Posts

Showing posts from February, 2020

TTC Journey 2020 - Part 1

Image
Assalamualaikum. Akhirnya, after 4 years..dibukakan jalan untuk aku kembali proceed dengan infertility treatment. Btw, thanks untuk kawan sekerja last year, dari dia aku baru tahu yang kos IVF di Husm sekarang ni lebih murah if compare dengan 4 tahun lepas. Oh ya, untuk sesi IVF yang dulu di Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT, aku cuma sempat pergi 1x untuk kaunseling. Dapat offer IVF sekali masa bulan Nov 2016 yang terpaksa ditolak. Lepas tu bila call setiap bulan, tak ada rezeki untuk proceed sehinggalah aku malas dah nak call dan biarkan masa terus berlalu. Hujung tahun lepas, macam datang seru tak tahu kenapa. Yakin lepas ni bajet dah ada untuk bayar IVF dan insha Allah tak akan dibazirkan untuk benda lain. So, bila aku decide untuk start treatment balik, benda pertama yang aku buat adalah call HSNZ. Kad rawatan pun dah lupa letak mana, tapi takpe, call je no 09-621 2121 dan minta sambungkan ke talian untuk KLINIK O&G rawatan IVF. Masa tu dalam bulan 11/2019 kot.

RESEPI KERABU MEGI SIAM SELERA MUIS

Image
Assalamualaikum wbt. Dah lama tak share resepi kat blog ni. Almaklumla...asyik masak resepi sama je.😅 Lagipun sejak tukar layout baru..dah takde senarai resepi kat sidebar.  Aku suka jugak layout blog minimalis macam ni, tanpa background kaler dan fancy fonts. Tapinya kengkadang rasa simple la pulak. Macam dah tak berapa ada aura blog dahulu kala. Btw, ni dah masuk kali ke 3 atau 4 kot, aku try buat kerabu megi sendiri.  Surprisingly, hasil kali ni memang rasanya meletop kebabom. Kalau tak caya tengokla. Nampak sedap kan? 😍😍😍 Pendek kata kalau sedap cenggini, dengan suami pun aku taknak share..😄😄😄 Meh sini Muis share resepi jelah ya. nak makan buat sendiri. Sesuai dengan namanya, memang aku letak bahan bahan yang aku suka je.  Ada takde dalam resepi orang lain..lantak. Ni portion untuk 1 bungkus jelah ek. -1 pek Megi Serda aka Megi Siam -🍤/🐙/Crabstick-ni je lauk pauk aku suka untuk kerabu megi. *Crabstick pun aku suka, tapi masa

KE TUMPAT. KENDURI & PENGKALAN KUBOR.

Image
Assalamualaikum. Happy Chinese New Year 2020. Tak sangka CNY dis year..tahun tikus. Btw Muis lahir tahun 1984, tahun tikus juga ya. 2020 ni kan tahun yang ditunggu tunggu, kereta terbangla, wawasan 2020 la. Teringat a long long time ago...pernah dulu kira umur, bila masuk tahun 2020, Muis dah 36 tahun. Masa tu siap imagine lagi, dah 36, anak dah ada berapa orang..anak sulung dah sekolah darjah berapa. Tapi bila tahun 2020 ni sampai, semua tu nan hado. Kahwin je. Anak still zero.hahaha Oh ya, cuti CNY tahun ni, sekolah start cuti dari hari Khamis sampaila Isnin. Selasa dah buka sekolah ya. Disebabkan CNY first day jatuh hari Sabtu, so negeri Kelantan dan yang sewaktu dengannya dapat cuti gantian hari Isnin. So weekend ni jadi 4 hari. Cuti kali ni, sorang staff tadika kahwin. Kendurinya pulak nun jauh di Tumpat. Disebabkan aku ni dah berpuluh tahun tak jejak Tumpat, so memang berkobar la semangat nak pergi kenduri kali ni. Tapi macam yang aku dok bagitahu kawan kawan,