Saturday, December 22, 2012

resepi mudah:sambal sotong kering ala muis


assalamualaikum

semalam kat pkt beli sotong and udang besar besar
so tengahari ni ingat nak buat sambal sotong jelah
Ala bukan susah pun
Bahannya sama saja macam nak buat sambal sardine ni

 Cuma kali ni guna sotong
Senang sajakan..
aku kalau masak sotong memang aku siang kulitnya biarkan putih je
Ada kawan cakap dorang masak tak buang pun kulitnya
Tapi kulit sotong macam lembik berlendir  sajakan
aku macam geli je, lepas tu tak cantik
aku suka kalau sotong aku tu putih mulus suci murni.hehe



ni gambar lama yang aku masak bulan lepas
sebulan sekali ke kena masak sambal; sotong?hihi


bagi aku kalau nak masak sotong ni aku suka masak kejap je
kalau lama sangat nanti sotong tu jadi liat atau chewvy
bak kata pengadil masterchef malaysia.hihi

lepas tu kalau buat sambal macam ni aku suka kering je
memang tak suka berkuah
biasa aku tambah sikit saja air sebab taknak dia jadi hangat 
bila berair lebih sikit biasa aku akan tunggu lama dengan api perlahan sampai dia jadi pekat and kering balik

dulu aku ni bukan penggemar sotong pun
kalau paksa makan jugak kesudahannya aku kunyah and ludah balik
tak tahula kenapa
tapi sejak dua menjak ni dah ok la 
kira sotong dah masuk dalam senarai lauk basah aku la

tapi telur sotong faveret aku la pulak
kalau ayah beli sotong yang ada telur
berebutla aku nak korek telurnya
kekadang mak sampai marah suruh simpan untuk orang lain jugak
hihi tamak sungguh
barang sedap kenala makan banyak kan kan?
;)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...