Posts

Showing posts from July, 2013

menang coach wristlet

Image
assalamualaikum jumaat lepas tak sangka la murahnya rezeki nak dapat barang free memandangkan aku ni jenis yang takde ong kan memang jarang la sangat kalau nak menang apa apa so bila tetiba nama aku randomly terpilih hepi tak ingat duniala.hehehe alkisahnya jumaat lepas masa kat rumah mak tatkala orang lain sibuk di dapur aku pulak kat luar bukak lesson plan sambil sambil tu online fesbuk tup tup ternampak satu page jual handbag yang aku like Hermosa Collection  announce yang dia akan cari a new winner untuk give away coach wristlet memang aku dah perasan hari khamis dia dah announce nama winner tapi agaknya orang tu tak muncul nak redeem hadiah dia so aku pun try jelah senang je just like ataupun comment kat bawah gambar dia cakap akan pilih pemenang sama ada yang like atau yang komen randomly masa tu pukul 2 lebih dan admin hermosa collection cakap akan announce pemenang ni pukul 3pm then aku teralit sikit siap pergi rumah nenek ambik rice co

menjelang hari raya

Image
assalamualaikum sabtu minggu lepas aku, suami dan anak ke bandar katanya nak carila baju raya untuk anak kan tahun ni pun aku takdela beriya sangat jahit baju je 3 pasang tak beli yang siap pun suami pulak dah beli baju melayu siap dengan kawan ofis dia so memang misi sabtu lepas nak cari baju raya anak dan beli barang dapur jelah tahun ni aku request suami nak pergi parkson je taknak kb mall sebab dah boring lagipun pergi parkson boleh guna kad bonuslink bertambahla jugak point aku.hehe masuk masuk je parkson terus singgah kaunter valentino rudy terberkenan la pulak satu purse siz medium lipat lipat material kulit tinted warna dark purple tengok harga pun murahhhhh je sebab ada less 70% bila cakap kat suami dia cakap tak payah sebab sekarang ni dah ada 2 purse pakai yang tu baik buruk dulu penyakit aku ni kalau dah berkenan kat satu satu barang tu kalau boleh nak la jugak so memang agak frust di situ mulala rasa tak happy dan nak

majlis berbuka puasa di rumah mak

Image
assalamualaikum cerita jumaat lepas rumah mak buat majlis berbuka puasa kebetulan aku tak ada tuisyen sebab cuti nuzul quran so dalam pukul 10 lebih akundah gerak balik rumah mak dah bawak siap siap baju sebab ingat nak tido sana tapi lepas majlis tu aku macam pening tengok budak ramai sangat dengan bising semua so aku ambik keputusan balik jelawat sebab cadangnya nak siapkan lesson plan kalau dengan gangguan dengan bebudak tu manala boleh nak buat kerja menulis ni siang tadi pun habis kertas aku dah diconteng.huhu berbalik pada majlis buka puasa memangla aku balik awal tapi bukan aku menolong sangat pun.hehehe macam biasala rumah aku kalau buat kenduri makcik dah ramai tambah dengan kakak, kak ipar lagi buat menyemak je kalau aku masuk dapur pun tapi bila dah siap hidang semua barula aku masuk dapur dengan tab di tangan.hehehe nilah kejenya masuk dapur tangkap gambar lauk.huhuhu antara lauk berbuka petang jumaat tu bawal sweet

buang tebiat nak..........

assalamualaikum tak tahula kenapa dengan diri aku sejak dua tiga menjak ni walaupun tak boleh puasa tapi tak selera nak makan nasi memang taknak langsung bazar ramadan pun malas nak singgah dah dua hari ni aku tak masak apa pun nasib baik suami okay sajo naik makan berbuka puasa rumah kakak dia jelah aku balik je rumah terus mandi and lepak sapu minyak cap kapak and baring malamnya kalau rasa lapar makanla sikit kalau tak tidur macam tu sajalah malam tadi makan megi cup satu cup tu selalunya licin tapi malam tadi separuh je habis pelik bin ajaib sungguh kalau tak period mau aku suspek aku pregnant ni.hihi kalau awal puasa aritu kemain lagi aku cergas dan aktif elok je tak boleh puasa aku asyik rasa letih je memang rasa tak bersemangat kat tempat kerja badan sendiri tahula perbezaan kan lagi satu yang aku perasan sekarang ni aku suka makan coklat lepas makan kalau dulu lepas makan rasa nak pekena asam je sekarang ni aku bolayan je kat asam rasa nak makan co

turun 2kg

assalamualaikum wahhhhh bahagianya rasa hati ku ini jumaat lepas masa pegi market pijak je penimbang tengok tengok berat dah turun 2kg lebih kurang.wakaka terus rasa hepila sesangat berkat bulan ramadan tapi memang semenjak dua menjak ni aku tak selera makan berbuka makan satu senduk bersahur pun tak masuk hari ni dah tiga hari aku bercuti puasa pun still tak berapa ada selera sangat semalam aku makan sikit je tengahari petangnya masa berbuka suami makan aku cuit cuit je karipap segera yang aku goreng then aku tertidur dalam 9lebih masa dok layan drama korea kalau berterusan macam ni sampai akhir puasa bagusla ringan la sikit rasa tubuh badan aku ni kawan tadika pun cakap pipi aku nampak dah kempis sikit.hehe orang perempuan memang macam ni kan perangai? naik berat sikit stress turun sikit je gembira ntah macamana la orang yang obesiti tu tak boleh aku nak bayang padahal berat aku sekarang berat badan ideal je pun cuma tang paha tu la yang rasa tak se

resepi mudah: daging goreng serai

Image
assalamualaikum semalam untuk berbuka aku masak je tak tahula kenapa 2,3 hari ni tak selera sangat nak makan pergi jugak bazar dengan suami tapi aku just beli agar2 dengan popiah je aku cakap kat suami nak masak so semalam aku masak tomyam pastu buat daging goreng serai macam dah boring jugak asyik buat dahing lada hitam dengan daging goreng so aku decide nak buat daging goreng serai pulak actually resepi ni dah lama aku simpan last masak masa kat uitm dulu tomyam ayam aku masak sikit je cukup untuk berbuka dengan sahur letak sayur cendawan tiram lobak merah sejak puasa nilah first time aku makan tomyam daging masak serai suami first time makan kot dia sukala agaknya laju je makan ke laju sebab lapar berpuasa.hehe then bila aku try bagi aku agak tawar sikit memang aku letak garam sikit je sebab takut termasin actually semalam aku dah start cuti berpuasa tapi style aku masak memang aku jarang sangat try tak tah

main teka sayur

Image
assalamualaikum hari ni nak share aktiviti hari ni dalam kelas kebetulan jumaat lepas aku baru lepas beli barang dapur sikit so hari ni bawakla datang tadika boleh buat main teka teka nama sayuran dengan students kalau tangguh tangguh kang habis pulak sayuran ni aku buat masak aku just print nama sayuran lepas tu bagi setiap students untuk gunting  so setiap orang akan ada set jawapan ynag sama lepas tu aku suruh dorang tulis nama kat belakang then aku panggil sorang sorang datang depan dan letakkan jawapan dorang dalam 11 jenis sayuran tu serai yang semua jawab salah semua jawab lemon grass untuk lemon padahal tu pun bukan lemon tapi limau nipis aku beli yang besar dan kulit dah bertukar kuning hehehe kesian bebudak kena trick kat aku.wakaka

ramadan kareem day #9 & day #10

Image
assalamualaikum bersahur pagi semalam aku masak sardin masa berbuka petang rabu aku cakap kat suami kalau lauk berbuka habis baru aku masak sardin.hehehe terus dia ok je so pagi tadi bangun 4am dok ketang ketungla aku tumbuk bawang kat dapur sambal sardin dengan telur dadar ada jugak ikan gelama masin aku goreng letak bawang dan lada sardin setin kecil je pun tapi makan dua orang pun tak habis aku cakap kat suami sahur esok makan sardin ni jugak.hehehe pagi ni pulak suami je bangun sahur makan lauk lebihan berbuka aku malas dan tak selera just bangun minum air suam segelas je menu berbuka petang semalam dengan hari ni semalam aku masak daging lada hitam lepas tu udang goreng kunyit ada juga kuih akok dengan popiah untuk hari ni aku masak ikan siakap 3 rasa dengan kerabu sotong ntah apala rasa kerabu sotong aku tu first time buat padahal aku tak suka sotong sangat pun saja buat untuk suami hari ni pun anak ada berbuka sekali

ramadan kareem day #7 and #8

Image
assalamualaikum dah petang baru nak update menu semalam dengan hari selasa paginya bersahur aku tak masak apa pun plan nak masak sardin tapi lauk berbuka lebih banyak so taknak la membazir supaya tak jadi kawan syaitan kan so makan balik yang tu je masa bersahur lepas tu tambah dadar sahaja.hehehe okay apa telur dadar dengan nasi panas dan kicap sahur semalam pulak aku buat daging goreng kunyit selera la sikit makan bila bersahur ni menu berbuka hari selasa ada ayam percik, gulai ikan tenggiri dengan gulai ayam ada jugak nasi ayam ada juga lauk sampingan lain aku malas nak snap.hehe ni menu berbuka semalam aku beli kerutuk daging suami beli ayam madu sambal udang yang kak ipar masak sambal ikan bilis tu ada lagi sebab stok ada boleh tahan 3,4 hari.hehehe hmm tu sajalah menu berbuka pi mai pi mai lauk tang tu jugak hari ni memang aku dah jem nak makan apa ingat nak balik masak je.huhuhu

riley maxi dress-navy scarf print

Image
assalamualaikum minggu lepas aku beli lagi selai dress poplook tapi tak beli dam web poplook beli yang preloved dalam group tpl walaupun aku buat payment minggu lepas tapi aku suruh adik tu pos ahad lepas buat alamat tadika senang dapat terus ke tangan aku kebetulan je minggu lepas masa dok rilek rilek kat rumah bukak gruop tpl tengok ada yang nak letgo riley maxi dress sebab aku dah ada 2 helai penny so kali ni nak try yang jenis lain la pulak harga pun reasonable so aku terus book riley maxi dress-navy scarf print size M harga TPL rm79.00 tapi adik tu letgo kat aku rm55 sajo memangla preloved tapi condition memang tiptop 10/10 macam tak pernah guna pun topnya guna jersey material skirt pula slinky material corak tu memang berkenan la sangat tapi bila aku try bahagian atas tu walaupun longgar sebab bust 44 tapi still nampak macam melekat di badan bawahnya tang skirt memang ok sesangat material jatuh, lembut dan best sebenar

ramadan kareem day #6

Image
assalamualaikum bersahur hari ke 6 macam biasa aku buat goreng gorengan sajalah goreng ikan bawal garing garing, letak bawang dan lada hijau makan dengan kicap panas panas, ada jugak lawar masam masam pedas suami pun makan bertambah.hehe aku pun bertambah jugak tapi sikit sajalah untuk berbuka pulak semalam aku ajak suami singgah bazar peringat dah boring asik meround bazar jelawat bazar peringat ni memangla lagi besar dan lebih banyak pilihan seronokla meround pening dok tengok kiri kanan last last beli bukan banyak pun.hehe lauk pilihan semalam ikan keli dan paru berlada daging bakar sambal tumis ikan bilis kerabu mangga yang kelakarnya semalam aku sampai berebut ikan keli dengan suami bila aku nampak dia makan banyak aku pun soundla 'eh b punya parula, ikan keli ni syg punyala.hehe..." dia wat dek saja dia nak sangat beli paru lepas tu siap komplen cakap paru mahal last last dia tak habiskan pun daging ba

ramadan kareem day #5

Image
assalamualaikum hari kelima bersahur ada lebihan lauk berbuka tapi aku goreng jugak ikan kerisi letang bawang besar dengan lada suami makan yang tu saja aku macam biasala lauk bergoreng letak kicap selera la sikit bersahur untuk berbuka pula suami cuti so dia tunggu di bazar je petang semalam bila aku sampai suami baru nak keluar rumah so aku jalan dulu meround bazar nak cari ikan tongkol goreng pedas tapi tak ada orang jual pun nak masak sendiri ikan tongkol pulak tak ada ni jelah menu berbuka semalam aku beli kepak ayam masak kicap murah je 6 ketul rm2 pastu aku beli ikan pari bakar mulanya nak buat makan dengan kuah santan yang baki semalam tengok tengok dah basi so guna pencicah air asam yang dia bagi je aku ni pulak tak makan air asam sebab aku penggeli dengan belacan so aku suruh suami bagi kat rumah kakak dia je dari membazir macam tu then suami beli solok lada dengan sambal kacang aku pulak macam biasa la kena ada lawar l

syaitan di bulan puasa

Image
assalamualaikum dah lama aku tak share pasal karenah students kat blog ni memangla tiap hari bermacam karenah sampai taak larat nak cerita.huhu nak dijadikan cerita semalam adala students tanya bulan puasa ni betul ke hantu syaitan kena ikat aku cakap betulla tapi cuma syaitan dalam diri jelah yang dok ada aku bagila contoh syaitan syaitan ni dok menghasut suapaya tak puasa dok hasut supaya malas solat dok hasut supaya nakal tak dengar cakap cerita kebetulan ada seorang students aku ni jenis yang mudah terlelap kadang kadang dalam kelas sambil buat kerja pun boleh tertidur aku cakapla dia selalu mengantuk sebab ada syaitan bergayut kat mata dia pastu bila aku cakap macam tu dia gelak sajalah petang tu masa masuk iqra dia tengah menulis huruf jawi tup tup bila aku pusing tengok dia dah tertidur aku pun terusla cakap " eh keke dah tidur!" then terus sorang students aku yang nakal dan aktif nama irfan dengar je aku cakap keke tidur

ramadhan kareem day #4

Image
assalamualaikum semalam berpuasa aku tak bangun sahur pun, malas.. lagipun suami balik jelawat so tak payah nak siapkan apa apa memang mak ada kejut aku just bangun buka pintu then tidur balik check mesej ada suami mesej pukul 5 lebih haram aku tak sedar apa pun aku terjaga balik subuh 630 sebab alarm berbunyi then sambung tidur balik sedar pukul 8 lebih bangun siap nak ke tuisyen balik tuisyen aku melepak rumah mak je beli sayur bayam suruh mak buat sayur lemak dah lama tak makan suruh juga mak buat kuah santan untuk ikan pari bakar ikannya aku pesan suami suruh beli yang dah siap bakar dalam 5 lebih aku gerak balik jelawat dah malas nak singgah bazar lagipun semua yang nak dah kirim suami belikan je kalau hari cuti orang pergi bazar lagi awal dalam pukul 6 tu memang kebanyakan lauk dah habis menu berbuka semalam puding gula hangus dengan buah melaka @ onde onde yang mak buat aku tolong golekkan atas kelapa parut je.heh

daddy's day out

Image
assalamualaikum 2 minggu lepas aku cuti sebab ayah cakap kat pergi klinik bandar kota bharu memang aku jarang je cuti kalau ayah ada nak klinik atau hospital baru aku cuti disebabkan bukan nak ke husm so aku gerak rumah mak lewatla sikit sampai klinik kota bharu dalam pukul 11 orang pun tak ramai lagi dalam setengah jam ayah dah boleh masuk jumpa doktor sekejap je lat dalam tu ayah keluar bila aku taya ayah doktor cakap apa dia cakap tak best doktor kat sini dia cakap kat husm doktor baik baik kalau doktor perempuan lagi baik banyak tanya banyak explain ni ayah cakap doktor lelaki tu dahla tak mesra lepas tu tanya endah tak endah saja kebetulan pulak kali ni jumpa doktor aku tak masuk selalu memang aku buat muka tak malu masuk je tanya doktor macam macam dah nama orang tua mestila sensitif sepatutnya doktor ni nak melayan orang mestila mesra kan kalau tak baik tak payah jadi doktor teringat pulak kat husm dulu masa jumpa pakar jantung kem

ramadhan kareem day #3

assalamualaikum pelik sungguh puasa hari cuti aku rasa lagi penat dari puasa hari bekerja kalau kerja walau puasa rasa cergas semacam je tapi mungkin sebab aku makan sahur sikit je kot so gambar lauk sahur pun tak snap just makan lauk lebihan berbuka pastu aku goreng sotong sahaja hari ni berbuka rumah mak dalam 530 aku dan suami gerak pi bazar banyak juga beli lauk penuhla meja campur lauk rumah mak tapi malas juga nak snap aku pun makan nasi sesenduk je tak bertambah hari ni terawikh ayah jadi imam sebab tok imam tak sihat tapi aku tak pergi pun.wakaka mak tanya nak pergi ke tak aku angguk angguk tup tup dengar bunyi motor mak dah cepat cepat pergi sebab dah dengar ayah azan agaknya mak ingat aku nak balik jelawat takpelah malam ni rehat.hehehe lagipun memang dah kuyu je mata nak tidur awal sebab rasa macam tak cukup tidur.huhu esok pagi ada tuisyen pula silap gaya nak karang sahur pun aku tak bangun

ramada kareem day #2

Image
assalamualaikum malam tadi tido lambat, dalam 11 lebih baru tidur bila on alarm ada lagi dalam 5 hours sebelum nak kena bangun balik dahla aku ni jenis yang kena atleat 7,8 jam tidur.huhu sempena bulan puasa nak bangun sahur ni aku set alarm setiap 1/2 jam bermula pukul 4 sampaila last alarm pukul 7, in case tak sedar matila kalau sorang takpe tak sahur tapi nanti sian kat suamila lauk bersahur ini hari daging goreng kunyit, gulai dalca daging, paprik ayam dan ikan tenggiri jeruk suami suka kalau lauk basah goreng kunyit so tiap pagi sahur wajibla buat  kalau lauk lain suami makan gitu gitu je hari khamis suami balik kerja awal so aku tumpang kawan saja tunggu suami kat bazar jelawat then macam biasa kami meround lagi satu bazar hari ni aku tayang lauk satu satu la, banyak sikit gambar.hehe suami beli ayam golek sebelah rm10 sosnya tak best meleleh likat gitu je malam tadi aku habiskan ratah dengan sos cili thai lagi sed

imam hensem, dahlan husin, air sirap, lampu masjid & dot dot dot

Assalamualaikum jap tadi sampai je masjid tengok ada air sirap kat ruangan depan masjid wah menarik ni memang elok sangatla lepas solat leh pekena sirap sejuk segelas masjid kg aku seumur hidup rasanya tak pernah prepare air sirap moreh apatah lagi jauhla panggang dari api.huhuhu then bila naik masjid aku pilih port dekat dengan pintu tapi sebab saf depan aku kosong aku naikla nak penuhkan tup tup masa nak start terawikh ternampakla imam muda yang jadi imam terawikh tengok dari tepi je fuhhhh hensem tak hingat astaghfirullahalazim.... pergi masjid nak buat pahala, tapi yang dapat dosa nasib baik tertengok sekali je kalau lebih dari sekali baru dosa kan? wakaka masuk rakaat keempat tup tup lampu menyala terang benderang sebelah perempuam patutla aku ngantuk tak hengat dah lampu tak bukak semua ala ala bilik pengantin baru je suramnya dah buka semua lampu barula terang bijik mata aku ni otw balik buat buat tanya suami aku: b, imam tu muda ke? suami: mudaaaa....

ramadan kareem day #1

Image
assalamualaikum syukur alhamdulillah bertemu lagi ramadhan tahun ni cepat sungguh rasa masa berlalu pejam celik dah masuk bulan ramadan balik bulan ramadan ni antara bulan yang aku sukala selain syawal memang rasa tak sabar nak dapat feel berpuasa di bulan ramadan ni tahun ni juga kali ke3 la aku berpuasa bersahur dengan suami suami memang dia nak bangun bersahur kalau macam aku dah biasa je puasa tanpa bangun sahur kalau tahun lepas aku bangun pukul 430 tahun ni aku bangun lebih awal pukul 4 pagi dah bangun pagi tadi sahur aku just masak sambal tumis udang petai bahan bahan dah siap prepare malam sebelum tidur bangun nak sahur tu tinggal campak dalam kuali sajo then aku goreng ikan sardin rebus dengan ada lebihan gulai ayam tapi suami tak jamah pun gulai aku pun tak makan jugak cukup dengan nasi panas dan kicap je siap masak dalam 430 so aku terus mandi and solat sunat pukul 5 siapkan makanan dan kejut suami pagi tadi sahur selera j

kena saman di pagi jumaat

Image
Assalamualaikum pagi semalam tak ada kelas tuisyen so aku berpakat dengan ticer na nak pergi berurut so dalam 840 aku suruhla suami hantar sampai ke jelawat dia just pakai kain pelikat dengan jaket je lepas drop aku kat pasar kuih suami cakap nak pergi isi minyak jap lama la jugak aku singgah beli kuih lepas tu aku jalan kaki ke tempat yang kawan nak pick up tetiba ternampak ada 3 org polis ke jpj aku pun x sure tengah berdiri tepi jalan bila aku gerak depan lagi aku nampak motor suami aku dan dia pun ada bertenggek kt situ aku terus panggil suami dia pusing dan bila nampak aku terus tersengih haaa kan dah kena saman tula tak pakai topi keledar sangat nasib baik wallet bawak kalau tak kena jugak cas tak bawak lesen then aku pergi dekat suami sambil bisik nape b nampak dorang tak pusing je masuk parking, kat celah kereta depan deret kedai tu? suami cakap ingat boleh slow talk iyerrrrr slow talk la sangat kan memangla area k

demam af dolu dolu

Image
Assalamualaikum malam ni balik tidur rumah mak tetiba ternampak koleksi cd af zaman dolu dolu.huhu terus ambik mainkan kat laptop nasib baik elok je lagi teringat pulak zaman kegilaan af dulu tapi aku tak layan semua season pun yang paling aku suka season 2 la yang zahid jadi pemenang lepas tu layan yang season 3 pasai ada mawi, huhu teringat pulak masa ni aku tengah diploma kat uitm machang tak cukup dengan tengok yang live malam konsert aku tak miss jugak yang siaran ulangan siap hafal lagi masa siaran ulangan pukul berapa kalau tengahari memang aku berkejar la balik kelas, cepat cepat pegi makan and panjat naik tingkat 4 semata mata nak tengok af kalau aku sorang kawan taknak join pun aku tade hal tak muat duduk kat kerusi aku bedal duduk kat tangga, bersila kat lantai.hehe minat punya pasal sanggup je time outing pulak memang tuju kedai jual cd la tiap minggu dok tertunggu tunggu nak beli cd konsert mingguan masa tu aku memang

tak mungkin kerana sayang ;p

assalamualaikum petang semalam balik kerja dengan suami naik motor separuh jalan hujan turun agak lebat so singgahla berteduh kat kedai then bila dah agak reda aku ajak suami terus balik separuh jalan ternampakla teksi ayah kepada bekas kekasih sebelum suami.huhu suami pun cakap syg pergila tumpang, hujan ni kan.. sambil tersengih saja nak mengusik akula tu selalu kalau terserempak tengah jalan ada jelah ayat ayat dia nak pekena aku aku pun jawab balik kalau jadi menantu dia dah hari  hari syg naik.huhu dia just tersengih je.. Padahal dulu masa sekolah naim memang tiap minggu aku asik naik teksi ayah ex je Tapi tak ada rezeki nak jadi menantu dia.. memangla orang lelaki ni berbeza dengan kita perempuan ni kalau aku ada nak usik macam tu suami aku dengan ex dia? takde maknanya mau aku meletup macam gunung berapi kalau suami ada mention apa apa kalau boleh taknak bagi sebut taknak bagi ingat pun kalau boleh kenangan yang ada dalam kepala tu nak korek buang semua k

muis classroom decorations

Image
assalamualaikum dah masuk pertengahan tahun baru nak update pasal classroom decoration tahun ni tu pun pasal dah complete baru nak update sebelum ni memang dah ada pun tapi ada yang tak complete lagi ada yang dah terkoyak terkopek semua nak kena buat yang baru nasib baik 2 minggu lepas LC hq datang untuk short training so berhempas pulasla aku mendecorate kembali kelas dahla tiap hari memang sibuk dengan kelas dengan students semua so pandai pandaila kena curi masa.huhu untuk mana yang tak tahu aku ni kerja guru tadika je pun tadika aku salah sebuah tadika di kelantan yang menggunakan program little caliphs islamic-english-creative pendekatannya.hehe islamic bolehla, english okayla, cuma bab creative tu kureng sikit.huhu bab bab nak kena buat hiasan dengan art n craft memang aku blurla sikit selalunya aku ciplak idea and just re create balik je tak ada masalah pun kat majalah banyak, kat google berlambak.hehe    katanya aku ticer