Monday, July 22, 2013

resepi mudah: daging goreng serai




assalamualaikum


semalam untuk berbuka aku masak je
tak tahula kenapa 2,3 hari ni tak selera sangat nak makan
pergi jugak bazar dengan suami tapi aku just beli agar2 dengan popiah je
aku cakap kat suami nak masak
so semalam aku masak tomyam pastu buat daging goreng serai
macam dah boring jugak asyik buat dahing lada hitam dengan daging goreng
so aku decide nak buat daging goreng serai pulak
actually resepi ni dah lama aku simpan
last masak masa kat uitm dulu




tomyam ayam
aku masak sikit je cukup untuk berbuka dengan sahur
letak sayur cendawan tiram lobak merah
sejak puasa nilah first time aku makan tomyam





daging masak serai
suami first time makan kot dia sukala agaknya laju je makan
ke laju sebab lapar berpuasa.hehe
then bila aku try bagi aku agak tawar sikit
memang aku letak garam sikit je sebab takut termasin
actually semalam aku dah start cuti berpuasa tapi style aku masak memang aku jarang sangat try
tak tahula kenapa  tapi aku letak je perasa sesuka hati aku then done!
 masa makan tu jelah aku tahu kalau tawar ke masin.hehe

okay kat sini nak share resepinya

600 gram daging
halia-tumbuk
garam

daging dipotong nipis dan diperap dengan halia dan garam selama 10-15 minit


*7 tangkai cili merah
*3 batang serai serai
*6 ulas bawang putih
*10 ulas bawang merah
*2 cm halia
*3 cm lengkuas
*1 sudu jintan manis & 1 sudu jintan putih
2 sudu kerisik
bawang besar & tomato-potong bulat
garam, gula dan perasa

panaskan  minyak dan kisar bahan bertanda
kacau dan biarkan sampai pecah minyak
masukkan daging yang telah digoreng tadi, kerisik, garam, gula dan perasa
masukkan bawang besar dan tomato dan kacau rata
siapppp

sukatan bahan tu aku tulis ikut resepi
kalau aku buat aku anggar sendiri je banyak mana
kalau banyak daging lebihkan bumbunya
barula dia elok basah melekat di daging
kalau bumbunya kurang nanti kering tak sedap pulak
cubala buat dijamin sedappppp
baunya pun pergghhh tergugat iman kalau puasa :)








3 comments:

wawa syaida said...

2-2 nampak sedap....tere muis masak...wawa ngah belajar lagi ni

cha said...

haha u pun mcm i bulan puasa byk gmbr makanan je :p

sedapnyaa daging serai tu nanti boleh try hee

nik ros said...

rajin nyer masak.sedap jea tgknyer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...