertama cucuk, aku ingatkan aku dah habis tekan semua ubat tu tapi bila keluarkan jarum, dahla banyak keluar darah, pastu...

1st Visit HSNZ - IVF (Counselling)

Image
Assalamualaikum. dah lama rasanya sejak aku update apa apa pasal treatment aku. last buat IUI bulan 1 so lepas tu aku rileks je tunggu tarikh 4 Mei untuk first appointment IVF. untuk kes di HRPZ II, untuk kes IVF memang akan dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, (HSNZ) Kuala Terengganu. staff nurse inform 2 minggu sebelum tarikh aku n suami kena pergi ambik darah kat hospital. lepas tu bawak sekali surat rujukan n semua result test sepanjang treatment aku 2 tahun ni. disebabkan aku pergi buat test darah pun dah lewat, so surat dari hospital tu last minit baru dapat. sepatutnya hari selasa 3/5 tu memang dah kena ambik surat sebab esoknya dah nak pergi hospital. kebetulan pulak kat tadika aku tengah sibuk ada midterm exam. so pagi tu memang tak sempat nak belek hf pun. adala jugak tunggu nurse kol no ofis tapi takde pulak. aku ingatkan tak jadila sebabnya takut result darah tak jadi. rupa rupanya balik je rumah check hf ada miskol dari no tak kenal. bila aku wasap...

IUI: SECOND ATTEMPT =FAILED!

Image
Assalamualaikum. *update. 10.2.2016 Prosedur kali ni pun tak berjaya jugak. Isnin lepas elok je sempena chinese new year, pagi tu tengok tengok dah period Kitaran 28 hari dari last month. Sehari pun tak lewat. Punctual betul. Takpelah, takde rezeki lagi. Suami pun macam tahu tahu je, tetiba tanya dah period ke belum. Aku diam je. Malas nak jawab. Tengahari tu masa makan baru aku bagitau dia. N tanya nanti nak buat IUI lagi tak? Dia kata ok je. Nanti pergi berurut jugak. Sedikit frust, tapi takpe. Allah kan ada... Jadi, ahad lepas aku dah proceed dengan 2 nd IUI. Tapi untuk IUI kali ni, pengalamannya tak berapa seronok. If kali pertama dulu, progress tu lancar, sekejap n tak menyakitkan. Tapi yang kali ni dahla lama, siap ada bleeding la jugak. N IUI kali ni aku nangis.kihkihkih. Disebabkan dah kali kedua, so takdela excited or berdebar ke hapa. Aku cakap kat suami tak payahla nak rushing sangat ke hospital. So singgah breakfast apa semua n sampai ...

First IUI: Negative

Image
Assalamualaikum Hari ni aku nak sembang result dari iui kali pertama yang aku buat 3 minggu lepas. Sepatutnya lepas dari tarikh buat iui tu, aku akan period 25hb, raya haji kedua. Tapi sebelum tu memang dah rasa pun macam nak period. Tapi nurse cakap if awal kehamilan pun rasa macam tu jugak. Aku tahu percentage iui memangla rendah, tapi still ada sikittttt harapan di situ.hehe Tapi kali ni memang tak terlambat sehari pun period terus datang tepat tepat 25hb. Tak bagi can langsung kat aku.hahaha Sedikit frust tapi takpe, aku tak putus asa pun lagi. Lambat lagi kot nak putus asa.hehe Layan sedih kejap pastu aku okayla. Takkan tak pernah baca kan... Allah takkan uji hamba dia kalau dia tahu kita tak mampu.In sha Allah ujian ni aku masih mampu bertahan lagi.Insha Allah. Bila aku bagitahu suami, dia cakap ok je. Takde rezeki. Nanti kita cuba buat lagi.hehe Suami positif sokmo. Okayla tu. If dia pun emo macam aku, habisla :P Next appointment dengan gynae on 19.11. Lagi s...

9th Visit: Appointment Cancelled!

Assalam. Entah kenapa 2, 3 rancangan yang aku tengok hari ni asik berkisar pasal pasangan susah dapat anak. Adakah semuanya kebetulan atau aku yang terlebih sensitif? Dahla sekarang aku tengah pms. Saje je kan? Paling frust bila 2 hari lepas sepatutnya aku jumpa dengan dr wan untuk dapatkan tarikh iui. Tapi disebabkan aku tak dapat maklumat pasal ada perubahan masa appointment tu, kesudahannya appointment tunda minggu depan. Dahla datang jauh jauh dengan parking sudah nak dapat lagi, tup tup datang sesenang je bagitau kena datang balik next week. Nasib tak baik, sesia je nurse yang incharge tu jadi tempat aku lepas geram. Alasan dia dah kol aku 2x, tapi aku tak angkat. Hellowwwww, dah kol tak angkat nape x sms je? Macamla semua org ni kerja mengadap hf 24jam. Yang ralat tu ada ke dia kol dengan no peribadi. Sepatutnya kol la dengan no klinik. Aku pun tak perasan ada miskol dari no nurse tu. Tapi if dapat miskol dari no ofis at least kita jadi cakna la sikit. Sebelu...

8th Visit: HSG Experience

Assalam. Nak bercerita pengalaman hsg yang aku lalui kejap tadi. Serius, sampai sekarang kalau teringat masih rasa sedih n menangis. Walaupun nurse yang in charge cakap kena datang 2 jam lebih awal, tapi bila aku sampai 12.30, nurse dekat wad mawar cakap kena datang balik pukul 2. Sebabnya pukul 1 dah lunch break, sape pulak nak uruskan hsg ni. So aku pergi surau n lepak je dulu. Masuk waktu zohor, terus solat. Dalam doa, memang dah bermohon semoga dimudahkan segalanya. aku ni penakut, so mintak supaya Allah berikan kekuatan. Pukul 2, aku dah sampai wad mawar lagi sekali. Lama jugak menunggu ada doktor free, sebabnya doktor yang akan bawa aku ke jabatan xray n radiologi. Bila sampai situ, terus tukar baju n pkai baju n kain hospital. then, terus naik katil standby untuk proses. Bila nampak nurse dok sedia alatan, mmg tak tak rasa berdebar pun. Bila dia masukkan spatula n lain lain alat rasa okay jelah. Sebab dah biasa masa treatment sebelum ni. Tapi bila dia nak m...

7th Visit: Appointment For HSG

assalam. bulan ni tetiba kitaran period beralih ke 26 hari. patut period hari ni tetiba je jumaat lepas dah bercuti. takpelah, so hari ni hari ketiga terus apply cuti untuk set tarikh buat HSG. pagi ni datang dengan suami je. lepas dia drop kat depan hrpz, dia terus masuk ofis. so aku naikla tingkat 4, klinik o & g dan cari nurse yang entertained aku last week. so dia bagi borang yang dr wan dah isi rabu lepas. dalam borang tu ada jugak berkaitan dengan alergik yang aku ada. alergik dengan seafood dan ubat selsema. so sebelum proses HSG kena makan dulu ubat. bila aku tengok dr tulis dekat slip tu steroid aku terus macam alamak, aku kena makan dadah? hihi drama je kan. so lepas ambik borang perakuan yang aku ni setuju nak buat HSG ni, kena pergi ke unit x-ray. serah borang dekat situ dan dia bagi satu borang pink. dekat borang tu ada maklumat bila aku kena buat HSG. ingatkan lama lagi, rupanya ahad depan dah kena buat treatment ni. untuk treatment nanti, nur...

6th Visit: Meeting Fertility Specialist/HSG Info

Image
Assalam. Rabu lepas ada appointment  lagi di klinik o&g. Yang pertama untuk tahun 2015 ni. Last aku pergi disember tahun lepas, kena makan clomip dan lepas buat tvs, kena inject pregnyl. Takde rezeki lagi, hehe. So, kenala continue lagi treatment ni. I’ll never stop hokey. ;p Disebabkan appointment petang, so aku drive sendiri je ke hospital. If pagi bolehla pergi dengan hubby. Semua orang tahu betapa susahnya nak dapat parking kat situ, nasib baik bila sampai, kebetulan ada satu parking betul betul depan klinik o&g. Rezeki. Tapi masalahnya aku pulak lupa nak tukar syiling parking. So tebalkan muka masuk 4,5 biji kedai mintak nak tukar syiling, semua cakap takde. Aku nak tukar rm2 je pun. Aku bajet dorang tipu je. Manusia zaman sekarang ni memangla ramai perangai macam ni. Berkira n payah nak menolong sesame islam. Tak molek sangat perangai tau. Tapi masa masuk satu kedai fotocopy, ada sorang nurse kat situ, diala baik hati bagi aku tukarkan syiling. Mur...

5th Visit: TVS ke3/Pregnyl Injection

Assalam. semalam aku ada lagi temujanji untuk TVS(trans vaginal scan) lepas consume clomip yang doc bagi masa temujanji lepas.  so macam biasa first day period terus set up tarikh untuk buat tvs, biasa nurse cakap hari ke 12 atau hari ke 14 lah. temujanji semalam pukul 2.30 petang, tengahari tu lepas solat zohor suami datang ambik.  dia drop aku depan ong clinic pastu dia terus masuk ofis.  semalam sekali dengan aku adalah 4,5 orang.  kali ni kena buat tvs dekat labor room sebab dekat clinic dorang standby untuk banjir. disebabkan aku ni jenis cekap dan pantas, so dapatla turn nombor 2. Bila nurse cakap sape nak buat dulu, cepat cepat aku offer dia. orang lain bila nurse cakap kena buang air dulu, dorang kena pergi balik klinik ong, aku malas.  so aku cari je tandas dekat wad pesakit, lagi cepat.hihihi semalam ingatkan nak scan tvs je.  rupanya aku kena ambik pregnyl injection sekali.  bila aku tanya nurse kata suntikan...

4th Visit HRPZ II: Meeting Fertility Specialist

Image
Assalamualaikum. Rabu lepas temujanji kali ke3 dengan klinik o&g. Yang kelakarnya temujanji pukul 2 petang, tapi aku ingatkan pagi. Otw pagi tu baru belek kad temujanji then realised yang timing salah. So suami hantar aku masuk kerja jelah. Tengahari dia janji akan datang ambik. Tapi dah kakak kebetulan nak datang hantar tart yang kawan2 tempah, lepas tu dia nak ke husm ada temujanji anak sedara, so mintak dia tolong hantarkan aku ke hospital. Tak payah suami berulang alik. Kali ni temujanji barulah jumpa dengan pakar fertility. Sebab tu timingnya petang. Sampai je kat klinik dah dekat 3pm pun, tapi klinik lengang je. Ada 2, 3 orang je kot. Lepas check tekanan darah n berat terus masuk bilik doktor. Last timbang 58.6, hari ni 59.9kg. Syabas muis, ada peningkatang berat sokmo.huhuhu Rasa macam diet dah makan nasi sekali sehari. Nape makin gemok??????? Bila masuk jumpa pakar, ingatkan dia check la apa apa. Rupanya sekejap je jumpa tak sampai 15 minit pun. Dia j...

3rd Visit HRPZ II: TVS-ke2

Image
Assalamualaikum. Hari ni appointment kali ke2 yang aku tunda masa demam hari tu. Macam dulu jugak, if hari appointment, memangla ramai orang. Aku sampai klinik o&g ni pun dekat 830. Padahal lepas subuh tadi terus bersiap. Tapi dah nama tumpang orang kan, harusla ikut masa orang. Suami pukul 8 baru siap. Sempatla aku muncung seround. Menyampah. Kalau dia awal awal lagi bagitau nak masuk kerja lewat, takdela aku bersiap awal sangat. Sementara menunggu dia, sempat lagi aku jemur baju n tengok tv. Yela, dah orang ramai, of datang lewat, mestila siap lewat. Dia takpela masuk ofis. Kita nilah yang kena tercongok sini berjam jam.huhu. Okay, habis membebel kat suami. Lepas daftar, macam biasa timbang berat dengan ambik blood pressure. Nurse cakap berat naik 1.5 kg dari last visit. Great job. Makan banyak lagi ye muis. Masa kt rumah dah makan epal sebiji. Otw datang sini makan wafer crunchy nestle 1 bar. Lepas tu pergi kedai cari roti bilis n milo. Cukupla alas pe...

2nd Visit HRPZ II: TVS-kali pertama

Assalamualaikum. Lepas first appointment hari tu doktor ada bagi clomid. So lepas makan clomid aku kena datang lagi ke hospital untuk buat tvs. Hari ke2 jatuh hari sabtu so esoknya hari ahad aku terus kol linik o&g. Then nurse bagi tarikh, aku ada appointment hari rabu minggu lepas, hari ke 14. Kalau difikirkan nasib baik appointment bulan puasa hari tu aku demam, so terpaksala tunda. Sebab masa tu aku tak buat tvs lagi. Ni dah buat tvs, next appointment awal bulan nanti bila jumpa doktor senangla sebab result tvs dah ada. Memang aku tak tahu tvs tu apa, dan aku malas nak tanya, malas nak google. Sebabnya aku takut nanti if aku terbaca yang bukan bukan aku jadi takut.huhu So pagi rabu aku pergi dengan suami je. Lepas drop aku depan klinik o&g, suami masuk ofis. Rasa macam ok jugak buat treat, ent dekat hrpz ni sebab dekat dengan ofis suami. If buat dekat husm, mesti aku kena pergi sendiri. Kali ni sampai je orang tak ramai. Terus daftar dan kena bayar rm5....

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Assalamualaikum. Dah berapa bulan baru nak update pasal treatment dengan gynae. Akhirnya selepas berfikir panjang dan berbincang dengan suami, aku putuskan unuk mulakan rawatan dekat hospital. Seriously. Rasa macam dah tak sanggup nak menunggu macam menunggu buah yang tak gugur. Lepas sebulan sebulan berlalu, mengandungnya tak.huhu So first step, berdasarkan pertanyaan dari orang sekeliling, dan aku jugak ada bertanya di husm, so aku tak boleh direct ke klink o&g, tapi aku kena pergi check dulu di klinik untuk dapatkan reference letter then barulah boleh dirujuk ke pakar sakit puan. Aku pilih ke klinik kerajaan je, sebab fikir senang kakak ipar ada kerja klinik. Nak buat apa apa lebih mudah dan cepat. So lepas pergi klinik, mula mula sekali kena ambik darah hari ke 2 dan hari ke 21 period. Dekat 3 kali jugak aku berulang ke klinik untuk proses ambik darah dan hampir sebulan jugak menunggu barulah result keluar. Bila result test darah dah keluar, doktor cakap hormon aku...