2nd Visit HRPZ II: TVS-kali pertama



Assalamualaikum.


Lepas first appointment hari tu doktor ada bagi clomid. So lepas makan clomid aku kena datang lagi ke hospital untuk buat tvs. Hari ke2 jatuh hari sabtu so esoknya hari ahad aku terus kol linik o&g. Then nurse bagi tarikh, aku ada appointment hari rabu minggu lepas, hari ke 14.

Kalau difikirkan nasib baik appointment bulan puasa hari tu aku demam, so terpaksala tunda. Sebab masa tu aku tak buat tvs lagi. Ni dah buat tvs, next appointment awal bulan nanti bila jumpa doktor senangla sebab result tvs dah ada. Memang aku tak tahu tvs tu apa, dan aku malas nak tanya, malas nak google. Sebabnya aku takut nanti if aku terbaca yang bukan bukan aku jadi takut.huhu

So pagi rabu aku pergi dengan suami je. Lepas drop aku depan klinik o&g, suami masuk ofis. Rasa macam ok jugak buat treat, ent dekat hrpz ni sebab dekat dengan ofis suami. If buat dekat husm, mesti aku kena pergi sendiri.

Kali ni sampai je orang tak ramai. Terus daftar dan kena bayar rm5. Rupanya boleh je guna GL suami tapi aku lupa nak bawak. Suami suruh tunggu dia nak hantar dari ofis tapi aku cakap tak payahla, rm5 je pun. Kalau rm50 mesti aku dah suruh hantar dah.hehehe

Macam biasa, lepas daftar kena timbang berat dan tekanan darah dulu. Kemain lagi aku eksaited nak naik penimbang sampai nurse tergelak suruh slow slow sikit, nampak sangat aku ni ganas.huhu..Bila timbang, mak aihhhhh. Terkejut badak aku. 57.6kg. Gilossss. Aku mati mati ingat berat aku masih maintain 56kg. Frust sungguh. Tapi nurse pandai je cakap berat ideal lagi tu, tak gemuk lagi. Pastu cakap naik berat sebab aku makan ubat hormon clomid tu. Whateverla....jangan gedempol sudah.

Lepas tu kena panggil untuk scan dan kena kencing dulu. Then barula aku tahu tvs tu rupanya scan bawah. Gulp! Sampai turn aku, lepas baring je, kumat kamit la aku berzikir. Mau tak berdebar. First time ni weh. Nampak pulak alat scanner tu panjang dan berbonjol sikit kat hujung. Dekat situ dia letak cecair tu. Lepas tu depan aku ada skrin jugak, so dapatka aku tengok telur telur aku tengah berenang renang dalam swimmming pool.hehehehe

Serius masa dia masukkan tu tak rasa apa pun, tak sakit pun. Then aku ralit je dok tengok dekat skrin tu. Yang aku sempat dengar nurse tu cakap belah kanan takde telur. Belah kiri je ada dan telur tu dah elok je semua dah berpecah dengan sendiri.

Mulanya aku ingat bila telur berpecah maksudnya tak ok, tapi rupanya memang dia nak telur tu berpecah, if tak nurse cakap kena suntik untuk pecahkan telur tu, nasib baik!!! Then dia cakap bolehla terus bersama dengan suami, kerap sikit, tiap hari ke sepanjang masa subur ni. Lepas tu aku pun sibukla dok tanya mana mana yang aku musykilkan. Nurse semua baik je melayan explain itu ini. Nasib baikla aku ni bukan jenis pemalu nak tanya macam macam. If tak tanya tak tahu kan?

Lepas setel semua, aku dah boleh balik. Tunggu untuk next appointment jelah 1.10 nanti. Nasib baik kali kali ni tak lama. Ingat first time datang dulu dari pukul 8pagi dekat pukul 2 petang baru siap semua.

Nurse cakap next appointment ni tengokla nanti doktor nak proceed macam mana. Jeng jeng jeng...







Comments